Western Australia, Australia
Western Australia, Australia Tahukah anda negara Australia terbahagi kepada 6 negeri sahaja. Sebesar-besar Australia tu hanya ada 6 mungkin pasal dorang tak nak serabut atau kerana penduduk Australia hanya sedikit sahaja iaitu seramai 24juta orang berbanding dengan Malaysia seramai 32juta orang. Kali ini saya nak share salah satu negeri yang kerap dikunjungi oleh rakyat Malaysia iaitu negeri Western Australia. Ibu negeri Western Australia iaitu Perth sememangnya popular dikalangan orang kita malah Asia kerana ianya adalah pintu masuk terdekat dan paling murah bagi orang nak mula bekerja tanpa permit. Jadi tidak hairan kalau datang ke sini, security checking adalah lebih ketat berbanding di Sydney atau pun Goldcoast. Kena ada full itinerary, kad kredit, bank statement serta pengesahan majikan. Pada entry sebelum ini, saya pernah senaraikan 10 tempat menarik di Perth. Korang boleh baca entry tersebut disini. Punya la besar negeri Western Australia (WA) ini kalau korang buat road tri...