Simpanan RM1 Untuk Anak-Anak
Simpanan RM1 Untuk Anak-Anak Bagi saya, simpanan untuk anak-anak adalah wajib untuk masa depan mereka sendiri. Dulu saya pernah share bersama cara simpanan RM5 memberikan hasil ribuan ringgit dalam masa 3 tahun . Post saya berkenaan mendapat sambutan hangat sehingga beberapa editor majalah berkongsi bersama tips simpanan tanpa membuat pelaburan merapu-rapu. Kali ini, saya nak share jika anak-anak anda membuat simpanan sendiri RM1 setiap hari tanpa gagal. Mengajar anak anak untuk menyimpan adalah satu amalan yang baik dan perlu dipupuk sejak kecil lagi supaya anak kita dapat belajar dan memahami cara pengurusan wang apabila mereka nak berdikari kelak. Saya bukan pakar ekonomi dan juga pakar topup duit kepuk-kepuk macam orang dok kira keuntungan ASB tu... Hidup dunia zaman lani, benda yang boleh dikatakan wajib ada pada anak anda salah satunya Insuran Takaful dan juga Simpanan Anak-anak. Saya tak nak cerita pasal insuran takaful kerana saya bukan pakar, saya hanya mencarum sahaja. Saya n...