Aviax - Aviation Experience Flight Simulator

Aviax - Aviation Experience Flight Simulator

Seriously dulu-dulu saya memang nak jadi pilot, akan tetapi malangnya cita-cita tersebut tidak tercapai dan gagal sama sekali.

Tadi saya mendapat info dari team yang mengatakan bahawa ada flight simulator yang superb real dan dibuka untuk orang ramai. Ahahaha saya tidak tipu anda dan anda tidak perlu melabur duit yang sangat mahal untuk belajar mengenai penerbangan.

Aviax - Aviation Experience Flight Simulator menawarkan pengalaman membawa flight 737-800 dari masa take-off - free flight sehinggalah anda landing. Awesome dude! Sangat sesuai dengan citarasa kami!

Aviax ini bertempat di TTDI Jaya Shah Alam, anda perlu booking dulu pasal buat masa sekarang agak ramai orang telah mencuba flight simulator dan masa simulator adalah terhad.

Dah nama simulator, tentunya segala button yang terdapat dipanel cockpit akan berfungsi, dan pastinya anda akan memandu flight bersama instructor yang terlatih. Jadi pastikan anak-anak kecik anda tidak megalami kejutan budaya bila bawak flight simulator nih.

Setakat ini Aviax menawarkan tiket dari RM149, RM259 dan RM429. Untuk harga tiket RM149 anda akan bawa flight dari KLIA, pusing KL dan landing di KLIA balik selama 30minit. Untuk harga RM259 pula anda akan bawa flight dari KLIA ker Penang Airport selama 60minit, manakala untuk RM429 pula adalah latihan bakal-bakal pilot yang nak interview dengan mana-mana syarikat penerbangan.

Jadi boleh mula habiskan duit untuk membawa flight dengan sendiri... Kalau rasa tak cukup dengan masa 30minit/60minit tu, anda boleh mula isi borang untuk jadi pilot. Sementara masih ada kekosongan katanya.

Anyway, this is Awesome!











Source : facebook.com/aviationexperience

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam