Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit

Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit

Menampilkan sebuah lagi filem hasil karya Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit yang akan ditayangkan pada 7 Februari 2013 ini.

Filem ini adalah sambungan daripada filem sebelumnya iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010). Mamat Khalid masih mengekalkan pelakon sebelum ini iaitu Awie, geng-geng Kampung Pisang dan orang baru Ezlynn & Roshidi Ishak.

Dalam filem ini juga menampilkan Zami Ismail (Pak Abu), oleh kerana pengambaran ini telah bermula dari tahun 2010, maka Zami Ismail masih lagi memegang watak sebagai Pak Abu. Allahyarham Zami Ismail meninggal dunia pada 11 Jun 2011.

Kalau ikutkan filem sebelum ini, Tayangan Unggul Sdn Bhd berjaya mendapat kutipan sebanyak RM1juta pada hari pertama tayangan menjadikan kutipan keseluruhan menjadi RM8juta.. Awesome!

Kreativiti Mamat Khalid menghasilkan sesebuah filem mungkin dapat menarik perhatian rakyat Malaysia sehingga beliau dapat meghasilkan beberapa filem dalam tahun 2011 dimana filem Rock Oo : Rimba Bara Kembali juga dijadualkan pada  28 Februari ini.

Filem ini mungkin tidak memerlukan promo yang banyak pasal kebanyakkan orang Melayu akan layan cerita Mamat Khalid nih. Awesome!





Source : wayang.my | youtube.com

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam