MotoGP Sepang Winter Test 2017

MotoGP Sepang Winter Test 2017

Setelah sekian lama saya tak menjejak kaki di Litar Sepang, akhirnya semalam dapat juga saya jejak setelah 7tahun berlalu. Terasa cepat betul masa usia, menandakan dunia menghampiri akhirat, huuuuu...

Litar Sepang sekali lagi dijadikan sebagai litar untuk pengujian jentera MotoGP sebelum bermulanya musim perlumbaan pada awal Mac ini. Nama pon lagi Winter Testing, pengujian penuh dengan track bercuaca panas diperlukan untuk pengujian jentera pada tahap maksima. Maka Malaysia adalah salah satu negara yang tidak terlibat dengan musim salji selepas Qatar dan Australia. 

Saya pernah datang MotoGP Testing 10 tahun yang lalu dan pastinya kelibat orang yang hadir adalah lingkungan tidak sampai pada kiraan 50orang sahaja termasuk tukang sapu. Tapi semalam saya rasa bagaikan dah pre-race bro. Budak-budak superbike laa brader moto yang lain pon datang. Ramai giler... sebijik macam race, khemah sponsor ajer yang xada. 

Tahun ini menunjukkan beberapa rider yang bertukar pasukan seperti Jorge Lorenzo yang dimiliki oleh pasukan Ducati. Pastinya Rossi mampu mencuri perhatian pengunjung dan pihak media. Bila la Rossi ni nak pencen bro? Elok pencen jaga akedemik lagi bagus, beliau dah cecah legend yang pastinya takkan ada orang boleh padam rekod dan sejarahnya.

Beberapa jentera baharu yang cuba memasuki musim ini adalah KTM dan Aprilia. Malah lebih memeranjatkan ada satu jentera berwarna hitam memakai suit penuh Ducati. Saya memerhatikan nombor pada jenteranya tapi pasti hampa kerana kelajuan da mata yang mula rabun membatasi penglihatan.

Sudah pasti Casey Stoner #27 tampil dengan gayanya menjadi sebagai salah satu rider untuk mewakili jentera Ducati. Lebih baik lagi, pengujian semalam Casey Stoner telah mencatatkan kelajuan paling pantas pada 1:59:681. Ini baru permulaan, banyak lagi setting dan kajian yang bakal dibuat sehinggan penutup MotoGP Testing di Litar Qatar. 

Moga tahun ini dapat join MotoGP Race jika dipanjangkan umur.

This is Awesome Bro...







Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam