Tempat Menarik di Sydney, Australia

Tempat Menarik di Sydney, Australia Seawal bulan Jun, musim sejuk bermula di negara Australia kerana kedudukan paras bumi berlainan maka ianya terbalik dengan musim sejuk di negara Eropah, US dan Japan. Sila belajar geografi untuk mengetahui kenapa negara 4 musim berbeza dari utara ke selatan. Hebatnya ciptaan Illahi. Melancong ke Australia pada musim sejuk mencabar juga jika anda pergi region yang lebih bawah seperti Sydney, Melbourne mahupun Perth. Suhu musim sejuk mereka boleh mencecah 3-10c waktu siang dan 0-5c waktu malam. Pemakaian yang sesuai adalah digalakkan. Perancangan rapi perlu ada untuk melawat ke sesebuah negara dan pastinya Australia bukan sebuah negara yang rumit untuk anda kunjungi. Ada juga yang mengatakan bila plan pasti tak jadi, tapi bila tak plan selalunya menjadi. Bagi saya itu adalah komited anda. Silalah rancang perjalanan anda jika nak ke sesebuah negara asing lebih lebih lagi yang kita belum jejaki. Tak salah pun nak plan, mungkin leb...