Perjalanan Menuju ke Pendalaman Sarawak - Part 2

Perjalanan Menuju ke Pendalaman Sarawak - Part 2

Sungguh Awesome untuk travel dari satu tempat ke satu tempat di Sarawak. Setelah mengujungi di Song, saya kembali ke Sibu dan menuju ke Bintulu melalui jalan darat. Destinasi seterusnya adalah Belaga.

Belaga adala hsalah satu pekan pendalaman di Sarawak. Dahulunya akses ke Belaga adalah sungai yang perlu melalui dari Sibu - Song- Kapit dan Nanga Merit yang mengambil masa lebih kurang 7jam lebih. Kini telah dibuka jalanraya yang seakan rally dakar untuk lalui kenderaan 4x4.

Perjalanan dari bandar Bintulu ke Belaga adalah lebih kurang 220km sahaja akan tetapi akses jalanraya mahupun infrastruktur yang sangat dahsyat memnyebabkan perjalanan mengambil masa 5 jam. Akses jalanraya ke Belaga memang dimonopoli oleh lori balak.. kereta 4x4 ni dah macam kereta kancil je.. kecik ajer jadi nya... So kalau korang berhajat nak ke sini memang kena sewa 4x4, minyak asi full pasal on the way memang xde station minyak mahupun RnR yawww...

Oleh kerana jalan macam harem... saya langsung xamik gambar takut muntah dalam kereta. Ianya adalah tidak awesome... Breakfast pon tidak digalakkan sebelum sampai ke sini kerana dikhuatiri akan menjadi milkshake didalam perut anda... hahahaha....

Setiba di Belaga, ternyata pekan yang kecil ini mempunyai udara yang cukup segar. Terdapat sebuah jambatan yang dibina oleh pihak askar untuk melintasi sungai Belaga. Juga terdapat satu-satunya sekolah disini... Ahaaaa.. sebelum tu.. pekan kecil Belaga ini berhampiran dengan Empangan Bakun, akan tetapi bandar ini dijana 100% oleh 7 Generator yang bekerja 24jam bagi menerangi pekan ini.

Suasana pekan yang harmoni... mempunyai beberapa kedai makan dan kedai kopi yang halal membuatkan anda terasa mahu lepak ajer... tapi memikirkan kesusahan kami yang dihadapi.. tak sanggup laa kawe. Hihihih....

Setelah kerja-kerja saya selesai, saya meronda kawasan pekan yang mempunyai bot kayu akses ke Kapit dan Song. 5 jam untuk Kapit dan 8 jam untuk ke Sibu. Siap kena transit tukar bot..Perghhhh....

On the way balik saya singgah di empangan yang gah iaitu Empangan Bakun. Sebenarnya xboleh masuk pon empangan nih, tapi tah menda driver kecek sempat jugak kami bergambar di Bakun. Awesomeness... tpi kejap jer kami bergambar lepas tu dah kene halau dengan polis bantuan dorang... demmmmm....

Jelas dan nyata sekali perjalanan ke Belaga bukanlah satu perkara mudah. Banyak lagi pekan pekan kecil mahupun perkampungan terpencil di pendalaman Sarawak yang kita jarang dengar.

Syukur atas nikmat yang dihadapi... Kalau kita dah rasa susah... ramai lagi rakyat Malaysia yang rasa lebih susah. Terima kasih kerajaan.

This is not so Awesome dude!











Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam