Luckin Kopi, Kuala Lumpur

Luckin Kopi, Kuala Lumpur

Baru ni saja ronda-ronda KL bawa family kecil abam nak minum petang. Tengok dalam KL Foodie FB dah banyak cafe mengupi yang best dengan harga murah. 

Apa lagi, abam bukak IG, search review dalam google maps, Sebenarnya kami tersalah kedai. Gentle abam cakap, nak parking area sini agak struggle pasal walau ada parking yang berharga RM10 per entry. Ianya tetap penuh, 

Tak payah sembang laa parking DBKL. Memang tak akan dapat kalau hujung minggu ni. Jadi nak tak nak kena parking mahal sikit.... itu pun penuh jugak. Hampa betul. Cukup pusing dua kali, menunggu depan parking park dapat laa satu parking ngam-ngam. Ini semua untuk kopi.

Berbalik cerita tadi, asalnya nak bawak dorang ni minum cafe coklat, iaitu Beryl's Cafe. Ternyata kami tersalah masuk kedai, dah pintu kedai macam sama aje, signboard pun tak tengok. Terus kami masuk.

Bila dah duduk tu, abam tertanya, tang mana jual coklat... pastu bila tengok menu, tak ada pulak minuman coklat Beryl's tu. Belasah laa abam order laa kopi dengan roti bakar. 

Bila dah order, datangnya resit bayaran dengan apa yang order tadi terus abam gelak. Terang-terang atas resit ada logo Luckin Kopi. Kedai ni memang Luck betul la... mampu menarik orang masuk kedai dia. Bahaya betul eh...

Tapi abam tak ada rasa sesalan, abam nak bagitau kopi ais kaw kedai dia ni sedap gila... Padu dan Premier rasa dia. Roti bakar pandan pun not bad. Harga lagi murah daripada cafe hipstur yang lain. Mana nak dapat geng kopi ais kaw harga bawah RM5.00 dalam KL ni. Sedap dengan padu pulak tu. 

Ada promo dalam menu kalau tak silap, 5 gelas kopi/teh berharga RM19.00 lepas tu percuma macam roti bakar dan kudap-kudapan. Sesuai laa korang akak-akak hipstur nak mengopi.

Suasana kedai ala-ala retro, abam suka dinding dia yang mengekalkan struktur lama yang menampakan suasana ala urban klasik. Ada dua tingkat, boleh lepak atas untuk keselesaan. Cafe dia ni boleh kata agak besar juga la, walaupun meja disusun macam jarak, tapi masih ada space yang selesa. 

Overall, food & beverage Luckin Kopi ni terbaik, cuma nak datang dapatkan parking ni agak susah. Elok naik grab aje. Mungkin dah banyak restoran atau cafe sekitar sini tu yang penuh parking.

This is Awesome dude.











Comments

IamKAI said…
Salam bang. Nak tanya halal x luckin kopi ni halal ke? Kalau halal saya nak bawa family datang minum

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam