Posts

Showing posts with the label bavaria

Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 3

Image
Bercuti ke Swiss - France - Italy - Germany 2025 (Spring Trip 10hari) - Day 3 Itinerary pada hari ini adalah menuju ke Germany. Sama seperti semalam, jam 0500pagi kami dah bangun sediakan sarapan untuk abang awie dan untuk kami sendiri. Kali ni pagi-pagi makan pizza lebihan yang kak Raihan beli semalam. Kami belasah dengan jayanya. Suhu pagi ini cecah 10c, dalam keadaan sejuk mengigil saya drive menuju ke guesthouse di Bürgenstock untuk pickup ahli travel wanita.  Kali ini masa tepat, sampai saja terus gerak pasal saya dah maklum siap-siap, perjalanan ke Fussen Germany mengambil masa lebih kurang 3jam30minit. Maka perlu cepat supaya tak bertembung kesesakkan trafic di bandar Zurich. Walau di negara Eropah, traffic jam pun masih common lagi. Waktu peak hour seperti time masuk kerja dan waktu balik agak jem juga. Jadi kena plan dan rangka perjalanan sebelum bertolak. Disebabkan perjalanan lebih 3jam, saya akan membuat hentian untuk ke tandas mahupun hilangkan lenguh dalam kereta. Bia...

Neuschwanstein Castle, Fussen Germany

Image
Neuschwanstein Castle, Fussen Germany Hari terakhir kami berada di bumi Siwtzerland, perjalan diteruskan lagi dnegan memasuki balik negara Germany dari laluan selatan dan melalui tepi Tasik Constance. Perjalanan agak jauh melalui tepi tasik Lake Constance tapi sememang mengagumkan, lebih kurang  300km dari Wolhusen ke  Neuschwanstein.  Sebenarnya ada juga jalan lain yang melalui Austria tapi saya memilih jalan kampung untuk menikmati permandangan tasik ini. Laluan ke Austria ni mempunyai toll yang perlu dibayar dan kami tidak memilih Austria untuk persinggahan ini. Walaupun tak masuk Austria, perjalanan ini pastinya tidak menyesal dan sepanjang jalan juga melalui beberapa buah kampung Germany yang bersih dan tenang seakan masih berada di Switzerland.  Dalam perjalanan ini, kami melintasi Tasik  Constance yang sangat besar dan indah. Oleh kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak, maka hanya gambar saja yang sempat saya rakamkan.  ...

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...