Posts

Showing posts with the label jalan jalan cari makan

Halab Gate Shawarma, Bukit Bintang Kuala Lumpur

Image
Halab Gate Shawarma, Bukit Bintang Kuala Lumpur Cuti baru ni kami tak pergi jalan-jalan mana pun memandangkan baru saja balik dari Hard Rock Run Penang 2025. Cuma berkesempatan untuk lepak dengan kawan wife di downtown KL saja. Pasal nak menuju ke arah KL time cuti tu agak jem, kedai makan pun penuh, maka terlintas idea nak lepak di Bukit Bintang bagi merasakan feel beramai-ramai dalam bandar. Vibes Tokyo katanya kan. Tapi tak dibafikan, cuti 3 hari tu memang ramai betul orang. Jam 1130pm tu macam 7.00pm time balik kerja. Dorang ni tak reti balik rumah tidoq ke woiii. Tapi benda macam ni bukan hari-hari pun kan, bila lagi nak beramai ramai beronok-ronok kat BB tu... biasa laaa kan Berbalik pada BB tadi, saya memilih untuk dinner bersama kawan di Halab Gate Shawarma. Saya datang pada jam 07.00pm dan ketika itu tak ramai yang beratur. Tapi kalau malas nak tunggu korang boleh booking dulu dan dorang setting laa tempat duduk.  Cuma tempat duduk dorang akan hold 15minit sahaja. Tak data...

White & Black Lakeside, Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur

Image
White & Black Lakeside, Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur Beberapa bulan nan lalu, kami menyambut anniversary yang ke 13. Ahamdulillah dengan kudrat dan rezeki yang diberikan Allah masih memberikan peluang kami mencari rezeki bersama dan susah payah bersama.   Pasal kami sendiri pun dah lama tak dine-in kedia best-best, maka wife saja tengok Tiktok dan jumpa satu restoran baik di Titiwangsa ni. Biasanya anniversary kami staycation mana-mana. Cuma kali ni cuti tak berapa sangat lepas tu kekangan masa. Saya bawa dorang ni ke White & Black  Lakeside Restaurant yang terletak di Tasik Titiwangsa. Masa kami pergi tu time lunch hour weekend, maka masih banyak parking sekitar tasik tu. Kalau waktu petang mungkin susah kot nak dapat parking space. Entah laaa mungkin kot. Tak perlu buat booking untuk seating dalam restoran ni cuma kalu korang datang ramai-ramai mungkin kena buat kot, senang waiter nak setting table. Jadi pada waktu kami datang tu tak ramai dan tenang-tenang sah...

EL&N London Cafe, Bukit Bintang

Image
EL&N London Cafe, Bukit Bintang Alhamdulillah, minggu lepas adalah Anniversary kami yang ke 12. Semalam baru dapat date tea-time disebabkan kekangan masa dengan perihal kerja.  Bulan lepas juga kami ada pergi ke London, masa kat London tu wife ada perasan yang sebuah cafe flora warna pink macam cantik. Tapi tak pula nrasa nak singgah. Huhuhuhu... kat sana duk sibuk shopping pastu berjalan aje.  Jadi bila balik ke KL ni, tengah tengok-tengok nice cafe dlam Tiktok ada ternampak laa cafe EL&N baru buka dalam Pavillion ni. Pastu teringat kat London pun ada cafe ni, kami je ngada tak singgah. Apa lagi, sarung baju terus set untuk tea-time kat situ. Bagusnya, korang boleh tengok menu siap-siap dalam website dia sementara on the way tu... hahahaha... boleh tengok kat sini . Untuk ke cafe EL&N ni, korang google maps saja EL&N atau point saja Pavillion Bukit Bintang. Lokasi dia ada di tingkat 2. Nak lagi senang ikut laluan pejalan kaki nak ke aquaria KLCC tu. Tak perlu ...

Kedai Kopi Buruk, Kuala Terengganu

Image
Kedai Kopi Buruk, Kuala Terengganu Baru ni masa saya bertugas di Terengganu saya ternampak sebuah kedai kopi yang agak rare dan awesome! Kedai kopi ini adalah Kedai Kopi Buruk. Bukan saya yang namakan, tapi memang nama kedai tu adalah Kedai Kopi Buruk yang terletak di Kuala Terengganu. Dari luar tu memang nampak kedai kopi masa zaman 80-an, disebabkan tu jugak kut nama kedai kopi ni Kedai Kopi Buruk. Tapi jangkakan walau kedai buruk, kopinya tak sedap... dont judge the book by the cover, haaaaaaaaa...! Apa yang menariknya suasana kedai ini adalah pemilik membawa anda merasai suasana dan pengalaman lepak minum kopi setikar zaman 80-an dulu-dulu, Teringat ikut arwah sidi pergi kedai kopi dekat dengan Masjid Besar KB. Ada satu kedai lebih kurang macam ni jugak.  Peralatan hiasan dan meja yang digunakan juga menggunakan barang zaman dulu, contohnya meja, diubahsuai daripada meja mesin jahit Singer. Hiasan dinding pula memaparkan poster dan barangan hiasan dulu-dulu tak ubah macam rumah...

The Original Kluang Rail Coffee, Kluang Johor

Image
The Original Kluang Rail Coffee, Kluang Johor Baru-baru ni saya ada pergi ke Kluang Johor. Dalam kepala saya ni memang saya target untuk minum kopi Kluang kat station keretapi Kluang tu. Usai selesai tugas saya di Kluang, saya membuat keputusan terus singgah nak pekena kopi breakfast walaupada masa itu jam sekitar 1000pagi.  Untuk pengetahuan tuan puan, Kluang Coffee yang original ni hanya ada di Kluang dan Shah Alam sahaja. Apa yang kita nampak di Tesco, One Utama dengan Midvalley tu hanya sbeuah franchise menggunakan nama Kluang kopi.  Setakat ini hanya ada 4 The Original Kluang Rail Coffee iaitu di Kluang dan 1 di Shah Alam. Kat Shah Alam ni nampak lebih exclusive tak macam di Kluang. Lokasi di Shah Alam boleh rujuk di entry bawah ni. Masa kejadian, saya pergi ke station Kluang tu. Nasib baik ada kawan, dia dah tolong beratur on behalf sementara saya sampai kat situ. Bro Syed cakap dia beratur almost 20minit untuk dapat tempat duduk. Katanya kalau hari sabtu atau ahad, bole...

5 Nasi Kandar Terbaik di Penang

Image
5 Nasi Kandar Terbaik di Penang Sebagai bekas pelajar yang pernah belajar di Penang satu ketika dahulu, maka dalam darah ini telah mengalir darah kari mamak yang pastinya sukar untuk saya tolak jika diajak untuk makan nasi kandar. Setakat ini, ada banyak restoran nasi kandar yang ramai budak-budak insta dengan tiktokers serbu, dan tak pasal-pasal juga segelintir restoran ni terpaksa ditutup dek kerana laporan yang dibuat oleh BBNU katanya kedai tak hygiene. Kedai mamak tang mana nak hygiene woii... kedai makan atas longkang, belakang rumah kedai tu baru laa ada surrrrr.... kau nak hygiene pi laa makan nasi kandar dalam mydin wey...  tak pun aeon mall. Sini abam senaraikan 5 tempat nasi kandar yang korang boleh layan. Ada port lagi rahsia, saya tak nak share dalam ni karang tak pasal korang serbu pastu claim kedai tak hygiene. Tak pasai kedai tutup orang tak leh makan. Nak harom....  Jadi abam kasi yang ni saja dulu untuk korang layan. 1. Nasi Kandar Imigersen Dia tak dak kedai...

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...