Neuschwanstein Castle, Fussen Germany
 
 Neuschwanstein Castle, Fussen Germany     Hari terakhir kami berada di bumi Siwtzerland, perjalan diteruskan lagi dnegan memasuki balik negara Germany dari laluan selatan dan melalui tepi Tasik Constance. Perjalanan agak jauh melalui tepi tasik Lake Constance tapi sememang mengagumkan, lebih kurang  300km dari Wolhusen ke  Neuschwanstein.      Sebenarnya ada juga jalan lain yang melalui Austria tapi saya memilih jalan kampung untuk menikmati permandangan tasik ini. Laluan ke Austria ni mempunyai toll yang perlu dibayar dan kami tidak memilih Austria untuk persinggahan ini.     Walaupun tak masuk Austria, perjalanan ini pastinya tidak menyesal dan sepanjang jalan juga melalui beberapa buah kampung Germany yang bersih dan tenang seakan masih berada di Switzerland.      Dalam perjalanan ini, kami melintasi Tasik  Constance yang sangat besar dan indah. Oleh kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak, maka hanya gambar saja yang sempat saya rakamkan.    ...
