Little Ipoh Cafe, Perak
Little Ipoh Cafe, Perak Bulan lepas masa buat short trip ke Penang, abam sempat singgah di Ipoh untuk makan tengahhari. Dalam list masa tu abam sengaja tak masukkan Nasi Vanggey pasal nak reserve perut abam untuk Nasi Kandar di Penang. Jadi, untuk makan ringan abam membuat singgahan di sebuah cafe awesome iaitu Little Ipoh Cafe. Cafe ini ada dua, satu di Ipoh dan satu di Seri Iskandar. Yang abam singgah ni dalam bandar old town Ipoh. Rock Oooo! Lokasi cafe ini agak strategik pasal berada di tengah bandar dan kebanyakkan cafe/restoran menarik terletak sekitar kawasan ini. Cuma, nak dapat parking agak struggle bila lunch time. Parking berbayar pun penuh tak payah cerita parking tepi jalan majlis punya tu. Menariknya Little Ipoh Cafe ini adalah menu dia dan dekoration kedai. Owner agak kreatif kerana memilih bangunan lama dan membuat sedikit touch up bagi mengekalkan keaslian bangunan dan serta-merta menampakkan cafe ini exclusive tetapi menawarkan menu dengan harga rakyat. Saya tak lain