Posts

Showing posts with the label event 2012

Sambutan Ambang 13 Bersama UAI

Image
Sambutan Ambang 13 Bersama UAI Bila dah nak dekat dengan tahun baru, pastinya ada sponsor besar yang akan menganjurkan beberapa konsert untuk mengalakkan orang ramai menghayati ketibaan tahun baru, pastinya orang ramai terutama warga muda menantikan saat ini. Pada tahun lepas buat pertama kali Selangor menganjurkan ambang tahun baru dengan menghayatinya secara Islamik. Untuk tahun ini kerajaan negeri Selangor sekali lagi menganjurkan program sedemikian dengan beberapa acara sampingan yang bermula dari 30 Disember - 31 Disember 2012. Acara kemuncak program Ambang 13 ini adalah sembang santai bersama Ustaz Azhar Idrus dan beberapa lagi jemputan yang akan menjayakan program tersebut. Lebih bermanfaat dan berguna jika kita menghadirkan diri untuk acara sebegini, sambil dok tunggu nak sambut tahun baru, boleh jugak dengar ceramah agama dan hiburan sampingan seperti nasyid dan muzik akustik. Source : facebook.com/sambutan ambang 13

Star Trek The Exhibition, Kuala Lumpur

Image
Star Trek The Exhibition, Kuala Lumpur Okay, perhatian kepada fan Star Trek.. Anda perlu luangkan masa anda dan bersama keluarga anda dengan membawa mereka datang ke Star Trek The Exhibition 2012-2013. Star Trek The Exhibition ini berlangsung di Pusat Sains Negara bermula dari 15 Disember 2012 hingga 28 Februari 2013 dengan harga tiket RM20.00 untuk dewasa dan RM10.00 untuk kanak-kanak. Diulangi ini adalah exhibition untuk Star Trek, jadi kepada peminat Star Wars seperti saya perlu lepak dan tunggu luar pintu kerana kami tak sukakan Star Trek!! Walabagaimanapun, pihak pengurusan Star Trek The Exhibition ini telah membuat beberapa exhibition di beberapa buah negara dan mendapat sambutan yang hebat. Ini kerana mereka akan membuat beberapa bilik pameran sama seperti yang terdapat di dalam filem tersebut. Beberapa gadget, senjata, pakaian dan watak Star Trek akan dipamerkan, bagi saya harga yang ditawarakan oleh Pusat Sains Negara adalah berbaloi dan berpatutan. Sila luangkan masa ...

Urbanscapes 2012, Petaling Jaya

Image
Urbanscapes 2012, Petaling Jaya Selamat datang ke Urbanscapes 2012! Urbanscapes akan berlangsung selama 2hari iaitu bermula pada 24 -25 November 2012 di Padang Astaka Petaling Jaya. Apakah Urbanscapes? Urbanscapes adalah sebuah event yang meraikan hari kesenian yang membawa bersama masyarakat dan peserta dari bidang muzik, seni, fesyen, rekabentuk, dan banyak lagi. Pesta ini telah pun bermula pada tahun 2002 di Grappa Soho Bukit Bintang, dan dilangsungkan kembali pada 2004 di KL Sentral. Atas permintaan dan kerjasama warga seni, Urbanscapes sekali lagi muncul pada tahun 2008 di KL Performing Arts sehingga tahun 2010. Urbanscapes terpaksa membuat pesta mereka di Padang Astaka Petaling jaya untuk tahun 2011 & 2012 kerana KL Performing Arts tidak lagi dapat menampung kunjungan orang yang begitu ramai. Sempena ulang tahun yang ke10 tahun ini, Urbanscapes juga menjanjikan pesta yang besar-besaran untuk pengunjung dengan menampilkan artis dalam dan luar negara antaranya Yuna, Lo...

PD Forest Challenge 2 2012

Image
PD Forest Challenge 2 2012 Jamboree PD Forest Challenge Mountain Bike kembali lagi dan ianya akan berlangsung hujung November ini pada 24 November 2012. Jamboree ini akan berlangsung di Hutan Simpan Sungai Menyala, Jalan Sungai Betong Port Dickson. Yuran penyertaan adalah RM60.00 dan anda akan dapat jersey event, Finisher Medal, Breakfast+Lunch Meal dan Goodies dari pengajur. Oleh kerana jamboree ini dibuat dalam cuti sekolah, peserta dinasihatkan mendapatkan booking hotel/apartment lebih awal untuk mengelakkan kerumitan jika bermalam di area Port Dickson. Bagaimana nak ker Hutan Simpan Sungai Menyala? Google map sahaja atau guna GPS dan search Hutan Simpan Sungai Menyala. Dibawah saya juga telah sertakan Google Maps untuk rujukan anda. Sila rujuk blog pengajur untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Penyertaan masih dibuka dan borang/pembayaran boleh dibuat disini.

MotoGP 2012, Sepang Circuit Malaysia

Image
MotoGP 2012, Sepang Circuit Malaysia Minggu ini akan berlangsung sukan permotoran yang berprestij iaitu MotoGP. Event ini akan berlangsung pada 19 - 21 Oktober 2012 di Sepang International Circuit (SIC). Pasti Malaysia mengharapkan Zulfahmi Khairuddin 21, mendapat tempat podium sebagai tuan rumah sendiri.   Beliau menunggang motosikal KTM dari team Airasia-SIC-AJO telah membawa nama negara keseluruh dunia dan En. Tony akan menjanjikan sesuatu jika beliau memenangi podium di SIC minggu ini. Jangan jadi Janji dicapati suda... Tahun lalu perlumbaan MotoGP ini ditamatkan lebih awal kerana berlaku insiden yang melibatkan kematian  Marco Simoncelli  pada selekoh pertama. Diharapkan pada tahun ini para GP Rider membuat performance lebih mantap dan kali ini, saya ingin tengok En. Rossi akan kalah pada track feberet beliau. Long live Lorenzo! Tapi tahun ini pihak pengurusan SIC telah menaikkan harga tiket lagi kepada RM153 untuk Main Grandstand manakala harga open Hillstan...

Olympic Fun Run 2012, Kuala Lumpur

Image
Olympic Fun Run 2012, Kuala Lumpur Malaysia Semalam 8 July 2012 aku telah join larian Olympic Fun Run yang dianjurkan oleh McDonald's. Event berkenaan dianjurkan sempena sukan Olympic 2012 dan jarak larian adalah 7km jer... Huhuhu 7km ajer.. Dan sememangnya aku berasa bangga kerana aku menghabiskan masa larian selama 55minit dalam jarak 7km itu dan masih mampu meneruskan larian hingga ke garisan penamat tanpa menggunakan ambulans. Muhahahahah terbaikkk! Thanks to Payat , Adzli & wife pasal join jugak larian nih.. aku pon 1st time masuk Fun Run nih. Maybe next time boleh follow untuk marathon 10km atau full marathon 42km. ( Full marathon ko lari ler sorang2) Oleh kerana peserta yang join mencecah 11800 orang, jadi aku pon tak tau aku dpt nombor berapa da... hehehe Tapi yang tak bestnya, walaupon larian ini disponsor penuh oleh McDonald's yang sememangnya kita kenal brand ini kaya.... tapi dorang sikit pon tak kasik makan free lepas larian... sungguh chaiitt... palin...

Standard Chartered KL Marathon 2012

Image
Standard Chartered KL Marathon 2012 For the fisrt time aku join event Marathon nih. Kali nih aku diajak oleh encik Adzli Bari dan encik Gulam untuk jadik Marshall Standard Chartered KL Marathon 2012. Memang cooool dan awesome walapon penat giler.. Err.... aku rasa next year dah taknak jadik marshall dah.. aku nak retired. Dari jam 10mlm sampai ler ker keesokkan harinya kena standby dgn follow org yang dok marathon beramai-ramai tu.. nasib baik ler marshall naik basikal, kalu kena lari jugak mau muntah darah aku. Oleh kerana bukan yang yang jadik runner dalam event marathon nih.. so aku tak mau bercerita mengenai categori yang dianjurkan, korang boleh tengok sendiri dalam website yang aku link-kan kat bawah entry nih untuk mengetahui prize/category yang dipertandingkan. Disini aku paparkan beberapa gambar yang kami menjadi Marshall untuk runner2 pada hari event tersebut. Fyi, SC KL Marathon nih adalah full marathon yang jauhnya 42.195km dan half marathon 21.751km, kami y...

Video Games Live 2012

Image
Video Games Live 2012, Kuala Lumpur Seriously for all gamers you should go for this concert dude! Buat pertama kali di Malaysia concert Video Games Live dilangsungkan bertempat di Istana Budaya KL. Sape yang belom tahu, Video Games Live nih adalah concert yang membawa kebahagiaan dlm komposisi permainan video dimana Okestra Simfoni Kebangsaan mencipta semula muzik permainan video. Awesome......! Antara muzik yang bakal dimainkan oleh mereka adalah Mario, Zelda, Gear Solid, WArcraft, Myst, Final Fantasy dan Kingdom Hearts. Malah beberapa muzik permainan video classic juga bakal mainkan dan semestinya anda yang selalu main games tahap dewa perlu datang untuk menikmati simfoni muzik berkenanaan. Concert ini berlangsung pada 26 - 27 Mei 2012 di Istana Budaya dan tiket bermula pada harga RM98 hingga RM298, dan diingatkan juga etika berpakaian untuk concert ini adalah kemas dan bergaya. Tidak sesuai jika anda dtg dgn memakai costume gamers. Source : istanabudaya.gov.my | v...

Malaysia Formula 1 2012

Image
Malaysia Formula 1 Semalam berlalu sudah Formula 1 untuk 2012 yang berlangsung di Litar Sepang. Aku tak gi tengok pon pasal harga tiketnya dah boleh beli tiket flight gi Tokyo dah.. Demmmmmm...... Hanya menonton di Astro pastu sambil-sambil makan pisang goreng, sungguh syiok... Anyway aku terasa best pasal driver Hamilton tak dpt nombor 1, muahahahaha mantap. F1 Sepang semalam diungguli oleh Fernando Alonso (Ferrari), #2 Sergio Perez (Sauber-Ferrari) dan #3 adalah Hamilton (McLaren-Mercedes). Review smlm race dimulakan dengan cuaca mendung dan pada lap 10 pertama perlumbaan terpaksa dihentikan kerana hujan yng begitu lepbat semalam 50minit. Perlumbaan diteruskan dengan menggunakan wet compound yang sememangnya kereta F1 buat ribut dlm Litar Sepang. Demmmm toooooo goooodd... Anyway Majulah Motorsport untuk negara... Source : formula1.com | malaysiangp.com.my

Matta Fair 2012

Image
Matta Fair 2012 , Kuala Lumpur Satu lagi event gov Malaysia yang meyarankan rakyat Malaysia pergi berjalan2. Matta Fair 2012 berlangsung pada hari ini 16 Mar hingga 18 Mar di PWTC Hall 1 dan Hall . Akak2 kaki jalan jgn lepaskan peluang untuk amik voucher free.. mane nak tau ader ravel agent kasik free ker... Aku pernah gi dulu Matta Fair 2011 last year.. mmg rambang mata tapi jgn tertipu dgn travel agency, mereka mmg menawarkan macam2 benda yang murah, tapi bila on that day korang nak gi tu macam2 masalah yang timbul atau kena topup duit plak. Disarankan bila dah offer rendah giler tu silalah check betul2 takut nant dah beria-ia nak gi bercuti alek2 kena tipu dek org... Tapi tak semua dorg macam tu kan... so pandai2 laaa kita nak pilih.. Anyway... jom gi Matta Fair besok... Source : mattafair.org.my

Putrajaya International Hot Air Balloon 2012

Image
Putrajaya International Hot Air Balloon 2012 Dianjurkan bersama oleh Perbadanan Putrajaya, sekali lagi HotAir Balloon meng-hot-kan keadaan di Precint 2 Putrajaya. Event ini akan berlangsung pada 15 - 18 March 2012 bertempat Monumen Alaf Baru Putrajaya. Sebagaimana tahun lepas, event nih akan mempamerkan hotair balloon yang pelik-pelik seperti kepada Dark Vader, cawan Nescafe, Doremon dan lain-lain. Kalu korang nak rasa Awesome korang leh ler gi sendiri dan tangkap gambornya.... Attractions yang lain seperti toys shop, cafe, showcase disediakan semasa event ini. So anda mempunyai 4 hari ajer untuk luangkan masa event nih, kena bawak lens SLR yang panjang untuk zoom balloon dgn aweks2 goment. Uhuukkk... Lagik satu kemasukkan untuk pameran ini adalah percuma pasal dari jauh korang leh nampak balloon, jadi amatlah tidak sesuai untuk dikenakan bayaran. Bayaran dikenakan bila anda mahu fun-ride dalam hotair ballon yang akan terbangkan anda lebih kurang 20 meter s...

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...