Bercuti ke Bandung - Day 3 & 4

Trip to Bandung - Day 3 & 4

Day 3 ini adalah hari untuk shopping setelah windows shopping sebelum nih. So destinasi pertama menuju ke Pasar Baru yang terletak 4km dari hotel kami. Pasar Baru ini boleh dikatakan destinasi wajib untuk rakyat Malaysia singgah kerana disinilah terletak kain-kain yang boleh dikatakan murah.

Dalam pasar baru nih macam2 la dorang jual, kain pasang, kain sembahyang, seluar jean, tshirt brand Bandung. Honestly kain pasang di Bandung dah mula mahal jika nak dibandingkan di Ho Chi Minh. Kat Ho Chi Minh korang buleh nego sampai lebam pastu murah giler beb.

Anda juga boleh lunch dalam Pasar Baru, diorang ada food court di tingkat 6. So kalu nak makan kat sini kena tahan telinga dengan peniaga yang dok promote kedai depa sehinggalah korang mula order makanan.

Separuh hari dok kat sini saja, kami keluar menuju ke Rumah Mode atau lebih dikenali sebagai Mode House di Jalan Setiabudi. Mode House adalah tempat outlet barangan berjenama yang boleh dikatakan murah akan tetapi off-season. Yela nama pon dah outlet, nak baru masuk butik arrrr...

Agak syiok lepak sini pasal asalnya Mode House ini adalah rumah penempatan warga Belanda dulu-dulu. Dorang juga ada beberapa cafe dan coffee house untuk korang lepak. Awesome!

Habis je di Mode House, niatnya nak menuju ke Paris Van Java Mall, tapi xkesampaian pasal badan dah penat, cuaca pon xberapa best. So teros balik menuju ke hotel dan sambung beli barang2 di Jalan Cihampelas je.

Day 4

Hari terakhir kami, flight kami QZ177 depart jam 1625... so masih ada masa lagi untuk berfoya-foya. Lupa nak cerita, di Bandung nih sebenarnya syurga untuk geng kayuh mountainbike. So saya ambil kesempatan mohon Si Wadi bawak saya ke tempat orang jual basikal di Jln Veteran 101. Sepanjang jalan sini memang banyak giler kedai basikal. Tapi sangat dukacita saya datang pada hari ahad, banyak kedai tutup bai....

Yang bukak kedai kecik2 dengan gerai2 biasa ajer. Tapi yang best jugak, kedai kecik2 nih jual jersey basikal murah gile kot. sehelai lebih kurang RM17.00.. opssss sorry beb tersalah cakap. Nant xdpt nak jual jersey basikal. Dah agak rushing, so sempat jamu mata kedai biasa je. Butik basikal macam Specialize dengan Polygon sumaaa sudaa tutup. Demmmmm....

Abis shopping di Jln Veteran, sambung balik ke Pasar Baru tapi dikawasan luar untuk menghabiskan duit IDR nih. Rasa orang yang jual kat luar pasar nih macam lebih murah tapi tak berapa banyak pilihan.

Dalam jam 11 pagi balik ke hotel kami balik ke hotel nak tapau semua barang. Standard naik AirAsia luggage kompem kena timbang tepat punya.

Agak kecewa bila dah sampai di Airport Bandung, expectation airport agak selesa akan tetapi seksa jiwa dan raga beb.... Walaupun korang datang awal, korang xbuleh check-in. Kaunter depa macam nak beli tiket bas dowhhh! Kalau dah check-in pon... korang xbuleh nak melepasi imigresen, kaunter imigrensen pon ada dua ajer... cittt..... bila tiba 30minit nak boarding baru ler korang buleh stamping passport. Kesusahan apakah ini... Aduiiiii harap2 sila percepatkan Airport baharu tu. Susah ada anak kecik.. orang ramai sangat takut hilang anak nant.

Secara keseluruhan trip ke Bandung nih agak Awesome, barang memang murah, makanan Halal senang didapati. Akan tetapi saya agak tidak selasa tang management Airport di Bandung. Menyiksakan....

Lastly, sila lebihkan perhatian dengan barang berharga anda, Si Wadi selalu berpesan dengan pencilok saku.











Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam