Gastrohub, Nilai Negeri Sembilan
Gastrohub, Nilai Negeri Sembilan Minggu lalu saya ajak wife untuk dinner sempena birthday. Birthday saya ni kurang minat nak tiup-tiup lilin dengan nak celebrate surprise apa bagai. Jadi gentle saja kita ajak dinner. Kali ini dinner saya bawa ke Gastro Hub Nilai, tak jauh pun dari rumah kami. Restoran ini masa lepas PKP agak viral dan ramai orang sampai kena beratur. Skang ni ramai juga tapi tak ada laa kena beratur. Cuma kalau nak datang ramai tu kena buat reservation laa dulu ye. Restoran ini terletak tak jauh dari Bandar Baru Nilai atau lebih mudah dekat saja dengan Aeon Nilai. Korang boleh buat carian dengan Gastro Hub di google maps disini . Bagi saya, restoran ini cantik dan memang in dengan suasana dia. Walau terletak sebelah jalan raya, tapi korang tak akan dengan bunyi bising ke apa. Main dia tu dalam rumah kaca. Waktu saya pergi tu lepas asar nak masuk magrib jadi saya tak tau kalau tengah hari dia panas berkicap ke tak. Yang saya tahu makan masa tu selesa dan aircond full