Windows 8 Release 2012

Windows 8 Release 2012

Akhirnya Microsoft telah melancarkan produk barunya iaitu Windows 8 minggu lalu di San Francisco. Mungkin diantara kita juga pernah menggunakan Windows Mobile yang seantero dengannya, akan tetapi Windows 8 versi full O/S ini akan membuatkan pengemar Windows pasti akan memilikinya.

Anda mungkin berhadapan dengan sedikit masalah untuk menyelami Windows 8 ini kerana ciri-cirinya agak berbeza dengan Windows sebelum ini. Windows 8 tidak didatangkan dengan butang Start Menu, akan tetapi ianya akan beroperasi hampir sama dengan iOS dan Android dimana user boleh menggunakan dengan tablet, laptop, desktop ataupon phone mobile.

Walaubagaimanapun, Microsoft juga telah upgrade Internet Explore, Photo Gallery, Sky Drive dan beberapa aplikasi yang sedia ada pada Windows 7 sebelum ini. Untuk aplikasi Office, Windows 8 mengekalkan perisian tersebut dengan menggunakan Office 2012 dan tahun depan mereka akan release Office 2013 yang lebih gempak untuk Windows 8.

Apa yang menarik dengan Windows 8 ini adalah Sky Drive. Sky Drive boleh menyimpan data anda sama seperti cloud services dimana anda akan download mana-mana aplikasi, photo, video, music dan terus menyimpannya dalam Sky Drive dan anda perlu log-in dan dapatkan data anda dimana2 sahaja.

Oleh kerana ini adalah Windows, pastinya Microsoft telah menetapkan satu sekuriti yang baru untuk Windows Firewall. Anda juga boleh menggunakan aplikasi yang sedia ada dari Windows sebelum ini cuma cara installation dan penggunaan mungkin agak berbeza.

Belajar dahulu dengan operating system yang baharu ini supaya anda tidak ketinggalan yang masih menggunakan Windows XP yang hampir 1 dekad berlalu. Harga Windows 8 bermula dari USD39.99 dan boleh didapati dengan pembelian secara online dan laptop/desktop anda perlu mencapai minimum specification untuk pengoperasian Windows 8 ini :

  • Processor : 1 GHz (IA-32bit / x86 -64bit)
  • Memory : 1 GB
  • Graphic : DirectX9 graphic device with WDDM 1.0
  • Storage : 20GB HDD














Source : windows.microsoft.com

Comments

Naieem said…
X best lasung win 8 nih, kalau di beri pilihan aku akan mintak samsung provide android jadi os pc... Best!
Nazrul Akram said…
alaa mulo ajer tok leh.. nant dah kuar windows 8 sp2 okay lerr..

android xbyk pon boleh buat seperti mano windows/ubuntu/suse..

stakat nok surfing web gui bule ler

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam