1 Day Trip to Cameron Highlands

1 Day Trip to Cameron Highlands

Last week saya telah membuat satu trip yang singkat ke Cameron Highlands bermula dari jam 10 pagi hingga ke 5 petang  pada hari yang sama.

Jika anda tidak mempunyai masa yang panjang untuk mengunjungi Cameron Highlands, anda bolehlah follow plan nih. Lagi pun kalau dari Kuala Lumpur, takde la jauh sangat nak drive setakat nak naik Cameron tu.

Drive dari KL menggunakan highway PLUS akan mengambil masa lebih kurang 2jam 30minit melalui jalan drift Tapah. Sila exit Tapah pasal distance lebih dekat berbanding dengan Simpang Pulai. Cuma jalan dia agak berliku-liku.

First korang boleh singgah di Cameron Valley untuk lepak minum teh dengan permandangan ladang teh yang Awesome! Nih semuanya untuk mengurangkan kadar pening-pening lalat selepas layan corner jalan Tapah. Anda boleh menikmati teh dan snack yang dijual untuk alas perut sebelum makan tengah hari nant.

Disini korang boleh menghabiskan masa sekitar 1jam untuk menikmati teh di ladang teh. Kalau rajin boleh jalan turun ke bawah ambil gambar kat pokok teh. Anda boleh pusing-pusing sekitar cuma part yang leceh bila nak naik bukit balik. Penat siot nak balik ker restoran dia tu..





Seterusnya korang menuju ke bandar Brinchang, otw nak sampai ke Brinchang tu bolehlah singgah sekejap di SmokeHouse untuk amik gambar. SmokeHouse boleh dikatakan seperti sebuah rumah luar negara kerana rekabentuk rumah dan landskap guest house ini seakan berada di kawasan pendalaman England. Ceewah! (Tapi ada hari-hari tertentu SmokeHouse ini akan ditutup kepada pengunjung luar untuk memberi privasi kepada guest mereka.)



Selepas lepak sekejap di SmokeHouse, korang boleh teruskan perjalanan ke bandar Brinchang. Pada hujung minggu, mungkin agak ramai dan berlaku kesesakkan yang agak trauma pasal jalanraya agak limited. Nak cepat anda boleh guna jalan off-road jer.

Di Brinchang ini sebuah bandar kecil, tapi disini memang banyak hotel budget untuk anda menginap, kedai-kedai makan, bank atau mesin ATM malah ada juga balai bomba. So anda jangan rasa jakun sangat kalau datang Cameron Highlands nih, jangan risau nak withdraw duit ker, pasal tempat tidur ker, nak solat ker.. semuanya ada disini yer... Ini Cameron Highlands dan bukannya Cameroon Africa nunn...




Teruskan perjalanan mendaki ke Kea Farm yang terletak kira-kira 2km dari bandar Brinchang. Di sepanjang jalan ini, terdapat banyak kedai yang menjual buah strawberry, sayur, kaktus dan cenderahati.

Ada juga yang menawarkan jualan buah strawberry yang boleh petik sendiri. Tapi sila tanya harga dulu pasal self-pick lebih mahal berbanding yang dijual. Ini kerana kebanyakkan orang yang datang self-pick ini mesti akan telan beberapa bijik sebelum membayarnya.

Harga untuk self-pick bermula dari RM30.00-RM40.00 / 500g. Bagi saya anda boleh singgah di Kea Farm kerana harganya jauh lebih murah dan banyak lagik sayur/buah yang anda boleh beli dan nego terus dengan pembekal.

Teruskan lagi perjalanan menuju ke Kea Farm. Disini mereka boleh menawarkan harga sayur semurah RM10.00/13paket , buah strawberry boleh dibeli dengan harga RM10.00-RM15.00 untuk 3-5paket bergantung pada saiz paket yang disediakan.

Selain itu juga, ada beberapa kedai yang jual strawberry coklat jika anda terlalu mengidamkannya. Tapi anda jangan lupa untuk try cendawan goreng ataupun ubi keledek madu yang direbus. Kedai souvenirs yang macam jual baju, bantal sejuk, magnet fridge dan macam-macam lagi yang tak perlu saya nak typing panjang-panjang.





Lepas habis borong sayur/buah di Kea Farm, anda perlu patah balik untuk makan tengah hari nih bandar Brinchang. Jika anda datang pada hari Ahad, kemungkinan waktu ini orang dah mula kurang pasal kebanyakkan dah mula turun dari Cameron.

Saya mengesyorkan kedai yang selalu kami singgah iaitu kedai Restoran Nik Ikan Bakar yang berhampiran dengan stesen minyak Petronas dan Balai Bomba Brichang. Macam saya katakan sebelum ini, kat sini banyak kedai makan, korang nak boleh pilih nak makan steamboat ker, fast food ker, nak makan kayu ker besi ker, sumer ada.. so jangan risau.

Dah kenyang so anda mestilah kena rileks dulu sebelum turun melalaui jalan Tapah, ini kerana untuk mengelakkan anda muntah darah dalam kereta pasal perut tengah penuh. Habiskan masa dengan melawat sekitar bandar Brinchang atau jika ada budget lebih, boleh singgah lagi di Time Tunnel yang terletak 1km dari  bandar Brinchang.

Time Tunnel ini adalah sebuah muzium yang mengumpul barang-barang lama, kalau anda peminat barangan klasik elok la singgah sementara nak kasi makanan dihadam dulu. Tiket masuk berharga RM5.00 untuk dewasa, RM3.00 untuk kanak-kanak.

Dah settle dengan lawatan sambil lewa di Time Tunnel, so bolehlah turun balik dari Cameron pasal anda dah beli sayur dengan buah strawberry. Sayur/buah nih tak boleh nak simpan lama-lama, kang panas teros xsedap macam makan kat Cameron.


Selesai sudah 1 Day Trip to Cameron Highlands.. so sapa cakap xboleh pergi dalam masa 1 hari. Jimat masa dan jimat wang... Awesome!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam