Scam Menggunakan Booking.com - Airbnb dan Cara Mengatasinya

Scam Menggunakan Booking.com - Airbnb dan Cara Mengatasinya

Baru-baru ni ade orang share pasal penipuan Booking.com dan sebelum tu juga pernah saya baca mengenai scam Airbnb. Penipuaan ini melibatkan kerugian ribuan ringgit kerana membuat booking dan bayaran walhal hotel yang ditempat tidak wujud pun.

Sebenarnya tajuk tu kena betulkan, bila baca tajuk tu seolah Booking.com dan juga Airbnb.com adalah scammer tetapi sebaliknya mereka adalah satu modus operandi yang dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam dunia realiti maya ini, banyak saluran yang boleh membantu kita untuk travel malah untuk membuat penempahan dari segi tiket flight atau pun tempat tinggal. Bagi saya semuanya itu tidak menjadi masalah, yang menjadi masalah jika anda atau nasib anda tidak baik kerana menggunakan kaedah 3rd party. 



Mari baca kes yang pernah terjadi dalam penempahan hotel dan rumah dengan menggunakan modus operandi seperti Booking dan Airbnb.

Rujuk pada kes dibawah

Kes 1 :

Seorang brader yang ditipu dengan menggunakan Booking.com, sebenarnya dia telah membuat penempahan pada booking.com untuk tinggal di apartment di Seoul Korea. Dalam booking.com, anda boleh memilih samada untuk Pay Now atau Pay Later sama juga seperti Agoda.com. Brader tersebut telah membuat kaedah Pay Later dan mendapat confirmation booking daripada pihak Booking.com.  

Dalam hal ini, host atau tuan rumah (host) kononnya telah membuat PM (Private Message) tepi pada brader tersebut untuk menuntut bayaran lebih awal kerena nak lock booking sedangkan jika anda dah booking dengan Booking.com, confirmation booking anda adalah Confirm melainkan Cancellation atas sebab tertentu. Manakala bayaran akan disedut dari kad kredit anda 2 hari sebelum tarikh check-in.

Jadi brader tu bayar secara penuh pada host berkenaan lebih kurang RM4 ribu lebih dalam bentuk tukaran matawang Yuan kerana host/tuan rumah berada di China. Transaction bankin di buat secara online banking dan pada hari travel, brader tersebut tidak mendapat respond mesej daripada host langsung malah rumah yang kononnya di beri lokasi tidak wujud langsung!

Kes 2 :

Seorang traveller ditipu dengan menggunakan Airbnb.com, dimana beliau telah membuat pra-penempahan. Pra-penempahan ini adalah meletakkan rumah yang ingin ditempah didalam Wishlist anda pada date travel pilihan anda.

Jadi, brader ini telah mendapat satu mesej (Airbnb Message Box) yang mengatakan anda berminat untuk duduk dan tinggal di rumah tersebut, maka kononya host/tuan rumah membuat tawaran lebih murah daripada harga Airbnb.com tanpa melibatkan Fee Charge dan Services Charge. 

Maka, brader tersebut setuju dan terus membuat deal tepi yang hargnya lebih murah dari Airbnb.com. 

Hasil daripada itu, sama seperti kes 1 tadi. Bayaran lengkap telah dibuat dan akhirnya rumah itu langsung bukan kepunyaan tuan rumah tersebut tetapi sebaliknya adalah milik orang lain yang tak tahu apa itu Airbnb.com. Kerugian adalah RM6,000 lebih.

Kesimpulan daripada Kes :

Secara amnya, jelas lagi terang setiap pembayaran penempahan mesti dibuat dengan menggunakan website yang anda booking itu. Jika nasib tak baik seperti kes diatas, mereka biasanya akan offer harga sedikit murah berbanding harga web dan mengatakan kononnya web tersebut ada service charge. Jadi korang yang nak berjimat ni akan masuk perangkap dan mula deal tepi untuk membuat bayaran ke dalam akaun peribadi.

Tindakan ini secara langsung telah membuatkan diri anda tidak dilindungi oleh policy penempahan melalui web tersebut. 

Jika korang rajin baca policy, awal-awal lagi diorang dah nyatakan segala pembayaran mesti dibuat pada tarikh yang perlu dijelaskan dan tiada pihak ketiga (3rd party) wujud untuk meminta menjelaskan tuntutan bayaran awal. 

Sebagai contoh, jika anda bayar melalui web, anda akan dilindungi oleh web tersebut jika tuan rumah cancel booking, tiada respond, atau hotel/rumah yang anda nak duduk tu berlaku bencana. Segala bayaran yang korang buat akan dipulangkan (refund) 100% malah kalau Airbnb, diorang akan bagi voucher USD50.00 sebagai tambahan untuk kerugian itu. 

Tapi jika korang deal tepi macam kes kat atas, duit korang akan lebur dan tiada policy yang akan melindungi anda. Bye-bye! Airbnb dan Booking.com hanya mampu untuk Disable Account host tersebut sahaja untuk orang lain. Hanya nak jimat 200 ke 300, lebur beribu-ribu ringgit!


Mari saya share tips nak booking Airbnb secara nyaman dan tenteram.

Kaedah dan Penempahan :

1. Wujudkan Akaun

Bagi korang yang pernah berurusan atau pertama kali berurusan dengan Booking.com dan Airbnb.com. Konsep dia senang aje, sama la seperti Trivago ke, Agoda ke atau ape jadah semua tu.

Pertama, korang wujudkan akaun untuk membuat penampahan, elakkan jadi guest as member untuk memudahkan korang nak manage booking, nak download maps lokasi rumah/hotel sekali lagi ataupun nak dapatkan resit.


Bila saya travel, saya lebih suka untuk tempah menggunakan Airbnb dan juga Agoda.com. Airbnb digunakan jika nak booking untuk duduk rumah pasal ada dapur senang nak masak dan juga mesin basuh untuk basuh baju. Kalau nak duduk hotel saya pilih Agoda.com pasal ada diskaun loyalty dan boleh collect point Enrich Miles.

Bila dah ada akaun, korang boleh nampak past trip korang yang pernah korang pergi dan dari situ, korang juga akan dinilai oleh tuan rumah yang pernah korang duduki. Jangan ingat kita aje boleh review rumah, mereka juga ada hak untuk memberi review anda sebagai tetamu pasal banyak juga tetamu buat hal dengan merosakkan keadaan rumah macam beruk 3 ekor di Osaka tu. 



2. Baca Review Hotel atau Rumah

Kalau Airbnb, saya akan pilih tempat, tarikh dan berapa guest nak duduk dan saya akan direct tengok review. Review sangat penting pasal review ini bukan ditulis oleh host. Review ini adalah review yang dibuat oleh pengujung yang pernah duduk sebelum ini. Saya agak ralat dan elak jika rumah tersebut tak ada review termasuk tiada rating. Mungkin dia adalah tuan rumah baru nak join Airbnb? Tapi saya akan elakkan juga pasal dari review, anda boleh tahu -

i - Keadaan rumah sebenar.
ii - Jarak dari train station atau kedai runcit.
iii - Ada parking kereta atau tidak, atau kena bayar ke tak.
iv - Boleh memasak ke walaupun ada dapur.
v - Komunikasi dan support tuan rumah ok ke tak.
vi - Macam macam lagi lah.


3. Mesej - Email kepada Hotel atau Host

Kalau soalan anda tak ada dalam review tersebut, terus text mesej pada host dengan menggunakan Message Inbox Airbnb.

Bila korang text host, mereka biasanya akan pre-lock booking untuk anda selama 24jam. Tiada masalah, tiada bayaran perlu dibuat. Itu hanya untuk pastikan bahawa anda tengah ushar date tersebut, maka orang lain tak leh potong queue korang pada tarikh tersebut dalam tempoh 24jam.


Korang text tanyalah apa yang korang nak tanya pasal rumah tu. Skang ni, Airbnb dah mula hidden phone number, email address atau sebarang web link yang anda tulis untuk mengelakkan korang deal tepi dan kena tipu. 

Jika korang dah bersetuju, maka mulalah buat tempahan dan bayaran menggunakan Airbnb.com. Jangan bayar jika bayaran bukan menggunakan web tersebut.

4. Membuat Bayaran

Ini adalah penting, segala pembayaran MESTI menggunakan pada web tersebut dan bukanlah secara akaun peribadi atau akaun syarikat yang lain. Contohnya anda tempah hotel dengan Agoda, maka bayaran gunalah Agoda. Sama seperti Airbnb maka bayarannya guna Airbnb. Xkisah korang nak guna kredit kad atau pun debit kad janji melalui web diorang masing-masing.

Jangan la korang mudah terpedaya jika tuan rumah tu offer lagi murah dari harga Airbnb melainkan sedara korang je. Tapi sedara korang kadang-kadang lipat jugaaak... Tiada istilah diskaun dengan bayaran luar dari website berkenan kerana dikhuatiri itulah perangkapnya.

5. Selepas Membuat Pembayaran

Jika Airbnb, selepas membuat pembayaran, host (tuan rumah) akan memaklumkan kepada anda akses kepada rumah tersebut seperti maps mahupun kunci dan juga password pintu. Kebanyakkan rumah seperti ini mereka mempunyai post-box yang ada password untuk menyimpan kunci rumah. 

Host sangat jarang untuk datang menyambut atau menunggu ketibaan anda. Biasanya hanya ada arahan untuk kerumah dan juga hentian mana yang perlu anda berhenti jika menggunakan public transport.

Kalau kat Korea atau Jepun rata-rata guna tombol pintu jenis digital. Maka password pintu rumah akan diberikan dan ditukarkan jika korang dah check-out. 

Selepas pembayaran, barulah nombor phone host diberikan untuk korang membuat panggilan mencari rumah atau keperluan emergency lain. Sila berhubung dengan tuan rumah 1 minggu sebelum check-in untuk memastikan mereka alert dengan kedatangan anda.

Risiko :

Terdapat pelbagai risiko jika booking hotel dan rumah ni, antaranya adalah 

1. Dah bayar tapi hotel tak wujud.

Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, deal tepi sememangnya bahaya dan mungkin diantara kamu berjaya dan itu dikira bernasib baik. Kalau tak nasib baik mungkin akan jadi lepas selamanya.

2. Mencari Lokasi Hotel dan Rumah.

Kebiasaanya kalau penempahan hotel, kita mungkin jarang sekali untuk sesat mencari hotel tersebut kerana nama hotel biasanya akan wujud didalam Google Maps dan kalau Booking.com, mereka telah siapkan untuk anda alamat lengkap untuk anda rujuk serta diberikan pada pemandu teksi dalam bahasa tempatan. Mudah untuk mereka menghantar anda pada hotel tersebut.

Manakala untuk Airbnb pula, mereka hanya memberikan nombor rumah, nama jalan sahaja dan kalau yang jenis advance sikit, mereka akan share location dengan menggunakan Google Maps.

3. Cancel Booking Last Minute. 

Perkara ini pernah terjadi pada kawan saya semasa travelling ke Osaka. Perihal ini terjadi disebabkan peraturan di Negara Jepun telah mengeluarkan satu arahan untuk tuan rumah mendaftar kepada kerajaan jika ingin menjadi host Airbnb atau mana-mana agensi. 

Oleh yang demikian, tuan rumah yang belum berdaftar telah membuat cancel booking last minute 1 minggu sebelum travel menyebabkan keadaan sedikit kalut. 

Tapi untungnya, segala pembayaran yang dibuat telah dibuat refund automatik dalam tempoh 24jam dan diberikan voucher tambahan sebanyak USD50.00 kerana kesulitan dihadapi. 

4. Keadaan Hotel dan Rumah Tak Indah Seperti Jangkaan.

Benda ni juga terjadi pada saya di Frankfurt dimana rumah apartment keadaannya agak biasa sahaja seperti jangkaan. Saya selalu tanya tuan rumah jika amenities dapur lengkap ke tidak? Rumah saya di FRankfurt agak mengecewakan pasal barang dapur mereka tak banyak dan kalau ada pun berkarat-karat. Nak masak air pun pikir dua tiga kali.

5. Saman Parking Kereta.

Jika anda tempah apartment, sila pastikan apartment tersebut mempunyai private parking percuma atau pun berbayar? Kalau percuma tanya dimana parking tersebut dan kalau berbayar adakah ianya berbayar pada pihak Council atau pun pihak management apartment sendiri?

Benda ni kena alert pasal kalau parking tepi jalan, takut kena saman dengan Council. Malah silap-silapa kalau free rupanya parking space untuk rumah lain, udah tak pasal-pasal kena clamp kereta.

Begitulah betapa risikonya jika membuat penempahan dengan menggunakan kaedah sendiri. Perlu berhati-hati dan paling penting baca review terlebih dahulu untuk mengetahui perangai hotel dan host tu.

Kalau taknak sakit kepala dan takut untuk berdepan dengan risiko sebegini. Korang boleh melantik mana-mana travel agent untuk menguruskan penerbangan,penginapan dan transport korang. 

Biasanya mereka lebih arif pada tempat dan hotel malah mereka boleh mendapat harga menarik dari harga website tertentu.  

Terpulang kepada korang dan citarasa masing-masing. Kalau nak travel free and easy, banyak kena study. Kalau nak rileks dari awal sampai akhir, pilihlah travel agent.

This is Awesome bro...

Comments

Anonymous said…
Kini terdapat penipuan baharu yang disertakan dengan e-mel warisan. Jiran saya mendapat e-mel tentang beberapa warisan keluarga dan diminta membayar beberapa Cukai, dia akhirnya menghantar banyak wang kepada mereka tanpa mengetahui bahawa mereka adalah penipu dalam talian. Dia adalah wanita berusia 62 tahun dan tidak tahu itu adalah warisan palsu. Terima kasih kepada syarikat pemulihan bernama Amendall .net yang membantunya menjejaki akaun bank penipu dan wang itu telah diperoleh kembali kepada jiran saya. Sila berhati-hati dengan e-mel Warisan palsu.
Fauzi said…
Sy telah membuat bayaran di app booking.com tetapi property tidak dapat dihubungi. Nombor yang dimasukkan tidak sah. Lalu saya menghubungi customer service untuk membuat laporan dan mereka juga tidak dapat contact property. Mereka mencadangkan untuk cancel booking. Masalahnya, smpai sekarang tak dpt duit refund. Seriously sy cakap booking.com langsung x membantu untuk refund blk
Kesimpulannya di sini akan banyak lagi scammer di dalam bookoing.com yang giat buat kerja macamni.
Nazrul Akram said…
Fauzi : Saya pernah membuat cancel booking dengan Agoda dan Booking.com. Saya dapat full refund dalam masa 48jam.

Jika anda membuat penempahan kredit card, sila call bank kredit card and adakah terdapat refund pada akaun kredit kad anda.

Jika tuan masih tidak mendapat refund, boleh hubungi balik booking.com untuk semakan seterusnya. Jika masih tidak dapat juga, boleh membuat laporan kepada SKMM

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam