Al-Imran Family Gathering February 2013

Al-Imran Family Gathering February 2013

Salam keamanan semua, dah beberapa hari tak update blog pasal masih lagi terkejut dengan gejala "Are u ready for BN?" baru-baru nih di Penang.

Pada 9-11 Feb 2013, keluarga Al-Imran telah menganjurkan acara bersuka ria dan berfoya-foya sempena cuti sekolah dan cuti CNY. Family Gathering Al-Imran telah pun berlangsung dengan jayanya di Angullia Beach Resort, Marang Terengganu selama 3hari dua malam.

Seramai 56 orang yang hadir untuk Family Gathering ini yang terdiri dari anak-anak, cucu-cucu dan cicit Hjh Anisah. Terima kasih kepada pihak yang sponsor family gathering kali ini.


Majlis dimulakan dengan acara makan malam ala buffet BBQ, seafood bakar nih dikendalikan oleh masterchef Asmadi, nak makan lebih kena bakar sendiri. Walaupon ayam sokmo hangit-hangit keras-keras, takpela..jasamu tetap dikenang.

Disini kami masak sendirik dari awal sampai la balik, hasil pengurusan yang mantap oleh pakcik saya Ayoh Mear memang terbaek!



Hari keduanya acara breakfast sampai kenyang, pastu kononnya nak tunggu tengok sunrise tepi pantai Angullia tu, tapi cuaca agak mendung so tak berapa nak nampak la sunrise tu. 

Maka acara lanjutnnya atau acara wajib adalah main futsal pantai. Ahhhaaaaa acara nih memang acara tahunan dan menjadi acara paling kejam pernah dimainkan oleh ahli keluarga Al-Imran pasal geng senior lawan geng budak-budak. Main kasar sangat dialu-alukan oleh mana-mana pihak...











Aktiviti kemuncak kami adalah ke Pulau Kapas untuk berpoya-poya... Menaiki bot kecil adalah satu perkara yang sangat thrill pasal antara bulan Jan-Mac laut agak bergelora kerana Monsun Timur Laut. Sebelum ini ada jugak brader2 yang cakap, kalau boleh tangguhkan dulu kalau nak ke pulau belah Laut China Selatan.

Tapi menurut ahli kaji cuaca kami, ombak agak tenang.. sehinggakan ada diantara kami mula menangis dan trauma sepanjang perjalanan dari Jeti Marang ke Pulau Kapas. Kawe tak sempat nak rakam keadaan pasal ombak kuat sangat, nant basah kamera kawe. Jeng boh...







Hari ketiga adalah hari terakhir untuk Family Ganthering, masing-masing bangun lambat pasal sakit urat main bola dengan aktivti lasak di Kapas. 

Kepada ahli keluarga Al-Imran yang Sponsor Family Gathering kali ini, diucapkan jutaan terima kasih, murah rezki... dan juga terima kasih kepada ahli keluarga yang lain kerana menjayakan event Family Gathering Al-Imran ini. Terima kasih, jumpa kalian di JB nant! 

Cemerlang, Gemilang dan Awesome!



Ahli Keluarga Al-Imran

Noted : Gambar yang dipaparkan adalah gambar yang ditapis dari event kali ini, untuk photoshot penuh atau gambar yang kurang sopan boleh dapatkan dengan En. Nazrul Akram. Charge dikenakan kepada yang banyak songeh... Huhuhu...

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam