Posts

Showing posts from January, 2013

Web Browser Faceoff

Image
Web Browser Faceoff Sesetengah pihak mengatakan Google chrome adlaah web browser yang terbaik setakat nih selepas Mozilla Firefox. Oleh kerana saya pon pakai Chrome dan Opera, jom tengok perbandingan diantara Web Browser yang ada sekarang nih! Source : visual.ly

Trike Drift

Image
Trike Drift Trike Drift adalah drifting yang menggunakan basikal beroda tiga atau lebih dikenali sebagai tricycle. Kebiasaan tricycle ini digunakan oleh anak-anak kecil yang baru belajar menggunakan basikal. Akan tetapi sekumpulan remaja yang menamakan diri mereka sebagai Drift Trike Fellas dari New Zealand ini mengubahsuai daripada tricycle budak-budak menjadikan permainan yang lebih extreme! Tricycle mereka diubahsuai pada tayar belakang untuk menjadikan lebih keras dan licin supaya mereka dapat melakukan drift yang sempurna dan lebih awesome lagi sesetengah tricycle mereka ini tidak mempunai brake.. So safety memang out dah... Lebih dari itu mereka juga membuat aksi seperti free run down hill sehingga mencapai kelajuan 70km/h... memang hati kering giler. Saya mendapat maklumat bahawa beberapa individu juga dah start main Trike Drift di Malaysia ini cuma saya tak pasti dimana mereka main.Kalau nak ikutkan di KL nih banyak bukit tarmac yang ada...boleh jugak nak cuba yer...

How To Make Vietnamese Coffee

Image
How To Make Vietnamese Coffee Saya suka akan kopi. Tiap-tiap hari saya akan minum kopi sama ada buat dirumah atau dipejabat. Bila saya minum kopi, ianya akan membantu sistem percernaan saya di pagi hari. Awesome! Disini saya nak share bagaimana untuk membuat kopi tahap dewa versi Vietnam iaitu Vietnamese Coffee kerana Vietnam adalah negara pengeluar kopi ke-2 terbesar didunia selepas Brazil. Menjadikannya salah sebuah kopi yang power gile.....!

Fakta Kopi Seluruh Dunia

Image
Fakta Kopi Seluruh Dunia Sejak kebelakangan ini saya sangat meminati kopi, setiap hari saya akan minum kopi dirumah ataupun di opis. Adakah saya telah menjadi coffee addict? Apa-apa pun kali ini saya bawakan kepada kamu serba sedikit mengenai kopi seperti bezanya jenis kopi dan mana datanganya kopi-kopi nih. Awesome!

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

Image
De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan Sekali lagi kita ke Pantai Balok Kuantan Pahang cuma kali ini tempatnya di De Rhu Beach Resort. Bulan yang lalu saya ada update Duta Village Beach Resort  dan sememangnya awesome! De Rhu Beach Resort juga tidak kurang awesome kerana hotel dan pantainya memang best la jika nak berbanding dengan pantai di Selat Melaka. De Rhu Beach Resort ini terletak 2km sahaja dari Duta Village dan 15km dari bandar Kuantan. Anda boleh cari dalam GPS anda dengan carian De Rhu Beach Resort. Okay resort ini adalah sebuah resort 3 bintang, walaubagaimanapun hospitality mereka memang awesome! Suasana lobby dan restoran De Rhu Cafe mereka agak cantik dan eksklusif, mana nak dapat resort 3 bintang layanan seperti ini. Mereka mempunyai sebanyak 162buah bilik yang terdiri dari Superior, Suite dan Deluxe. Disini anda boleh mandi-manda di swimming pool ataupun di pantai, swimming pool mereka ada 2 iaitu indoor dan outdoor. Di kawasan Pantai Balok ini agak landai d

Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit

Image
Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit Menampilkan sebuah lagi filem hasil karya Mamat Khalid iaitu Hantu Kak Limah 2 : Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit yang akan ditayangkan pada 7 Februari 2013 ini. Filem ini adalah sambungan daripada filem sebelumnya iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010). Mamat Khalid masih mengekalkan pelakon sebelum ini iaitu Awie, geng-geng Kampung Pisang dan orang baru Ezlynn & Roshidi Ishak. Dalam filem ini juga menampilkan Zami Ismail (Pak Abu), oleh kerana pengambaran ini telah bermula dari tahun 2010, maka Zami Ismail masih lagi memegang watak sebagai Pak Abu. Allahyarham Zami Ismail meninggal dunia pada 11 Jun 2011. Kalau ikutkan filem sebelum ini, Tayangan Unggul Sdn Bhd berjaya mendapat kutipan sebanyak RM1juta pada hari pertama tayangan menjadikan kutipan keseluruhan menjadi RM8juta.. Awesome! Kreativiti Mamat Khalid menghasilkan sesebuah filem mungkin dapat menarik perhatian rakyat Malaysia sehingga beliau dapat meghasilkan

Nokia Lumia 620

Image
Nokia Lumia 620 Warna standard dari Nokia Lumia 620 ini sangat menarik ditambahkan pula dengan menggunakan perisian Windows 8 Mobile yang sememangnya Awesome! Nokia sekali lagi memperlihatkan model baru Lumia iaitu Lumia 620 yang telah dilancarkan baru-baru ini. Lumia 620 ini adalah hasil upgrade daripada Lumia 610 dan mengikut spesifikasinya Lumia 620 ini lebih menarik dan Awesome! Lumia 620 ini menggunakan sistem operasi Windows 8 Mobile, berbentuk segi empat seakan-akan iPhone mungkin mempersonakan jiwa raga seseorang yang tidak mapu membeli iPhone seperti saya kerana harganya jauh lebih murah! Muahahahaha..... Setelah review banyak kali mengenai Windows 8 Mobile (W8M) ini, saya boleh katakan W8M ini lebih cool dan lebih senang digunakan kerana aplikasi yang terdapat dalam W8M ini sama seperti Windows 8 anda. Mungkin anda akan rasa ralat kerana anda terlalu cekap menggunakan Android mahupun iOS. Nokia Lumia 620 ini harganya lebih murah dianggarkan RM799 dipasaran, tapi spe

Sony Vaio Duo 11

Image
Sony Vaio Duo 11 Dunia tablet menjadi-jadi dan skang nih laptop yang dijana oleh Windows 8 sudah menjadi sebuah mainan tak kira umur. Kali ini entry mengenai Sony Vaio Duo 11 dimana peranti ini bertindak sebagai sebuah tablet dan laptop. Tidak seperti peranti Samsung ATIV Smart PC yang tablet dia boleh dicantumkan bersama keyboard, Sony Vaio Duo 11 ini sememangnya sebuah laptop ber-evolusi yang juga mampu menjadi sebuah tablet anda. Lebih cool lagi Sony Vaio ini memang direka untuk user seperti designer kerana setiap unit akan didatangi bersama pen stylus. Oleh kerana Sony Vaio Duo 11 ini beroperasi dengan Windows 8, banyak applikasi baru dan menarik yang anda boleh cuba contohnya skydrive, organizer, dna pelbagai lagi. Spesifikasi : Processor : Intel® Core™ i5-3317U Processor 1.70 GHz with Turbo Boost up to 2.60 GHz RAM : 4 GB (2 GB (On Board) x 1 + 2 GB (Custom Module) x 1) DDR3L SDRAM*2 (Max) Flash Memory : 128 GB*3 (128 GB x 1, Serial ATA) Graphics Accelerator : Intel

7 Projek Besar di Kelantan

Image
7 Projek Besar di Kelantan Ketibaan Perdana Menteri Malaysia ke negeri Kelantan Darul Naim semalam telah disambut oleh rakyat-jelata seramai 50,000 orang. Turut hadir adalah  isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin. Dalam ucapan PM, beliau telah mengumukan tujuh projek besar yang bakal dilaksankan oleh Barisan Nasional untuk memajukan negeri Kelantan. Antara projek yang dinyatakan beliau adalah : 1. Pembinaan Lebuhraya Kuala Krai-Kota Bharu. 2. Pembinaan Stadium Kelantan baharu. 3. Membina perumahan rakyat sebanyak 3,000 unit. 4. Pembinaan kampus banbar Universiti Teknologi Mara (UiTM). 5. Pembinaan masjid terbesar yang menjadi ikon negeri Kelantan. 6. Mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu. 7. Serta menyelesaikan masalah air Kelantan.

The ABC of Architects

Image
The ABC of Architects Sebuah kompilasi nama-nama arkitek terulung dari seluruh dunia dan disusun mengikut alphabet A-Z. Awesome!!!

My Toys - Karim Rejeb

Image
My Toys - Karim Rejeb Memang tak dinafikan ramai orang muda mula menunjuk bakal dalam bidang video/photography. Antara kita boleh lihat terdapat ramai member yang mula beli kamera DSLR dan belajar cara-cara nak amik gambar, video dan editing. Cuma sesetengah tu mungkin terlebih duit dan hanya beli camera yang sungguh precious semata-mata untuk menunjuk-nunjuk bahawa anda ada DSLR akan tetapi kalau mereka amik gambar macam pkai handphone 1.3MP ajer... Malas nak merepek panjang, pagi tadi terjumpa satu short video yang dihasilkan oleh Karim Rejeb. Apa yang menarik dengan video beliau kerana video ini dihasilkan dengan style stop-motion seperti kartun Shaun the Sheep yang saya post tempoh lalu. Video stop-motion memang memerlukan kesabaran yang tinggi kerana anda perlu menangkap gambar setiap satu frame, editing dan menjadikannya sebagai video. Video My Toy dari Karim Rejeb ini adalah sebuah video barang mainan yang menunjukkan aksi sukan ex-treme yang selalu kita lihat di TV, cum

Microsoft IllumiRoom Project

Image
Microsoft IllumiRoom Project Sebuah lagi product daripada Microsoft Research dimana syarikat gergasi ini memperkenalkan teknologi game + projector. IllumiRoom ini pada asasnya berfungsi seperti sebuah projector yang bertindak memancarkan visual dari luar TV/Monitor anda ketika main game. Anda masih memerlukan sebuah monitor untuk console game anda, cuma IllumiRoom ini adalah sebuah peranti tambahan untuk kasik gamers lebih feeling ketika bermain seakan-akan anda masuk dalam game tersebut. Okay sebelum tu IllumiRoom nih bakal digunakan dengan permainan konsole XBox 720 yang tak tahu bila dorang akan release. Sila lihat video untuk penampakkan visual yang lebih jelas dan ketara. Awesome!

Rock Oo - Rimba Bara Kembali

Image
Rock Oo - Rimba Bara Kembali Untuk pertama kali saya akan previewkan sebuah cerita Melayu. Hahahah xpernah lagik saya nak buat entry   filem melayu pasal kebanyakkan filem melayu sangat menyentuh jiwa kalbu sampai tak boleh tidur malam. Demmmmm.... Tapi kali ini dengan jati diri saya memperlihatkan sebuah lagi karya dari Mamat Khalid iaitu Rock Oo Rimba Bara Kembali. Cerita pertama beliau adalah Rock hasil lakonan Que Haidar, Khir Rahman, Sofi Jikan, dan Pekin Ibrahim memang Awesome! Rock Oo Rimba Bara ini akan ditayangkan diseluruh negera pada 28 Februari 2013.Filem ini adalah sambungan dari cerita Rock (2005) dimana hampir 8 tahun yang berlalu dan saya pasti cerita ini mampu memecah panggung wayang. Bukan pecah punggung yer macam cerita dR Rozmey.. Opssss! Ada sesetengah pihak telah mengkritik cerita ini bahawa filem Mamat Khalid ini tidak bermoral dan tidak meluaskan minda masyarakat. Pada pendapat saya "WTF!!...... filem ini jauh lebih bagus jika dibandingkan dengan fi

Aviax - Aviation Experience Flight Simulator

Image
Aviax - Aviation Experience Flight Simulator Seriously dulu-dulu saya memang nak jadi pilot, akan tetapi malangnya cita-cita tersebut tidak tercapai dan gagal sama sekali. Tadi saya mendapat info dari team yang mengatakan bahawa ada flight simulator yang superb real dan dibuka untuk orang ramai. Ahahaha saya tidak tipu anda dan anda tidak perlu melabur duit yang sangat mahal untuk belajar mengenai penerbangan. Aviax - Aviation Experience Flight Simulator menawarkan pengalaman membawa flight 737-800 dari masa take-off - free flight sehinggalah anda landing. Awesome dude! Sangat sesuai dengan citarasa kami! Aviax ini bertempat di TTDI Jaya Shah Alam, anda perlu booking dulu pasal buat masa sekarang agak ramai orang telah mencuba flight simulator dan masa simulator adalah terhad. Dah nama simulator, tentunya segala button yang terdapat dipanel cockpit akan berfungsi, dan pastinya anda akan memandu flight bersama instructor yang terlatih. Jadi pastikan anak-anak kecik anda tidak

The Brew Culture, Sri Hartamas KL

Image
The Brew Culture, Sri Hartamas KL Dijadikan cerita meeting dah cancel dengan somebody di Plaza Damas atau lebih dikenali sebagai Hartamas Shopping Center, saya jalan keluar dan ternampak coffee shop iaitu The Brew Culture di seberang jalan. Sebelum nih pernah dapat info mengenai coffee shop nih dan tiba masanya untuk singgah. Brew Culture nih terletak 1st floor dan ianya berada atas kedai Laman Vila, anda boleh cross jalan guna jejantas. Bila dah sampai tangga Brew Culture, kedai dia macam hidup tak hidup aje pasal macam biasa jer, tapi disebabkan dari bawah dah bau coffee yang menusuk kalbu, so saya naik la jugak. Bila dah sampai memang saya agak terkejut pasal kedai dia sangat.. .. Wow...Awesome! Yep coffee shop nih memang awesome pasal sangat ringkas dan unik. First saya order Cappuccino berharga RM6.90 yang dihidangkan dengan cawan ceramik dan paling best dapat sekeping biskut free (Biskut Black Oat). Superb bro! Masa time cari port nak lepak, baru perasan bahawa kedai ni

BlackBerry 10 Malaysia

Image
BlackBerry 10 Malaysia Sebuah lagi product terbaru BlackBerry akan muncul di Malaysia iaitu Black Berry 10 Dev Alpha. BB10 ini telah pun dilancarkan di Orlanda Florida bulan lalu dan dijangkakan tiba di Malaysia pada 30 Januari 2013. Research In Motion (RIM) mengatakan bahawa BB10 yang baharu ini lebih berkuasa dan stylo dengan menggunakan O/S Blackberry 10 Dev (V10). Jika diperhatikan, BB10 ini boleh dikatakan gantian kepada peranti BlackBerry Playbook yang kurang mendapat sambutan di Malaysia. Walaubagaimanapun, kemunculan BB10 pada bulan ini mungkin akan memberi ransangan kepada syarikat peneraju komunikasi yang lain kerana BB10 ini datang dengan pelbagai aplikasi yang lebih baharu dan lebih efisen. Harga untuk BB10 ini masih lagi tidak dinyatakan, tunggu saja pelancarannya di Malaysia nanti. Antara fungsi menarik perhatian didalam BB10 ini adalah Perfect Time Camera, HTML 5, Work / Personal Section dan Smart Keyboard. Selain itu anda juga boleh download aplikasi BB yang lai

Diana Bahijah - Wanita Mencari Pasal

Image
Diana Bahijah - Wanita Mencari Pasal Bulan yang lalu seorang manusia biasa iaitu Cik Diana Bahijah telah mengeluarkan kenyataan yang boleh dikatakan racism terhadap negeri Kelantan Darul Naim. Kenyataan beliau ditulis didalam laman sosial Twitter yang mungkin tidak sehebat kenyataan politik semasa, akan tetapi kenyataannya menyentuh sensitivity rakyat jelata Kelantan. Beliau telah menulis dilaman sosial Twitter yang berbunyi "MINTAK2 DIJAUHKAN LA DRPD CALON SUAMI ORG PANTAI TIMUR ESPS KELANTAN.. TAK SUKA LA ORG KELANTAN NI.. PELIK2". Hanya kenyataan yang simple ini mampu membuatkan segelintir daripada kami tersentap dan merasakan Cik Diana Bahijah ini sangat kurang asam sehinggakan boleh mengeluarkan kenyataan sebegini. Difahamkan juga akaun facebook Diana Bahijah ini telah pun di-delete. Hummmm xpasti owner delete atau orang hi-jack masuk delete akaun beliau. Hahahahaha hampeh! Tapi akaun twitternya masih lagi aktif... Berkemungmkinan budak nih mencari publisiti m

The Shard, London

Image
The Shard London The Shard adalah sebuah bangunan berkaca paling tinggi di kotaraya London dimana ketinggiannya mencecah 309.6 meter (1,016 kaki). The Shard mula dibina pada Mac 2009, mencapai puncak pada Mac 2012 yang lalu dan telah dirasmikan pada Julai 2012. Dengan ketinggian 309.6 meter ini, The Shard masih tidak mampu menandingi ketinggian KLCC (451.9meter) dan Menara KL (421meter) . The Shard ini mempunyai beberapa tingkat yang khusus untuk hotel, resident, restaurant, panorama view dan  pejabat. Setakat ini Shangri-La telah booking tempat untuk menempatkan hotel mereka di The Shard pada tingkat yang ke 34 hingga 52. Manakala pejabat pula bermula dari tingkat 2 hingga 28 dan Shard Resident pula 53 hingga 65. Pastinya Shard Resident ini akan dimonopoli oleh mat-mat arab yang sukakan London dan berada di tempat tinggi. The Shard ini telah di-design pada tahun 2000 oleh Renzo Piano, seorang arkitek dari Itali dan dengan kerjasama warga tempatan Richard Rogers dari Britain

Sarjan Saji @ TV3

Image
Sarjan Saji @ TV3 Hari ni hari Jumaat, so balik awal taknak sangkut jem kat NKVE pasal hari menunjukkan tanda-tanda nak hujan. Wife saya pon belom sampai kt rumah lagik. Beli roti kaya. Bancuh nescafe. Bukak TV. Tengok TV3 pasal next show adalah Sarjan Saji. Ok first skali dalam pemikiran saya nih, ape kemenatang Sarjan Saji nih? Seriously memang tak pernah dengar dan tak pernah tahu ada show Sarjan Saji nih.. Hahahaha rupa-rupanya rancangan masakan tahap Sarjan Misai Tampal yang berpakaian macam kuda kayu!  Sarjan Misai yang memang pandai memasak! Rancangan ini menampilkan bersama Chef Kamarul sebagai teman Sarjan Saji. Sungguh dahsyat rancangan ini sehinggakan saya tidak mampu nak habiskan roti kaya kerana sangat kagum! Oleh kerana rancangan ini sangat hebat tidak terkata, maka saya terpaksa upload dalam blog kerana ianya rancangan yang macam nak haroooom!  rancangan yang sangat berjaya dan terbilang! Tahniah!

Star Wars Lego : Paper Cut Toy

Image
Star Wars Lego : Paper Cut Toy Lego + Star Wars = Awesomeness! Saya memang minat dengan Star Wars dan ditambahkan jugak koleksi Star Wars daripada Lego. Untuk mendapatkan koleksi penuh Lego Star Wars Edition anda perlu berbelanja sebanyak RM2000. Pehhhhh mahal giler. Okay entry kali ini bukanlah nak tunjuk bahawa saya mempunyai koleksi lego Star Wars, akan tetapi saya ingin kongsi dengan anda sebuah hoby yang mampu menjadikan permainan ini sebagai hobby, iaitu Star Wars Paper Toy! Paper Toy adalah seni kraf daripada kertas dimana anda hanya perlu print, potong dan lipat sehinggakan menjadi sebuah objek. Ala konsep nih lebih kurang macam origami ajer la tapi Paper Toy nih lebih awesome pasal ada cetakan grafik. Disini saya paparkan contoh Paper Toy yang anda boleh download secara percuma disini dan hanya perlu print sahaja, ada macam-macam jenis dan oleh kerana saya peminat Star Wars so saya hanya letak watak Star Wars aje. Anda boleh luangkan masa anda bersama keluarga untuk

Medan Selera Ikan Bakar, Pantai Remis Selangor

Image
Medan Selera Ikan Bakar, Pantai Remis Selangor Baru-baru ni saya dengan family encik Syafiq pergi menggemukkan diri di Pantai Remis. Ahaaa Pantai Remis nih terletak diantara Kapar Klang dan Kuala Selangor, kalau korang cari dalam google maps pastikan ianya tertulis Pantai Remis Jeram Selangor. Pasal nant ada satu lagi Pantai Remis yang terletak di Manjung Perak. Bagi review saya, Pantai Remis nih sebenarnya bukanlah sebuah pantai pilihan untuk mandi-manda. Pantainya agak kotor dan banyak kerosakkan disekitar pantai, cuma orang masih lagi datang ke Pantai Remis ini untuk lepak tengok sunset, main layang-layang dan makan seafood. Disini terdapat sebuah kedai makan iaitu Medan Selera Ikan Bakar. Suasana kedai takdek la superb macam kedai Ikan Bakar Sekinchan tu, akan tetapi kedai kayu yang nampak old-skoll nih memang superb dan Awesome! Menu mereka sangat simple dan tak memeningkan kepala anda. Mereka menyediakan seafood seperti ikan laut, udang, sotong, lala, kerang dan kesemua m

Nyonya Valley, Selayang Mall

Image
Nyonya Valley, Selayang Mall Okay semalam saya lepak di Selayang Mall pasal nak main bowling, jalan-jalan dalam Selayang Mall pastu nampak kedai Nyonya Valley. Nyonya Valley ini berada di Selayang Mall G Floor, kedai dia kena jalan belah luar Selayang Mall yang bersebelahan denga Satay Hj Samuri dengan JM Beriani. Nyonya Valley ini mempunyai hidangan utama seperti makanan tempatan dengan masakan Nyonya. Ala korang mesti tau camner masakan nyonya, ala-ala asam-asam ler. Seriously kedai ini pun dah buat renovate yang membuatkan lebih selesa untuk menikmati hidangan kerana mereka membuat dua section iaitu inside dan outside (untuk perokok tegar). Walaupon kedia Nyonya Valley ini tidak berapa nak besar, tetapi dengan dekorasi yang ringkas dan menarik membuatkan kedia ini nampak lebih ceria dan selesa untuk kunjungan orang ramai. Manakala dinner pada malam tersebut saya memilih Nasi Putih Ayam Sweet Sour, Nyonya Curry Laksa, dan Bihun Goreng Singapore. Disini mereka juga menyediakan

Game : The Lord of The Rings Lego

Image
Game : The Lord of The Rings Lego The Lord of The Rings versi Lego ini telah dilancarkan pada pertengahan tahun yang lalu. Game akan follow plot movie Trilogy LOTR iaitu Fellowship of The Rings, The Two Tower dan The Return of The King. Sebenarnya masih terdapat game LOTR dalam versi bukan Lego iaitu dari keluaran EA Games, cuma kini Lego sangat hangat diperkatakan di Malaysia maka saya bawakan anda game berbentuk Lego. Kepada big fan swag LOTR, anda boleh try main demo game LOTR Lego ini yang boleh di-download secara percuma disini. Pada permulaan saya hanya download free daripada websitenya untuk main secara demo, tapi apakan daya, game ini sangat Awesome yang menyebabkan saya telah main game LOTR ini full version. Ahahahahah coool! Setakat ini saya masih lagi main game ini dan tengah sangkut dlaam plot The Two Tower ketika menentang puak Orc yang macam hampeh banyaknya, dan jangan risau, cheat also available (huhuhuhuuuu). Nant dalam game nih juga ada part untuk layan vide

WonderMama, Bangsar

Image
WonderMama, Bangsar Baru-baru ni saya singgah di Bangsar Village dan nampak kedai chill-chill Wondermama. Ahhaa kedai Wondermama nih bukanlah sebuah kedai dari WonderWomen tu.. ianya adalah sebuah resotran chil-chill yang cool dan awesome! Wondermama ini telah dibuka pada June 2012 yang lalu di Bangsar Village 1. Kedai ini berkonsepkan moden+klasik dimana susunan barangan dan dekorasinya menggunakan barang-barang yang lama dan baru untuk menampilkan sesuatu yang sangat unik dan kreatif. Awesome! Disini mereka menyediakan menu untuk Brunch, Lunch, Hi-Tea, Dinner dan Supper. Antara menu yang menjadi pilihan ramai adalah Nasik Lemak Ayam Rendang, Wondermama Burger, Nyonya Laksa, dan Seafood Spaghetti. Selain itu juga mereka menyediakan snack untuk santapan ringan dan juga kek / cupcakes. Pada hari kejadian kami hanya singgah minum dan kami pilih WM Mocha, Mango Smoothie dan Red Velvet Cake sahaja. Suasana disini agak best pasal time tu tak ramai orang yang ada (pasal time office h

Electroshock Man - Short Animated

Image
Electroshock Man - Short Animated Electroshock adalah sebuah filem animasi pendek yang diarah oleh Hugo Jackson, Pascal Chandelier, Velentin Michel, Bastein Mortelecque and Elliot Marendibawah penyeliaan Ecole SupĂ©rieure des MĂ©tiers Artistiques (ESMA) atau dikenali sebagai School of Artistic Trades. Animasi Electroshock ini sebenarnya sebuah projek yang menampilkan beberapa watak iaitu Buck, Sheriff, Mady dan Nikki dalam sebuah pekan kecil. Buck yang bekerja sebagai juruteknik elektrik cuba nak menyimpan perasaan cinta dengan si Mady akan tetapi Mady telah diayat oleh seorang sheriff yang berbadan tough! Kartun ini sangat kelakar pasal Burt yang terkena kejutan elektrik tetiba boleh menjadi superhero yang mempunyai kuasa memperlahankan masa. Malay nak typing panjang jela, so anda tonton ajela video ni, memang kelakar dan awesome!

1Malaysia Apps for Android

Image
1Malaysia Apps for Android Selamat Tahun Baru 2013, syukur kita masih bernyawa sehingga kini dan mendoakan kerahmatan daripada-Nya semoga murah rezeki dan sihat sejahtera. Oh yeah sempena hari pertama untuk tahun 2013 ini saya nak kasi korang android apps yang sungguh Awesome dan sungguh 1Malaysia. Memperkenalkan apps 1Malaysia yang telah dilancarkan tah bila entah, tau tau dah ada dalam google apps . Applikasi ini adalah sebuah aplikasi tempatan dimana anda boleh menonton live local TV streaming iaitu TV1, TV2, eRamaTV, Bernama TV, Al-Hijrah dan beberapa lagi siaran radio RTM tempatan yang anda gilakan. Dapatkan aplikasi ini secara percuma, ummm saya dah download aplikasi ini dan live streaming saya hanya dapat untuk TV1,TV2 dan Bernama sahaja. Bila dah update kesemuanya dah tak leh pakai, teros kaput. Hummmm sungguh hebat bukan? Awesome untuk 1Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang!

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...