Posts

Showing posts from January, 2015

Trip to Langkawi

Image
Trip to Langkawi Alhamdullilah tercapai dan sampai juga keinginan untuk membawa isteri dan anak untuk bercuti di Langkawi. Kebetulan ada tix Airasia muroh... rembat saja... Entry kali ini berkisarkan antara dairi perjalanan dan juga travel tips untuk menjadikan percutian anda lebih awesome dan lebih penting berada didalam kawalan. Pertama saya akan menceritakan tips. Mungkin berguna dan sesuai untuk mereka yang xnk overbudget bila dah sampai Langkawi. Tips #1 : Create budget keseluruhan yang sesuai untuk anda. Budget ini merangkumi hotel, sewa kereta, duit makan, duit belanja seperti petrol, tiket ke tempat yang ingin dilawati dan yang paling penting duit belanja shopping. Tips #2 : Buat booking hotel lebih awal. Anda buleh search dengan menggunakan agoda.com, booking.com atau direct web hotel. Mungkin anda dapat lebih diskaun dengan online booking Tips #3 : Sewa kereta mungkin memerlukan  belanja yang lebih. Tetapi jika anda travel bersama bayi atau secara gro

Lontong King - Hulu Langat

Image
Lontong King - Hulu Langat Kat Hulu Langat ni memang banyak kedai makan, bersepah-sepah mula dari Batu 9 sampai la ke Sungai Congkak. Kalu nak review satu-satu kedai memang jadi pengacara jalan jalan cari makan ler blog saya nih. So saya hanya buat entry dimana kedai-kedai yang terrrrbaik sahaja yer.  Ok jika anda familiar di Hulu Langat, anda pasti kenal dimana Batu 9, Batu 11, Batu 14. Di Hulu Langat iaitu lebih spesifiknya Taman Sri Nanding terdapat satu kedai yang sangat Awesome dan kreatif dimana kedai ini menyediakan makan pagi dan makan malam ala-ala hotel bertaraf rakyat. Kedia ini dinamakan Lontong King. Sebuah kedai yang menyediakan pelbagai makanan pagi ala-western, ala-melayu dan ala-jawa. Memang banyak betul hidangan yang disediakan sehingga anda tak tahu nak makan apa, dah macam breakfast di hotel plak.  Special disini pastinya lontong pasal nama kedai pon dah Lontong King. Wife saya cakap Lontong di kelas A punya pasal nasi impit dia sangat lembut da

Pasar Karat Rengit Johor

Image
Pasar Karat Rengit Johor Bulan lalu berkunjung ke rumah kakak ipor saya di Rengit Johor sempena kenduri kendara yawww.... Dulu lagi saya sering terdengar pasal Pasar Karat Rengit ni atau ianya lebih dikenali dengan pasar jualan barang terpakai. Special-nya di Pasar Karat Rengit ni barangan ini diperolehi dari Singapore. Mungkin tidak kesemuanya. Entahla... Sangat ironi pasal buat pertama kali saya meronda dikawasan ini setelah diajak oleh bapak saya.. well play dad... well play... Nak datang ke pasor ni sangat senang. Anda point Waze Rengit. Bila dah nak sampai kat Bandar Rengit, anda akan nampak Kompleks Niaga Rengit bewarna kuning. Jika anda dari Batu Pahat, selepas je jambatan Sungai Rengit anda dah buleh nampak signboard Kompleks Niaga Rengit tu atau nak lagi senang, anda point Waze ke Agrobank Rengit. So dalam 50m jer simpang dari bank tu. Anda drive masuk... jalan kampung kecik aje.. so pelan2 bawak kang kena tibai dgn org kampung. Di kiri

Misi Bantuan Kudrat : Mangsa Banjir Dec 2014

Image
Misi Bantuan Kudrat : Mangsa Banjir Dec 2014 Sempena Maulidur Rasul, marilah kita berselawat keatas Rasul kita Nabi Muhammad S.A.W., semoga seluruh umat Islam di Malaysia mendapat berkat dari Allah S.W.T. Malaysia dikejutkan dengan banjir besar bulan lalu yang menyebabkan kerosakkan dan kerugian yang sangat besar dan luar biasa. Tak dapat dibayangkan perasaan dan ujian yang diterima oleh mangsa-mangsa ini. Alhamdullilah rumah saya tak teruk sangat cuma ibubapa saya serta keluarga sekitar bergelap dan tiada bekalan air selama 4 hari 4 malam selepas 25hb Dec tempoh lalu. Kelmarin 3 Jan 2015 saya pulang kekampung atas alasan untuk membantu serba sedikit tenaga kudrat bagi meringankan beban keluarga. Ayah saya mengajak saya untuk membantu keluarga Makcik saya di Kampung Laut Palekbang. MasyAllah... MasyAllah MasyAllah... itu sahaja yang keluar dari mulut ayah saya melihat kawasan kampung beliau membesar ditengelami air paras 1 tingkat bangunan (3.5meter) dan terlalu banyak

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...