Posts

Showing posts from March, 2023

Itinerary ke Tokyo 7 Hari 6 Malam

Image
Itinerary ke Tokyo 7 Hari 6 Malam Tokyo adalah salah satu bandar paling padat di dunia malah juga taraf hidup yang terlalu tinggi. Maka tidak hairanlah mengapa segelintir penduduk Tokyo perlu bekerja bersungguh sungguh untuk menyara hidup walaupun umur sudah mencecah 80an.  Itinerary perjalanan kali ini membawa 3 dewasa dan 1 kanak-kanak. Kali ini saya datang membawa keluarga kecil saya setelah 5tahun tak jejak Tokyo. Banyak tempat yang saya nak kongsikan dan saya telah menyenarikan beberapa tempat yang menarik dan murah untuk dikunjungi sebelum ini. Perjalanan kali ini saya menaiki penerbangan AirAsia, tempat tinggal pula Airbnb di Kuramae dan pastinya setiap perjalan saya menggunakan JR Pass dan Suica Pass. Bila menyentuh mengenai budget ni, kena membuat perancangan yang bijak dan betul. Kalau salah tempat atau lokasi pun akan menelami belanja yang besar. Contoh, duduk rumah murah tapi jauh dari train station. Akan melibatkan rugi masa dan kos untuk perjalanan ke station utama.  Kala

Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 7

Image
Bercuti ke Tokyo, Jepun 2023 - Day 7 Hari ini adalah hari terakhir kami berada di bandar Tokyo. Cukup saja travel 7 hari pasal cuti tak banyak lepas tu kerja harian sudah memanggil-manggil untuk balik. Untuk hari terakhir ni, itinerary kami simple sahaja iaitu pusing saki-baki didalam bandar Tokyo iaitu Harajuku, Shibuya, Tokyo Tower dan Asakusa. Oleh kerana harini perlu check-out pada jam 11:00pagi, maka kami persiapkan terus barang yang mula membiak-biak ni. Packing cantik-cantik untuk dibawa terus ke Tokyo Station. Sementara breakfast di guesthouse, masa tu juga kami packing. Rushing jugak laa. Jam 09:00pagi kami keluar check-out. Saya meninggalkan pesanan dalam text Airbnb kepada host dan mengucapkan terima kasih atas hospitality yang diberikan. Bila kita guna airbnb ni, tak boleh buat macam hotel. Kita tetap kena kemas rumah dan buang sampah kerana rumah yang disewa itu bukan hak milik kita. Nanti kalau tak follow rules, nanti dia buat review dalam airbnb, udah nak booking airbnb

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...