Hutton Lane Roti Bakar, Georgetown, Pulau Pinang

Hutton Lane Roti Bakar, Georgetown, Pulau Pinang

Bulan lepas saya buat weekend trip bersama keluarga kecil saya semata-mata mengidam nasi kandar Penang mai. Tapi untuk entry kali ini, saya bukan nak cerita pasal nasi kandar surrr... tapi saya nak share sarapan pagi best di kawasan Georgetown.

Macam saya cakap, bohong lah kita ni orang Malaysia tak makan sarapan pagi berat-berat. Apa yang korang makan nasi lemak, meehun goreng, meegoreng tu tak berat timbangan kalori kaa...? Tak ada beza pun roti canai telur dengan nasi lemak. Hewhewhew...

Kali ini saya share kedai yang dah memang poular - iaitu Hutton Lane Roti Bakar yang terletak di Jalan Phee Choon, anda boleh google maps atau waze saja dengan carian Hutton Lane Roti Bakar disini.

Kedai ni kena datang awal, hang mai lambat hang kena beratur 15 tiang, tunggu laa mereput 30minit berdiri nak dapat table noh!

Nasib baik anak saya jenis mudah bangun pagi, jadi jam 0720 kami dah terpacak depan kedai, tak perlu beratur nak dapat table pun pasal time ni masih banyak lagi table, cuma beratur tang nak order makanan sahaja. 

Yaa makanan korang kena order kat kaunter, sebut nombor meja nanti ada mamu datang hantar makanan. Konsep dia makan dulu baru bayar, kalau nak tambah order boleh laa pangil mamu kemas-kemas meja. Takkan nak beratur lagi kan.

Menu terbaik Hutton Lane ni adalah roti bakar kari ayam laaa. Buh 2 bijik telur goyang baru datang surrr sarapan pagi. Dorang ada juga roti canai ayam kari tapi, saya rasa roti canai kari ayam lagi best di Transfer Road yang pernah saya review sebelum ini.

Tapi, bagi korang yang tak suka pedas, boleh cuba kari ayam dorang, sedap juga dan tak sepedas Transfer Road. Pastikan order roti bakar 2 set, 1 tak cukup laa bro, tak leh bawa bicang kalau tak cukup.

Antara menu yang ada tu roti bakar, roti bakar georgetown, roti bakar telur goyang, nasi dalca ayam dan dalca ikan. Kalau nak lebih terperinci boleh tengok menu dalam google maps saja, Search nama Hutton Lane Roti Bakar.

Cuma saya musykil la, banyak-banyak kedai sarapan pagi, kenapa susah nak jumpa kedai mamu yang buat kopi ais macam ala kopitiam atau kedai cina .Sebab tu jarang saya order kopi masa breakfast. Saya akan pekena kopi selepas sarapan pagi. 

Tang kedai dia korang tak perlu nak komplen panjang jela, dah nama street food. Kalau korang tak lalu sila makan sarapan dirumah lah. Kedai dia ni celah lorong saja, meja pun bukak asalnya jalan raya kalau tak silap bersebelahan dengan balai polis.

Gambar tauke yang kira makanan otak macam kalkulator tu memang sempoi. Kalau ada balance sen-sen tu dia halalkan sahaja. Murah rezki tuan!

This is awesome brada!








Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam