Jalan Jalan ke MinNature Kuala Lumpur
Jalan Jalan ke MinNature Kuala Lumpur Minggu lalu, minggu sebelum mengundi kami saja berjalan-jalan ke Bukit Bintang. Entah mana datang idea saja nak singgah lepak ke sana. Mungkin saja nak layan Bukit Bintang Crossing macam ala-ala Shibuya crossing. Feel experience katanya. Dah berjalan ke sana, masuk Don Don Donki dah habis idea. Ajak Nazril balik dia cakap tunggu dulu, dia nak jalan-jalan dalam Jumpa @ Sungei Wang. Apa ada dalam Jumpa @ Sungei Wang ni? Huhhh rupanya dalam ni ada port baik untuk lepak iaitu MinNature Malaysia. Bagi yang tak tahu apa itu MinNature Malaysia, ianya adalah sebuah pameran dunia kecil atau lebih senang nak faham dunia miniature dan dunia diorama. Dulu saya tahu Minnature ni ada kat Malaysia tapi masa tu dorang buka di Bandar Sunway. Sekarang MinNature Malaysia dah pindah masuk di Sungei Wang untuk meluaskan lagi kawasan pameran mereka. Tiket masuk Minnature Malaysia ni adalah RM25 untuk Dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak. Kalau korang beli dalam Klook a