Zermatt, Switzerland

Zermatt, Switzerland Sebelum melawat negara Switzerland (Swiss), saya telah membuat sedikit research mengenai tempat yang menarik dengan kos yang berpatutan untuk di kunjungi di Swiss. Ini kerana, negara Swiss boleh dikatakan segalanya mahal (jika convert matawang kita) dan mempunyai terlalu banyak pilihan tempat perlancongan yang ditawarkan sehinggakan anda boleh pening nak gi yang mana satu. Apa yang penting hanya berbawa duit saja. Zermatt adalah salah satu tempat yang saya kunjungi selepas saya mendapat tahu daripada Facebook Rarecation Saiful Nang. Tempat ini boleh adalah sebuah pekan yang berada dikaki gunung Matterhorn dan kereta orang awam tidak dibenarkan masuk (car free village). Hanya teksi seperti buggy car dan kenderaan elektrik sahaja dibenarkan melalui kawasan ini. Sesetengah orang memanggil syurga dunia dan saya sendiri berkata di dalam hati saya ini, jika ini yang dikatakan serpihan syurga, bagaimanakah hebatnya suasana Syurga Illahi... Saya memulakan perjal...