Atmosphere, Kuantan Pahang

Atmosphere, Kuantan Pahang 

Dulu time datang ke Kuantan, kepala hotak mesti set nak makan seafood kat Tanjung Lumpur. Tu dulu la, sekarang ni dah banyak pilihan yang ada sekitar bandar Kuantan.

Motifnya, saya bukan jenis nak makan kedai hipster saja, saya pun makan je kedai siam, kedai tepi jalan malah kedai celah-celah lorong. Cuma apa yang saya nak share ni antara restoran atau kedai makan yang menarik untuk kita lahap dengan puas hati.

Restoran Atmosphere adalah salah satu yang saya syorkan untuk korang datang lepak dan makan malam bersama keluarga. Kalau dah jemu nak makan seafood, boleh ler datang ke sini makan ala-ala western. Masak mereka memang terbaik dan sedap. 


Kalau korang lapar sangat, boleh order Family Platter yang ada 2 Chicken Grill, 2 Lamb Chop, 4 Nasi/Pasta, 1 Beef Burger, Cheezy Wedges malah 1 tower air pilihan . Agak berbaloi laa kalau nak makan 4-6 orang skali gus.

Malam tu saya amik ala-carte, saya order Grilled Chicken Burger, Grilled Chicken dan Mixed Pasta Chicken Grill. Ya kami tak makan lamb, makan semua menu adalah ayam semata-mata. Jangan tanya kenapa.



Suasana kedai memang best, walau restoran ini tepi jalan, tapi korang tak akan rasa kebingitan lalu lintas. Asalnya restoran ini adalah sebuah rumah banglo, owner agak kreatif telah diubahsuai menjadi restoran modern style. Rasanya kalau ada buskin ke maybe lagi menarik.

Apa-apa pun, gandingan suasana restoran yang awesome dan masakan yang sedap bagi saya ianya berbaloi untuk lepak dan santap malam. 






Bagi saya, harga yang ditawarkan untuk santapan sedikit mahal tapi ada beberapa menu boleh diterima kocek. Sekali sekala boleh ler kan datang, kalau mai tiap-tiap mingu koyak juga beb!



Korang boleh Google Map atau Waze tempat ini dengan carian Atmosphere Industry Kuantan. Tempat parking pun senang aja tak terlalu pack. Cuma tempat duduk kalau datang jam 8 keatas kompem full

This is Awesome dude!



Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Apa Yang Boleh Di Beli di Jepun?

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang