Gerai Sinar Delima, Kota Kinabalu Sabah
Gerai Sinar Delima, Kota Kinabalu Sabah Seriously saya dah jumpa sebuah gerai makanan seafood yang sangat Awesome! Saya nak share bersama anda kerana kerap kali ke Kota kinabalu pasti susah nak cari kedai makan selara semenanjung. Gerai ini adalah Gerai Sinar Delima (Nama asal kedai ini adalah Geray Sinar Delima Masakan Jawa Special) yang terletak berhampiran dengan Pasar Filipin dan Hotel Hyatt Regency. Kalau korang jalan kaki dari pasar tu hanya 5minit sahaja. Ianya berhampiran dengan bulatan yang ada ikan todak besar tu... Di Kota Kinabalu memang banyak giler kedai makan masakan seafood sehingga anda juling mata dengan harga jauh lebih murah di semenanjung. So saya mengesyorkan gerai Sinar Idaman ini jika anda nak cuba masakan seafood. Harganya murah dan masakannya sangat Awesome! Walapun diberi nama Masakan Jawa Special, tapi tu sekadar nama sahaja bro... Menu favourite yang menjadi menu harian adalah udang galah masak butter milk, sotong butter dry, kerapu masak tig