Aunty Starbright Coffee, Georgetown Penang

Aunty Starbright Coffee, Georgetown Penang

Bulan 2 baru ni saya mengunjungi Georgtown atas tugasan. Nak habaq mai Penang memang heaven laa makan selepas Kedah. Tak tau laa pasal ape. Kalau nak senaraikan tempat sempoi untuk makan di Penang ni panjang bro.


Dah banyak blogger malah you-tubers buat review tempat makan best sekitar Penang, Nasi Kandar, roti canai, roti bakar, ikan bakar, mee udang sebut ajer ape nak. Kalau jenis datang pastu sembang nak diet, saya doakan agar beliau sihat-sihat sahaja. Setakat ini saya gagal untuk mengawal keharmonian perut jika datang ke Penang.



Okay kali ini saya nak share pasal kopi memandangkan masa blog ni ditulis, kita sedang menjalani Perintah Kawalan Perjalanan (PKP) Covid-19. Ramai yang share pasal Kopi Dalgona tu tapi tetiba saya teringat dengan kopi viral aunty dekat komtar.

Bagi anda sebagai penggemar kopi, anda wajib untuk datang gerai aunty ni. Gerai aunty ni terletak berhampiran dengan Cititel Express Hotel, atau dengan lebih tepat lagi korang boleh Google Maps dengan carian Kopi Viral Aunty Starbright. 

Macam biasa saya akan order Kopi Susu (Milk Coffee) yang berharga RM2.00. Kopi susu ais dia memang terbaik bro, pekat likat dan ada milk foam topping. Pastu harga dia Rm2.00, mana nak cari kopi macam ni. Tak payah ler ala-ala Starbuck ko tu. Bagi yang tak gemar kopi, boleh cuba Teh Tarik atau Milo ais dia. Saya tak order tapi tengok orang depan order berbuih2 milo dia woi!



Lepas habis minum tu, saya baru perasan dalam menu dia rupanya ada special menu, iaitu minuman yang jenis campur seperti Kopi + Milo, Kopi + Teh... aduhh next time kena try ni bro. Kita tengok berdetum macam mana pekat likat dia.


Dah pekena kopi boleh jalan-jalan sekitar Lebuh Nordin ni tak pun jalan kaki ke arah Komtar, skang ni Komtar pun dah banyak attractions. Naik komtar atas skali tu amik gambor.


This is Awesome bro!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam