Posts

Showing posts from November, 2012

Shaun The Sheep - Behind The Scene

Image
Shaun The Sheep - Behind The Scene Mesti ramai yang tahu kartun tanah liat Shaun The Sheep, kartun ini disiarkan di Disney Channel (Astro 615). Saya memang sangat meminati kartun ini pasal kartun ini aalah kartun bisu dan wataknya comel dan kelakar. Kartun Shaun the Sheep mula disiarkan di rangakaian TV Britain BBC pada March 2007. Sehingga kini, kartun ini telah mempunyai 80 episode dalam siri yang kedua dan telah disiarkan di 180 buah negara diseluruh dunia. Kartun ini diterbitkan oleh penerbit dari Wallace & Gromit dan dia mendapat ilham ketika melawat rakan beliau dikawasan perkampungan Britain. Kartun ini dihasilkan dengan cara Stop Motion. Stop Motion adalah pembikinan film cut to cut iaitu mereka akan mengambil gambar dan mengabungkan gambar tersebut sehingga menampilkan sebuah image yang bergerak. Pengeditan gambar akan dilakukan setelah gambar dan beberapa ubahsuai grafik dibuat supaya kartun ini nampak lebih realiti. Mereka mempunyai studio yang luas untuk membina p

Mitsubishi Lancer Evo X 311RS

Image
Mitsubishi Lancer Evo X 311RS Mitsubishi Lancer Evo X adalah sebuah kereta lumba versi gagah berani yang dikeluarkan pada tahun 2007 di Jepun dan 2008 dipasaran Asia. Rata-rata orang Malaysia sudahpun mengenali kereta Evo X kerana PDRM Malaysia juga menggunakan kereta ini untuk mengejar penjenayah lebuhraya. Ryan Gates dahulunya adalah seorang pelumba Motorcross selama 16tahun, pada tahun 2008 beliau telah membeli sebuah Evolution X yang memang standard gaban dari kilang. Sebagai seorang racer yang berkaliber, Ryan Gates mula memodifikasikan keretanya dan hasilnya, beliau mejenamakan keretanya sebagai 311RS. Lancer 311RS ini mampu mencecah 353HP dengan menggunakan performance parts dari AMS Tech, manakala Lancer Exo X mempunyai 276HP. Selain itu juga, Gates juga membuat modifikasi pada interior dan exterior yang sangat awesome! Chassis JRZ Race dampers w/JRZ Camber plates AMS Bumpsteer kit AMS Adjustable Rear Toe links w/Eccentric delete Whiteline 27mm Rear swaybar Cusco

Noordin Mews, Penang

Image
Noordin Mews, Penang Di Penang memang banyak rumah, rumah kedai dan bangunan lama hasil peninggalan bersejarah yang membuatkan bandar Penang telah diiktiraf sebagai bandar UNESCO. Noordin Mews adalah hotel butik yang baru yang mengalu-alukan pelancong Malaysia menikmati suasana era klasik 1920-an. Terletak di Noordin Street, hotel ini menggunakan bangunan lama sebagai hotel utama mereka hasil peninggalan bangunan tahun 1920-an. Mereka membuat beberapa pengubahsuaian untuk menjadikan bangunan ini lebih komersil. Noordin Mews mempunyai 16buah bilik yang diubahsuai dengan gaya klasik-moden untuk menambat hati pengunjung, antara bilik yang disediakan adalah Mews Downstair, Mews Upstairs, Shop House Room 1 dan Shop House Room 2. Setiap bilik mempunyai tandas, air-cond, TV LCD 32 inci, Wifi, siasan perabot retro dan balkoni peribadi. Percayalah walaupun pemilik hotel ini menggunakan bangunan yang lama, akan tetapi tema yang klasik-moden ini mampu membuatkan hotel ini sungguh elegen d

MotoGP Yamaha YZR M1 - Jorge Lorenzo

Image
MotoGP Yamaha YZR M1 - Jorge Lorenzo Minggu lalu Jorge Lorenzo telah dinobatkan sebagai MotoGP World Champion untuk tahun 2012 , beliau (Lorenzo) meraikan kemenangan kedua dengan pasukan Yamaha Factory Racing. Lorenzo menunggang motosikal Yamaha YZR-M1 versi MotoGP yang pastinya motosikal ini mencapai tahap kelajuan maksimum dan kuasa pecutan untuk menjadi Juara Dunia 2012. Bagi peminat motosikal berkuaa tinggi semestinya sudah tahu mengenai motosikal Lorenzo, tapi saya akan kongsikan bersama untuk anda secara close-up rupa bentuk dan spesifikasi motosikal Jorge Lorenzo... Awesome! Engine type : Liquid-cooled, in-line, 4-cylinder, 4-stroke with 16-valve DOHC Displacement : 1000 cc Maximum power : Around 176 kilowatts (236 bhp) In excess of 350 kilometres per hour (220 mph) Type : 6-speed cassette-type gearbox, with alternative gear ratios available Clutch : Dry multi-plate slipper clutch Frame type : Twin-tube aluminium delta box frame, multi-adjustable steering geometry, w

Putrajaya Challenge Park - Part 2

Image
Putrajaya Challenge Park - Part 2 Hello.... Semalam saya, Encik Gulam dan En Wan kawan kepada en. Gulam membuat kayuhan fun-ride di Putrajaya Challenge Park (PCP) atau lebih dikenali sebagai Taman Cabaran Putrajaya yang penuh dengan cabaran. Sememangnya saya kalu ker Purtajaya memang akan sesat nak cari PCP walaupun dah 2-3kali datang kayuh kesini, ruper-rupernya PCP nih dok tang belakang Putrajaya International Convention Center (PICC) ajer.. Hukkkk alohhh.... Kayuhan semalam bermula dengan bacaan doa sendiri dalam kereta dan total keselurahan kayuhan dianggarkan sejauh 12km ajer pasal tak buat loop jauh. Seriously, kayuh di PCP nih bagi saya sungguh teknikal pasal trail dorang adalah single trail dan paling best dekat sini bila tang turun bukit switch back berkali kali.. yeeeehaaaaa.... Rata-rata brader yang datang kayuh di PCP nih macam tengah race jamboree ajer, masing laju giler tang naik tang turun pastu buat 5-6 round sekali jalan... Perghhhh... kita buat 12km pon dah na

2012 Formula 1 Champion - Sebastian Vettel

Image
2012 Formula 1 Champion - Sebastian Vettel Semalam berakhir perlumbaan Formula 1 untuk musim 2012 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Petrobras Brazil dan Sebastian Vettel dari pasukan RedBull Racing Renault telah dinobatkan sebagai Juara Dunia untuk musim ini. Sebastian Vettel telah menrangkul kejuaraan Formula 1 ini kali yang ketiga berturut-turut menjadikannya sebagai Straight 3 Champion paling muda dalam dekad ini. Sebestian Vettel (RedBull Racing Renault) mengutip 281 mata dan mengikut rapat dari tempat kedua dengan perbezaan 3 mata sahaja iaitu Fernando Alonso (Ferrari) 278 mata dan Kimi Raikkonen (Lotus-Renault) 207 mata. Manakala Lewis Hamilton hanya dapat mengumpul mata keseluruhan sebanyak 190mata selepas beliau mengalami kemalangan pada selekoh yang ke 54. Michael Schumacher juga mengakui bahawa dia juga telah penat dan tidak lagi mantap untuk memandu dan berlumba dalam pasukan Formula 1 dan beliau juga akan pencen dari pasukan Mecerdes. Baguslah...

UBuntu Android on Device

Image
UBuntu Android on Device This is awesome.... Sesiapa uBuntu fag dan mempunyai Android device patut mencuba ini. uBuntu telah memperkenalkan uBuntu Android on Device dimana pengguna Android boleh install operation system uBuntu didalam Android device anda seperti Galaxy Tab atau seantero dengannya. Apa yang anda dapat dengan uBuntu Android ini? Anda akan dapat menggunakan uBuntu O/S full version didalam tablet atau smartphone anda. Hampir kesemua aplikasi uBuntu boleh beroperasi dengannya contohnya cloud services, google docs dan lain-lain. Malah selain itu anda juga boleh meng-install aplikasi Android didalam uBuntu sendiri seperti sediakala. Ini bermakna uBuntu tidak akan menghalang mana-mana aplikasi dari Android berfungsi didalam uBuntu O/S. uBuntu on device ini boleh dikatakan sebuah hub pengoperasian anda, ini kerana jika anda mempunyai uBuntu Android ini, anda boleh sambungkannya pada monitor LCD anda dan menggunakan uBuntu seperti desktop PC. Awesome! uBuntu Android bole

Urbanscapes 2012, Petaling Jaya

Image
Urbanscapes 2012, Petaling Jaya Selamat datang ke Urbanscapes 2012! Urbanscapes akan berlangsung selama 2hari iaitu bermula pada 24 -25 November 2012 di Padang Astaka Petaling Jaya. Apakah Urbanscapes? Urbanscapes adalah sebuah event yang meraikan hari kesenian yang membawa bersama masyarakat dan peserta dari bidang muzik, seni, fesyen, rekabentuk, dan banyak lagi. Pesta ini telah pun bermula pada tahun 2002 di Grappa Soho Bukit Bintang, dan dilangsungkan kembali pada 2004 di KL Sentral. Atas permintaan dan kerjasama warga seni, Urbanscapes sekali lagi muncul pada tahun 2008 di KL Performing Arts sehingga tahun 2010. Urbanscapes terpaksa membuat pesta mereka di Padang Astaka Petaling jaya untuk tahun 2011 & 2012 kerana KL Performing Arts tidak lagi dapat menampung kunjungan orang yang begitu ramai. Sempena ulang tahun yang ke10 tahun ini, Urbanscapes juga menjanjikan pesta yang besar-besaran untuk pengunjung dengan menampilkan artis dalam dan luar negara antaranya Yuna, Lo

Angry Birds : Star Wars Edition

Image
Angry Birds : Star Wars Edition A long time ago in a galaxy far, far away... a group of desperate rebel birds faced off against a galactic menace: the Empire’s evil Pig-Troopers! Hahaha saya sungguh gummmbira pasal Rovio Inc. kini telah menlancarkan sebuah lagi game baru burung marah iaitu Angry Birds Star Wars yang sememangnya awesome....! Angry Birds Star Wars ini dikeluarkan khas untuk ulang tahun Star Wars yang ke 35. Demmmmm... Game ini mungkin lebih menarik kerana watak burung akan menjadi puak Rebellion manakala watak Piggies akan menjadi geng The Empire aka Darth Pig Vader. Anda perlu menghabiskan level untuk mencapai destinasi terakhir iaitu Pig Star dan anda perlu berlawan dengan Darth Pig Vader dan Dark Lord of the Pig. Anda juga boleh menggunakan light saber, blaster dan kuasa Jedi untuk menghapuskan Pig Troopers dan piggies yang lain. Dalam game ini anda boleh gunakan bonus yang anda collect iaitu dengan bantuan R2-D2, C-3PO, dan beberapa watak yang cool dalam Star

Teratak Pak Lah, Janda Baik Pahang

Image
Teratak Pak Lah, Janda Baik Pahang Last week kita orang pergi BBQ di kawasan pendalaman Janda Baik Pahang, kawan saya mengesyorkan Teratak Pak Lah di Janda Baik Pahang. Drive dari Kuala Lumpur akan mengambil masa selama 45minit melalui Karak Highway dan exit ke Genting Sempah dan melalui jalan lama corner baring menuju ker Janda Baik, mungkin agak mengelirukan akan tetapi pandai-pandai ajo lerr... Teratak Pak Lah menempatkan beberapa buah pondok, dewan santai, beberapa kolam ikan, dan kawasan untuk buat sukan-neka dan disini bukanlah sebuah resort atau chalet bertaraf 3/5 bintang. Teratak ini saya boleh katakan sangat tenang, tenteram, bersih dan awesome!Anda boleh juga stay overnight ataupun camping disini. Mungkin tidak ramai yang tahu Teratak Pak Lah nih menyebabkan tak ramai orang nak menyinggah kerana gak terpencil dari jalan utama Janda Baik.Paling saya suka di Teratak Pak Lah nih pasal tempat ini sangat bersih, Pak Lah (Owner) juga tinggah di kawasan Teratak ini s

Lone Pine Hotel, Penang

Image
Lone Pine Hotel, Penang Di Pulau Pinang (Penang) memang terdapat banyak Hotel, Chalet, Guest House, mahupun Homestay untuk menginap dan harganya bergantung kepada tawaran hospitaliti masing-masing. Lone Pine Hotel adalah sebuah hotel dibawah syarikat hospitaliti Eastern & Oreintal Berhad (E&O) dimana hotel ini terletak di pantai Batu Feringgi dan Lone Pine adalah sebuah hotel butik mewah. Hotel ini telah diperbaharui dan diubahsuaikan yang menjadikannya sebuah tempat pilihan untuk honeymoon dan wedding function kerana temanya sungguh romantik dan santai. Lone Pine Hotel mempunyai hanya 90 bilik, ianya bukan sekadar resort kerana setiap bilik mendapat pemandangan laut yang mempunyai balkoni tersendiri dan halaman santai peribadi. Antara bilik yang ditawarkan adalah Grand Suite Premier, Suite Grand Deluxe, Suite Premier, Suite Deluxe, Premier Garden, Super Deluxe (Corner) dan Deluxe. Oleh kerana Lone Pine Hotel adalah sebuat hotel butik yang mewah maka harganya juga boleh d

360 Panorama View With RedBull F1 Team

Image
360 Panorama View With RedBull F1 Team Ohhhh yeah this is Awesome dude... korang ingat lagi tak kalu korang main game korang boleh tukar position camera mengikut kesesuaian anda. Ahaaaa kali ini satu lagi teknologi camera video yang mampu menjadikan dunia game kepada dunia realiti.... Apakah menatang 360 Panorama View nih? 360 Panorama view ini akan membenarkan video anda boleh dilihat dari sudut 360 yang anda sendiri control untuk view yang best, kalu tak faham juga nant korang tengok video dibawah iaitu video test drive daripada RedBull Formula 1 Car. Teknologi ini telah mula dicipta pada January 2011 dan kini Making View telah memperluaskan teknologi antaranya Sukan, GPS, Aerial Photo, Panorama dan macam-macam lagik. Teknologi ini juga digunakan untuk membuat peta Google World Wonders dimana anda hanya perlu mengawal dari PC anda sahaja untuk   destinasi UNESCO. ViewCam 360 adalah sebuah sistem modular yang menggunakan spherical lens untuk mengambil video panorama 360 pada

Citroen DS3 WRC 2012

Image
Citroen DS3 WRC 2012 Sebastien Loeb dari pasukan Citroen Motosports telah dinobatkan sebagai Juara World Rally Championship 2012 setelah mengalahkan Jari Matti Latlava di Rally de Espana semalam dengan kutipan mata sebanyak 270 mata. Sebastien Loeb juga telah menjuarai WRC ini sejak tahun 2004 sehingga 2012. Sungguh Awesome! Pada tahun 2011 dan 2012 ini Sebastien Loeb telah memandu kereta Citroen DS3 WRC yang diubahsuaikan kepada WRC Spec dan harganya mencecah hampir RM650,000. Mari kita lihat spesifikasi Citroen DS3 WRC 2011-2012 Body : Multi-point roll cage, steel and composite carbon fiber body. Engine : Citroën Racing - 1.6 turbocharged direct injection engine, Maximum power 300bhp at RPM, Maximum torque 350Nm at RPM3250 Clutch : Cerametallic twin-disk Transmission : Four wheel drive, Sadex Six Speed Sequential, Auto-Manual Front Rear Differential. Suspesion : McPherson 3 Way Adjustable Capacities : 1200kg minimum weight and 1350 with drivers.

Indulgence Living & Restaurant, Perak

Image
Indulgence Living & Restaurant, Perak Di Ipoh Perak terdapat sebuah restoran yang asalnya menyajikan hidangan menu barat dan beberapa local food yang dinamakan Indulgence Restaurant, telah diubahsuai dengan menambahkan hotel untuk tarikan pelancong dalam dan luar negara ke Ipoh Perak. Indulgence Living & Restaurant ini terletak di Jalan Raja Hilir Ipoh Perak dimana restoran Indulgence tersebut menjadi restoran hotel. Hotel ini menggunakan senibina asal Villa peninggalan sejarah ketika zaman penjajahan British satu ketika dahulu. Senibina ini sungguh awesome kerana terdapat beberapa bilik dan mereka juga telah melakukan beberapa ubahsuai untuk penambahan bilik. Indulgence Living menawarkan 7 bilik dan kesemua bilik mempunyai tema dari negara yang berlainan supaya pelanggan dapat merasai suasana bilik dari luar negara. Antara bilik yang mereka sediakan adalah Ildi Cotemporary, Kinnari Thai, Guilliana Itallian, May-Suit Chinese, Tzarrah Morrocan, Beverly English Country dan

Tiara Labuan Hotel, Labuan

Image
Tiara Labuan Hotel, Labuan Last month saya ker Labuan dan menyinggah ker Tiara Labuan Hotel untuk lawatan kerja. Sebelum ni xperasan pulak Tiara Hotel yang sebenarnya dekat saja dengan pusat bandar, hanya kira-kira 10minit sahaja memandu. Di Labuan ini amat sesuai jika anda dapat sewa kenderaan kerana harga sewa untuk sebuah kereta amat murah dan anda dapat drive satu pulau Labuan ini dalam masa lebih kurang 1-2jam ajer. Tiara Labuan Hotel adalah sebuah hotel yang dah lama beroperasi dan pihak pengurusan Tiara ini juga selalu menukarkan tema hotel untuk menarik perhatian pelanggan. Rata-rata pelanggan yang stay di Tiara ini orang semenanjung dan foreigner yang berurusan dengan kerja-kerja oil&gas. Disini mereka menyediakan bilik Deluxe, Two Bedroom Suite, Premier Suite, dan Tiara Villa. Harga bilik bermula RM300 hingga RM2000 dan anda akan mendapatkan diskaun jika anda membuat tempahan secara online. Pastinya bilik paling menarik disini adalah Tiara Villa dimana Tiara Villa m

Kanthaswamy Movie

Image
Kanthaswamy Movie Sempena Deepavali pada 13 Nov 2012 ini, TV3 akan menyiarkan filem Kanthaswamy untuk meraikan Deepavali dengan filem susulan Edhiran. Saya malas untuk membuat entry mengenai filem Edhiran pasal rata-rata ramai yang dah tahu Edhiran ni, jadi saya bawakan khas untuk anda filem Kanthaswamy. Anda boleh pergi link youtube disini untuk menonton filem Kanthaswamy full version . Saya tidak boleh memberikan review filem ini kerana sya sendiri pon belum tengok lagi filem ini, akan tetapi saya pasti anda akan menonton filem ini bila anda sudah bersedia untuk melihat trailer filem ini kerana nant hero mereka akan bertukar menjadi Super Chicken Glow In The Dark! Awesome yawwww!

2012 MotoGP World Champion - Jorge Lorenzo

Image
2012 MotoGP World Champion - Jorge Lorenzo Minggu yang lalu Jorge Lorenzo dari Yamaha Factory Racing team telah dinobatkan sebagai juara dunia MotoGP 2012 di Litar Air Asia Australia Grand Prix walaupun berbaki 1 perlumbaan di Litar Valencia. Diikuti pada tempat kedua adalah Dani Pedrosa dan tempat ketiga pula adalah Casey Stoner. Lorenzo dari negara Spain meraikan kemenangan ini untuk kali kedua dengan gelaran World Champion iaitu pada tahun 2010.Walaubagaimana pun Encik Valentino Rossi pula berada di tempat ke 6 secara keseluruhan dan beliau menyifatkan kemenangan Jorge Lo renzo untuk tahun ini adalah kemenangan sementara. En Rossi akan berkhidmat dengan pasukan Yahama pada tahun hadapan yang menjanjikan kemenangan nyata sebelum En. Rossi berpencen. Jorge Lorenzo akan dijadualkan membuat World Tour pada bulan December dan January untuk meraikan kemenangannya bersama Yamaha Factory Team diseluruh benua. Malangnya mereka tidak singgah di Kuala Lumpur akan tetapi hanya singgah d

Kuala Lumpur International Airport 2 - KLIA2 (Interior)

Image
Kuala Lumpur International Airport 2 - KLIA2 (Interior) Sepertimana yang anda sedia maklum, KLIA2 ini mungkin akan beroperasi pada pertengahan tahun hadapan. Sebelum ini saya telah paparkan penampilan terminal KLIA2 yang terletak bersebelahan dengan KLIA sedia ada sekarang. KLIA2 ini akan berfungsi sebagai terminal lapangan terbang tambang murah yang mengantikan LCCT (Airasia Terminal). Beberapa gambar lakaran telah ditampilkan untuk rekabentuk dalaman KLIA2 dimana terminal ini berkonsepkan urban eco-green untuk menyahut cabaran dan gelaran Green Airport. KLIA2 ini walaupun masih dalam pembinaan, ianya juga telah mencipta rekod dimana KLIA2 telah menjadi Terminal Tambang Murah terbesar didunia yang mengalahkan pesaing-pesaing lain yang hanya mampu menumpang airport utama mereka. Antara syarikat penerbangan yang akan menggunakan terminal ini adlaah AirAsia, Firefly, Cebu Pacific Air, Tiger Airways, Zest Airways, Lion Air dan Malindo Hub. Terminal KLIA2 ini berkeluasan 257,000 met

PD Forest Challenge 2 2012

Image
PD Forest Challenge 2 2012 Jamboree PD Forest Challenge Mountain Bike kembali lagi dan ianya akan berlangsung hujung November ini pada 24 November 2012. Jamboree ini akan berlangsung di Hutan Simpan Sungai Menyala, Jalan Sungai Betong Port Dickson. Yuran penyertaan adalah RM60.00 dan anda akan dapat jersey event, Finisher Medal, Breakfast+Lunch Meal dan Goodies dari pengajur. Oleh kerana jamboree ini dibuat dalam cuti sekolah, peserta dinasihatkan mendapatkan booking hotel/apartment lebih awal untuk mengelakkan kerumitan jika bermalam di area Port Dickson. Bagaimana nak ker Hutan Simpan Sungai Menyala? Google map sahaja atau guna GPS dan search Hutan Simpan Sungai Menyala. Dibawah saya juga telah sertakan Google Maps untuk rujukan anda. Sila rujuk blog pengajur untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Penyertaan masih dibuka dan borang/pembayaran boleh dibuat disini.

Bad Piggies Game

Image
Bad Piggies Game for Android Ahakkkkkk! Bulan lepas Bad Piggies game telah dilancarkan untuk Android video games dimana Bad Piggies nih keluaran dari creator Angry Birds. Okay sebelum pergi lebih lanjut game Bad Piggies ini adalah sebuah family game dan boleh dimainkan seiisi keluarga, mungkin agak kasar pasal memainkan game berbentuk babi tapi game ajer kot, kalu was-was anda samakkan ajer Android anda... Game Bad Piggies nih mempunyai beberapa target dimana Raja Piggies tu nak makan telur Angry Birds yang terletak dipuncak bukit. So kuli-kuli Piggies nih perlu berusaha membina apa cara sekali pun untuk mendapatkannya. Sangat menarik kerana anda perlu lebih kreatif dan inovatif untuk membina kenderaan/pengangkutan anda untuk capai target tersebut. Terdapat, roda, botol coke, TNT, kipas turbo, payung dan macam-macam lagik dan anda hanya perlu kombinasikan barangan tersebut. Hahahaha saya dah download dan dah main game nih memang layan abes...... Anda boleh dapatkan game ini d

Nexus 4 - Google Mobile

Image
Nexus 4 Mobile from Google Sebelum ini google memperkenalkan model Nexus 7 dimana tablet ini berfungsi seperti saingan tablet yang lain cuma Nexus adalah keluaran dari Google Inc. Kali ini Google memperlihatkan satu lagi model baru iaitu Nexus 4 dimana Nexus 4 ini bersaiz 4.7inci dan ianya berfungsi sebagai phone mobile dari Google. Setakat ini Nexus 4 belum berada dipasaran Malaysia dan ianya baru sahaja dilancarkan pada minggu lalu dan harganya dijangkakan bermula dari USD299 (MYR999). Apa yang Nexus boleh berkhidmat untuk anda? Nexus 4 ini menggunakan O/S Android 4.2 Jelly Bean, Processor Qualcomm Snapdragon S4 daripada LG Technology, 2Gb RAM dan 4.7inci 1280x768 skrin paparan yang tahan calar dari Corning Gorilla Glass 2. Antara yang  paling best adalah Nexus 4 menawarkan Voice Search dimana anda hanya perlu berkata-kata sahaja untuk mencari apa yang yang terdapat didalam Google. Selain itu aplikasi Google Maps live mengantikan aplikasi GPS yang sedia ada. Nexus 4 mempun

Disneyland + Star Wars = Disney Wars!

Image
Disneyland + Star Wars = Disney Wars! Saya adalah Star Wars Fan and always be, akan tetapi saya tidak mampu untuk memiliki Star Wars Costume seperti Darth Vader mahupun The Troopers mahupun Light Saber.. loser! Minggu yang lalu Walt Disney Co telah memaklumkan bahawa mereka telah membeli kesemua karya-karya George Lucas menerusi firmanya, LucasFilm Ltd yang bernilai hampir USD 4.02Billion dalam bentuk tunai dan stok. Lebih dari itu, Newshustler melaporkan George Lucas telah mendermakan sebanyak USD4 Billion hasil dari pembayaran Walt Disney untuk pendidikan, perubatan, dan beberapa yayasan kebajikan yang lain. Tapi apa ada hal, George Lucas mampu bikin filem yang lain jika beliau bersetuju untuk sambung cerita Star Wars baru dengan Disney. Disini ada short clip yang disiarkan oleh Disney Parks yang sangat kelakar dan awesome jika Darth Vader tidak lagik bekerja di Death Star dan pergi bersiar-siar di Disneyland. Video yang sungguh meng-down-kan peminat Darth Vader siot.... So

James Bond - Skyfall

Image
James Bond - Skyfall Semalam saya tengok Skyfall nih dengan isteri saya, apa yang boleh saya katakan dunia perfileman sekarang nih dah makin maju dan mudah dibikin. So cerita full action dengan grafik hanya dilakukan didalam studio berlatar belakang green screen. Saya kasik rating James Bond Skyfall nih 8/10, jalan cerita Skyfall sangat menarik pasal dari intronya sahaja dah mula dengan kasi kejar-kajar sampai rabak keretapi. Demmmm..... Skyfall kali menceritakan kesetiaan Bond pada negaranya dan bossnya M. Ibu pejabat MI6 telah diserang oleh pengganas yang dalam filem ini tidak diketahui siapa dalangnya. Pada klimaks cerita ini menunjukkan bahawa Bond detemukan dengan agent yang berkhidmat untuk M sebelum ini dan beberapa scene yang menyebabkan boss beliau M si perempuan tua tu telah mati kena tembak... hahhaha saja kasik panas line korang... Seperti yang anda tahu adegan filem James Bond ini mestilah ada full action, bunuh-bunuh, belasah orang, romance scene.. so adalah dinas

Restoran Parameswara, Umbai Melaka

Image
Restoran Parameswara, Umbai Melaka Awal bulan lalu saya dan wife pergi jalan-jalan cari makan di Bandaraya Melaka kononya nak cari Hard Rock Melaka yang katanya Rock Shop dorang dah bukak. Tapi malangnya kami tak jumpa kodainya dan tak pasal2 perut pon dah lapar, teros menapak gi makan di Restoran Parameswara, Umbai. Pastinya dikalangan korang dah sampai di Umbai Melaka ini, kalu tak pernah sampai bolehlah berkunjung sambil menikmati makanan tepi laut. Dinasihatkan kalu nak datang, korang datang ler waktu petang/senja nanti dapat tengok sunset dari tepi pantai dan boleh amik gambar. Kalu dah datang malam apo kobondo tak nampak, yang nampaknya orang dalam kodainyo ajo... Okay entry kali ini mungkin berbaur tidak bahagia pasal dahulunya rating yang saya kasik untuk Restoran Parameswara ini 8.5/10 dari segi hidangan makanananya. Akan tetapi kali ini sungguh berbeza dari sebelumnya pasal menu hidangan restoran telah menjadi terhad. Seperti biasa kalu anda sampai di Restoran Parames

Windows 8 Release 2012

Image
Windows 8 Release 2012 Akhirnya Microsoft telah melancarkan produk barunya iaitu Windows 8 minggu lalu di San Francisco. Mungkin diantara kita juga pernah menggunakan Windows Mobile yang seantero dengannya, akan tetapi Windows 8 versi full O/S ini akan membuatkan pengemar Windows pasti akan memilikinya. Anda mungkin berhadapan dengan sedikit masalah untuk menyelami Windows 8 ini kerana ciri-cirinya agak berbeza dengan Windows sebelum ini. Windows 8 tidak didatangkan dengan butang Start Menu, akan tetapi ianya akan beroperasi hampir sama dengan iOS dan Android dimana user boleh menggunakan dengan tablet, laptop, desktop ataupon phone mobile. Walaubagaimanapun, Microsoft juga telah upgrade Internet Explore, Photo Gallery, Sky Drive dan beberapa aplikasi yang sedia ada pada Windows 7 sebelum ini. Untuk aplikasi Office, Windows 8 mengekalkan perisian tersebut dengan menggunakan Office 2012 dan tahun depan mereka akan release Office 2013 yang lebih gempak untuk Windows 8. Apa yang

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...