Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1

 Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 1


Entry kali ini berkisarkan antara diari perjalanan dan juga travel tips untuk menjadikan percutian lebih awesome dan lebih penting berada didalam kawalan.

Pertama saya akan menceritakan tips. Mungkin berguna dan sesuai untuk mereka yang taknak overbudget bila dah sampai Tokyo yang terkenal dengan bandar padat dan mahal.

Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, teksi, public transport, duit makan, duit belanja seperti barangan yang nak dibeli tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping.

Tips #2 : Buat booking hotel/homestay lebih awal. Anda buleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com, Airbnb atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking. Jika ke negara Jepun, terdapat banyak restoran yang Halal. Kalau nak jimat, boleh memasak jika menyewa dirumah yang mempunyai dapur. Tapi ingat, tak kesemua bahan masakan yang boleh dibawa masuk terutamanya beras. 

Tips #3 : Membawa kelengkapan pakaian dan peralatan yang complete. Ini bertujuan untuk mengelakkan pembaziran membeli barang yang sedia ada. Ini juga termasuk ubat-ubatan anda. Perjalanan ketika musim sejuk memerlukan lebih pakaian dan ubatan. Sila bawa air mineral bersama anda kerana air mineral yang dijual rata-rata berharga 100JPY (RM3.00). Tapi kalau habis, korang boleh refill air pada waterstation di station keretapi.

Tips #4 : Update Jun 2023 : Tidak lagi perlu mengemukakan dokumen suntikan Covid19. Pihak Kerajaan Jepun telah melonggarkan kemasukkan dan memansuhkan semakan syarat suntikan covid pada semua pelancong yang masuk. Jadi yang tak ada vaksin pun dah boleh masuk sekarang ini . Cuma kena isi Visit Japan Web untuk Immigration dan juga Custom Declaration sahaja. Ini akan membantu anada supaya tak perlu isi borang dan memudahkan proses semakan nanti. Sejak pandemic covid-19 melanda ini, kemasukkan ke negara Jepun diperketatkan kembali untuk mengelakkan high-spike wabak penyakit. Jadi, sebelum tiba, korang perlu mengisi maklumat diri dan ahli rombongan di Visit Japan Web. Dalam web ini, mereka memerlukan maklumat passport, sijil vaccine dan juga declaration custom.

Untuk masuk ke Jepun, korang wajib menerima 2 dos suntikan atau 3 dos suntikan. Jika 2dos, korang kena buat swab test 48jam sebelum arrival. Kalau 3 dos tak perlu dah buat swab test. Hanya upload digital certificate dari MySejahtera tu je.

Tips #5 : Di Negara Jepun, berbahasa Inggeris adalah menjadi perkara asing sehinggakan rakyat mereka perkataan basic pun tak tahu. Oleh itu sila download Google Translate bahasa Jepun untuk kemudahan anda nanti. Download terus kepada offline mode.

Tips #6 : Sila download Apps Japan Travel yang pasti akan membantu anda di Tokyo nanti. Juga jangan kedekut untuk menyewa Travel Wifi jika korang pertama kali ke Jepun untuk mengelakkan sesat. Kalau tak nak sewa, buat saja roaming. Sekarang ni roaming dah murah, RM90 untuk selama 30hari. Google maps sangat membantu untuk carian perjalanan anda ke satu destinasi. Jangan lupa juga Currency Converter Apps.

Tips #7 : Membawa makanan menjadi satu cabaran untuk ke Jepun. Setakat ini, beras tidak dibenarkan dibawa masuk ke sana. Ada orang cakap boleh. Sebenarnya tak boleh kerana dalam form food decalaration terang-terang dia cakap tak boleh bawa beras mentah. Kalau sapa yang bawa tu dia tipu dan kelentong saja. Kalau kantoi bawa korang kena denda 1juta Yen!

Daging mentah tak boleh bawa kecuali makanan ready pack macam Brahim atau sardin. Yang lain-lain tiada masalah.


Selesai perkara tips tu, mari saya ceritakan pengalaman saya menjejaki Tokyo bersama keluarga kecil saya.

Saya mula membuat carian tiket 2 bulan sebelum saya terbang ke Tokyo. Disebabkan trip ke Tokyo ni patutnya tahun 2020, saya cancel trip pasal covid-19 melanda dan kali ni baru dapat terbang ke Tokyo. 

Masa search tu, ngam pula AirAsia buat sales lepas saya masih ada balance Airasia point untuk redeem. Jadi tiket yang kami beli tu dapat lebih murah. Harga tiket termasuk dengan luggage 20kg, 1x makan dan standard seat.

Dalam masa yang singkat ini jugak laa saya buat full study tempat nak pergi. Trip 7 hari ni nampak lama tapi sebenarnya tak cukup dan agak pack. Saya bawak family lepas tu kesemua attrraction kat sini kami masuk iaitu Disneyland, Legoland, Railway Museum, Snowplay ahhhh banyak lagi laaaa. Ni semua lebih kepada anak ajer... mak pakkk tumpang happy jek.

Di Tokyo, sistem train dia tak rumit pun kalau korang faham yang penting kena ada internet. Google Map sangat berguna kat sana pasal korang boleh set korang nak naik dari mana dan turun kat station mana. So google map akan bagitau kat mana korang kena naik train. 

On the first day, flight kami terbang pada jam 1430pm. Flight slight delay pasal ada mamat mana entah lambat naik flight. Jadi waiting time tu almost 15minit jugak. Ini pun korang kena alert. Dah tau nak masuk international, jangan duk buat lenggang kangkong. Penaya kat orang aje. 

Flight take-off dari KLIA2 runway 36 pada jam 1455pm. Masa taxing tu, pilot mention flight duration mengambil masa lebih kurang 6jam30minit dan bergantung pada keadaan cuaca semasa. 

Alhamdulillah, sepanjang penerbangan tiada air turbulence besar. Flight smooth and steady saja. Meals dapat diedarkan pada passanger on time, dapat minum air panas dengan tenang jiwa. Nazril standard dia, naik flight terus tidur sampai 2jam terus. 

Naik flight Air Asia ni, tak ado inflight entertainment. Jadi, download lah siap-siap netflix korang tu untuk hilangkan rasa bosan. Saya bawa jugak buku travelog pasal tak nak habiskan bateri. Nak jimat laa nanti nak guna kat Tokyo pulak.



Macam captain cakap, flight 6jam 30minit tepat landing di Haneda International Airport. Masa tu jam 2215pm waktu Tokyo dengan suhu sekitar 7C. 

Bila masa disembark dari perut kapal, kami terus jadi atlet untuk jalan kaki laju menuju ke Immigration. Masa korang tengah jalan tu (jalan jauh yerrrrrrrr!) akan ada staff airport mengedarkan slip pink bagi korang yang dah isi Japan Visit Web. Jadi korang kena bukak dan tunjuk bahawa korang dah complete reviewed. Bila dah disahkan, kita diberikan pink slip untuk perlepasan FastLane. 

Benda ni funciton ye untuk korang potong line daripada checking manually kat immigration nanti. So bila lalu je, korang showoff je pink lsip tu terus officer guide untuk masuk laluan dia. 

Tak ada checking apa-apa, 20minit jalan kaki dah tiba di Immigration. Alhamdulillah beratur immigration tak ramai. Waiting time 15minit saja terus dapat perlepasan immigration. Dah settle 1 bab, kena amik luggage yang dah siap susun. Tak jauh pun. Semua bag dah dapat terus jalan ke Custom Declaration. Sama jugak macam tadi, bukak Japan Visit Web dan show off QR code yang telah saya isi 2minggu sebelum flight. Terus dapat keluar tanpa kena bukak luggage. 



So overall dari disembark dari kapal terbang sehingga keluar ke arrival hall tu mengambil masa 40minit sahaja. Jam kat tangan masa tu pukul 2300pm. Jalan kaki ke train station. Beli terus Suica Card versi Sakura. Kat sini saya top-up dengan harga 2000JPY. Kanak-kanak less 50% dari harga dewasa. Cuma yang lecehnya Suica card dewasa dengan kanak-kanak tiada beza. Jadi terpaksa saya tampal sticker bag untuk kenalpasti kad saya dengan kad Nazril. Nice!



Tak cakap banyak, terus naik train untuk check-in hotel Oriental Express Kamata. Hotel ni saya booking untuk 1 malam sahaja. Kenapa saya tak check-in terus guesthouse? Pasal guesthouse saya tu area Asakusa dan jauh dari Haneda. Saya risau jika flight delay, kami tak sempat naik last train jam 12tgh malam tu. Kalau korang terlepas last train jam 12malam, korang kena naik teksi. Teksi Jepun tak murah yerrr... dorang charge 500JPY untuk 200meter tak silap. Boleh jadi satu perjalanan tu makan modal dalam RM300-RM500.




Disebabkan ini saya tak nak amik risiko, jadi saya booking hotel dengan dengan airport dulu. Tapi Alhamdulillah flight ontime, dapat naik train jam 11malam. 10minit dah sampai Station Kamata. Tarik beg dan terus check-in.

Hotel ni tak besar pun, mostly hotel ni untuk orang transit ke airport. Jadi 3katil dalam 1 bilik tu menang pack habis. Menariknya, hotel kat Jepun ni dorang bagi free flow coffee dan tea. Amenities hotel boleh amik aja di-lobby. Pasal kami pun belum makan, perut sedikit lapar. Saya keluar kejap gi 7 Eleven tak jauh dari hotel. Beli sushi salmon pastu tengok apa yang jual lagi kat dalam konbini (Convivence shop).



Solat lepas tu rehat untuk perjalanan pada esok hari. 

Comments

Anonymous said…
Anak 12 tahun ke bawah if tak vaksin blh lepas masuk tak ???
Nazrul Akram said…
Ya boleh masuk - kanak-kanak bawah 12tahun tak perlu injection vaksin tapi parent kena complete 3 dos.
Asfa said…
Sis berapa total perbelanjaan?
Nazrul Akram said…
Asfa : Untuk 3 beranak, perbelanjaan tak sampai RM10k
Anonymous said…
Betul ke boleh bw makanan process mcm daging? Cth dendeng /serunding
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
Tq for sharing.. kmi plan utk ke jepun pada winter ni.. tgh cari ilmu utk ke sna..
Ana said…
Sana senang dapat Uber ke walau di airport kansai.beza x harga Uber n taxi airport
Nazrul Akram said…
Ana : Guna 2 apps, samada Didi atau Uber. Tapi jika berada di kawasan tumpuan/airport memang banyak saja. Biasanya e-hailing sedikit murah daripada taxi terutama waktu tengah malam
thesheifa said…
Boleh tak bawa Brahim atau ready to eat food berasaskan ayam atau sardin etc?
Syidah said…
Mana nk dpt ya form declare makanan
Nazrul Akram said…
Thesheifa : Boleh bawa Brahim dengan ready food - asalkan commercial pack.

Syidah : Nanti cabin crew akan bagi borang tu dalam flight. Jangan lupa bawa pen saja
Ainul Aqma said…
thanks a lot sharing. sangat2 membantu.
Nazrul Akram said…
Ainul Aqma : Terima kasih keranan membaca blog saya, semoga bermanfaat
Reen said…
This comment has been removed by the author.
Alif said…
Pertangahan bulan 12 ada salji tak dekat tokyo?
Nazrul Akram said…
Aliff : Salji mula turun pada November hingga februari. Tapi dalam bandar Tokyo tak ada salji. Kena pergi ke Kawaguhciko (Mount Fuji), Nikko atau ke Karuizawa. Naik shinkansen dalam 1-2jam sahaja dari Tokyo
Anonymous said…
salam nk tanya kalau bawa makanan mcm sardin, brahim tu kena declare jugak ke?
Nazrul Akram said…
Makan packing kilang tak perlu declare sebagai daging. Yang perlu declare jika ada bahan mentah yang belum dimasak. sardin, brahim, prego, tuna sandwich as to go. No need to declare
Anonymous said…
Assalamualaikum,

Kalau sy bawak masuk set Kembara Meals tu lepas tak ye? dan perlu declare juga tak?
Sue said…
Assalamualaikum saya baru cucuk 2 vaksin xpe ke? Lepas ke
Nazrul Akram said…
Assalamualaikum,

Kalau sy bawak masuk set Kembara Meals tu lepas tak ye? dan perlu declare juga tak?

Jawapan : Kembara pack lepas - tak declare pun ta kapa pasal dia kira ready food. Yang kena declare makanan yang belum masak (contohnya bahan mentah)
Nazrul Akram said…
Sue : Assalamualaikum saya baru cucuk 2 vaksin xpe ke? Lepas ke

Jawapan : Jepun dah tak checking vaksin dah sekarang. Hanya isi borang custom declaration sahaja. Borang tu nanti pramugari akan bagi dalam flight
Anonymous said…
Salam. Saya nak tanya awak pergi awal bulan atau akhir bulan February yer? Sebab saya rancang nak pi akhir bulan February takut tak boleh main salji kat gala.
Thank you.
Nazrul Akram said…
Salam. Saya nak tanya awak pergi awal bulan atau akhir bulan February yer? Sebab saya rancang nak pi akhir bulan February takut tak boleh main salji kat gala.
Thank you.

Answer : Saya pergi pada awal bulan February... Kalau pergi ke Gala Yuzawa, bulan 3 masih ada salji No worries
Ely Shuhaila said…
Kalau saya bawa food mcm ayam masak merah atau rendang daging tapi dalam plastic retort tp ada sticker ready to eat .. tapi masakan ada daginh dengan ayam yang tu kena declare ke ..
Anonymous said…
Salam,
Maaf saya nak bertanya apabila mengisi Visit Japan Web untuk Immigration dan juga Custom Declaration tu setiap seorang kena isi atau boleh add family members sahaja.

Thank you.
leeza said…
As salam.. boleh share tak tips spend rm10k utk 3 beranak tu? kami ber4.. nak belajar first time pergi sendiri luar negara bersama family tanpa travel agent sbb bajet ciput. kalau x keberatan ajarlah satu persatu ...
Nazrul Akram said…
leeza said…
As salam.. boleh share tak tips spend rm10k utk 3 beranak tu? kami ber4.. nak belajar first time pergi sendiri luar negara bersama family tanpa travel agent sbb bajet ciput. kalau x keberatan ajarlah satu persatu ...

> Boleh DM IG saya @nazrulakram
Nazrul Akram said…
Anonymous said…
Salam,
Maaf saya nak bertanya apabila mengisi Visit Japan Web untuk Immigration dan juga Custom Declaration tu setiap seorang kena isi atau boleh add family members sahaja.

Thank you.

>>> Hanya seorang sahaja yang isi, nanti dalam web tu add family members. Bila dah generate QR code, screenshoot sahaja setiap ahli nanti.
Anonymous said…
Saya ada beli banyak makanan retort yg berlabel. Contoh Kembara, Brahim & lainlain. Kalau lauk makanan retort tu daging, boleh saja kan. Ke tidak boleh dibawa?
Nazrul Akram said…
Anonymous Anonymous said...
Saya ada beli banyak makanan retort yg berlabel. Contoh Kembara, Brahim & lainlain. Kalau lauk makanan retort tu daging, boleh saja kan. Ke tidak boleh dibawa?

Nazrul Akram : Makan in factory packed boleh dibawa masuk.

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam