Posts

Showing posts with the label gapyeong

Pulau Nami, Gapyeong South Korea

Image
Pulau Nami, Gapyeong South Korea Gapyeong adalah salah satu daerah yang berada tidak jauh dari kota Seoul, yang terletak pada arah Timur Laut South Korea. Perjalanan dengan menggunakan keretapi metro mengambil masa lebih kurang 1jam lebih dengan jarak 70km dari bandar Seoul. Kawasan ini mempunyai permandangan serta kehebatan alam semula jadi yang terpelihara dan ianya menjadi popular disebabkan cerita Winter Sonata. Ironi Gapyeong adalah kerana terletaknya Pulau Nami (Naminara Republic) dan menjadi destinasi wajib dikalangan pengunjung dari Malaysia. Seolah satu kenyataan yang mengatakan, "Jika anda tidak pergi ke Nami maksudnya anda belum pernah tiba di Korea". Hebat bukan? Saya ke Pulau Nami pada Mac tahun lalu ketika penghujung musim sejuk. Tiba saja di luar station Gapyeong membuatkan anak saya mengigil kesejukkan kerana angin yang bertiup. Walaupon saya sendiri dah berjaket tebal, angin sejuk tidak mempu membuatkan badan anda kebal cuaca. Percayalah... ...

Bercuti ke Seoul, Korea - Day 4

Image
Bercuti ke Seoul, Korea - Day 4 Seperti waktu pagi yang sebelum ini, kami layan nasi lemak homemade dari mak saya dan membuat sedikit bekalan kerana pada hari ini kami ke Pulau Nami (Naminara Republic). Pulau Nami ini agak jauh dari Itaewon dan terletak di daerah Gapyeong. Kami memilih untuk menaiki Subway untuk ke Naminara untuk menjimatkan masa dan wang. Jika naik teksi harga boleh cecah KRW80,000 - KRW100,000 per trip bergantung pada traffic dan jika naik bas pula makan masa 2-3jam... Subway adalah yang paling dinamik dan efisyen. Kami bermula di Subway Itaewon, menuju ke station Dongmyo. Interchange disini dengan subway line 1 dan menuju ke station Cheongnyangni. Bila tiba di station Cheongyangni, anda perlu bile tiket train ITX menuju ke station Gapyeong (Line G) di kaunter atau di kiosk. Harganya adalah KRW4,000 one way. Train ITX ini adalah train separa laju dan ianya mempunyai numbering seat. Anda perlu pilih jam berapa anda nak naik train dan pilih seat. Jika anda...

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...