Posts

Showing posts with the label kedah

Kak Yang Gulai Ikan Termenung, Kuala Kedah

Image
Kak Yang Gulai Ikan Termenung, Kuala Kedah 2 minggu yang lalu saya bertugas di Alor Setar lebih kurang 5 hari. Sememangnya kalau datang ke Kedah, diet list anda tu boleh hancur sehancur hancurnya. Saya pernah upload 5 tempat makan best di negeri Kedah beberapa tahun yang lalu dan pastinya ramai orang google mengenai perkara ini. Ternyata masakan di Kedah sememangnya sedap dan terbaik. Tapi, bagi anda yang jenis hidup kononnya ala hipster, saya ingin mengatakan bahawa hidup anda sangat bosan dan kesian. Ini kerana, orang-orang Kedah makan nasi pada waktu pagi, dan kalau korang jenis poyo tak makan nasik waktu pagi sila close entry ini. Makan nasi waktu pagi adalah sangat berkhasiat malah akan membawa anda lebih tenang selepas makan, cuma side effect dia tu kalau masuk office ade laa sikit. Buat pertama kali saya mengunjungi sebuah restoran yang mana, korang boleh beli lauk fresh di pasar dan terus dimasak panas untuk korang makan pagi. Tak percaya? Okay korang boleh dat...

Iman Koey Teow Kerang, Alor Setar

Image
Iman Koey Teow Kerang, Alor Setar  Datang ke Kedah kalau nak berdiet sila abaikan niat anda tu. Saya tabik spring jika korang yang berjalan-jalan ke negeri ini tanpa membawa nafsu makan yang pelahap tu. Pasal sememangnya negeri Kedah memang banyak port makan best dan dulu saya pernah highlight 5 Tempat Makan best di negeri Kedah  satu ketika dahulu. Kali ini saya mahu share salah satu lagi tempat makan malam yang sempoi baq ang iaitu Restoran Iman Koey Teow Kerang yang terletak di Jalan Sultanah Bahiyah, kalau susah nak cari hangpa google maps saja dengan carian Iman Kuey Teow. Tak susah mana pon. Jangan malas sangat. Kedai ini dibuka pada waktu petang sampai ke larut malam. Menu paling menarik adalah Keow Teow Kerang, didatangi dengan telur mata goyang atasnya. Kalau tanya saya, untuk perut lelaki one pack adalah lebih afdal order 2 pinggang supaya anda tidak menyesal kemudian hari. Sepinggang saya tak ingat berapa ringgit tapi agak sedikit saja bagi lelaki pe...

Nasi Lan Kedah, Alor Setar Kedah

Image
Nasi Lan Kedah, Alor Setar Kedah Kalau saya datang ke Kedah, menu diet saya pastinya barai. Saya akan memastikan perut saya tidak lagi kelaparan dan dipenuhi dengan makan enak versi Kedah Darul Aman. Ada banyak restoran dan gerai maka nterbaik di Kedah terutamanya jika anda ke Alor Setar. Salah satu gerai yang menawarkan makan pagi terbaik di Alor Setar adalah Nasi Lan Kedah yang terletak di jalan ape tah nama. Lokasi ini korang boleh tengok google maps yang saya share dibawah atau korang boleh cari dengan carian Lan Nasi (kedai lorong) Gerai ni memang terletak di antara dua lorong bangunan. Saya datang baru ni dah banyak meja yang disediakan. Tapi kalau datang waktu 8.00 - 9.00 pagi memang ramai orang lepas tu beratur pun agak panjang.  Ramai juga yang tanya, Nasi Lan Kedah ni macam mana? Ianya lebih kurang Nasi Royale. Nasi berwarna kuning dan mempunyai pelbagai lauk pilihan seperti ayam goreng, kari sotong, telur sotong, ikan dan udang. Korang cakap aje nanti di...

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Image
Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022) Oleh kerana selalu ke negeri Kedah, saya telah mengenalpasti beberapa restoran yang menjadi pilihan saya dan boleh dikategorikan Awesome untuk dicuba. Pastinya di Kedah tidak ketinggalan dengan sajian tempatan mereka yang wajib anda cuba... Terdapat banyak pilihan makanan yang anda boleh dapati cuba ianya bergantung pada meter tekak anda ajer. Dari Kuala Kedah, Alor Setar, Sungai Petani sampai la Kulim dan Baling. Pastinya tidak kechewa... Disini saya list-kan beberapa restoran yang menjadi pilihan Blog Awesome saya yang saya telah kunjungi sebelum ini. Jika anda merasakan ianya adalah restoran biasa, sila abaikan. 1. Kak Yang Gulai Termenung, Kuala Kedah. Selepas saya diperkenalkan gulai ikan oleh kawan saya, jadi, title nasi royal kedah telah turun pada satu anak tangga dimana gulai ikan termenung ini mampu membuatkan saya tak pernah miss untuk singgah jika datang ke Kedah. Serius dan saya tak tipu, gulai ikan termenung keda...

Blackwood Coffee & Chocolate Aman Jaya, Kedah

Image
Blackwood Coffee & Chocolate Aman Jaya, Kedah Tak dinafikan sekarang dah banyak coffee house dengan kafe ala-ala hipster. Tak kurang juga di Kedah. Jika ada mula google, ada beberapa coffee house yang telah wujud di sekitar Alor Setar nih antaranya Blackwood Coffee & Chocolate. Kalau tak silap saya Blackwood Coffee & Chocolate ini mempunyai beberapa francais pasal trnampak di Aman Jaya dua kedai dan satu lagi di Alor Setar. Anyway saya sempat singgah di francais Aman Jaya pasal dok laklok tengah cari charger phone. Senang nak cari kedai ni pasal ianya terletak didalam Aman Jaya Mall. Korang parking jela mane2 so tanya kaunter pertanyaan tu maner kedai BCC ni. BCC ini bukan saja menyediakan/menyajikan coffee semata-mata, dorang juga menyediakan makanan dari breakfast, brunch, lunch sampai laa dinner. Aaaaa korang pilih ler kt menu dorang tu so korang bayor ler. Kedai mereka berkonsepkan lepak santai dan mengamalkan decokasi classic modern cafe yang pastin...

Gerai Nasi Lemak Daun Pisang Sungai Petani,Kedah

Image
Gerai Nasi Lemak Daun Pisang Sungai Petani,Kedah Minggu ni outstation ke Kedah 1 minggu membuatkan semangat makan berada ditahap maksimum. Kadar permakanan yang sungguh berselera menyebabkan rutin harian gagal berfungsi sepenuhnya... Semasa berada di sekitar kawasan Sungai Petani, member ajak layan Nasi Lemak tepi jalan. Gerai Nasi Lemak Daun Pisang ni terletak bersebelahan dengan Bank Rakyat Sg. Petani malah anda boleh cikedout FB mereka disini juga dikenali Nasi Lemak Daus Pisang Sebelah Bank Rakyat . On kan Waze anda dan point ke Bank Rakyat Sungai Petani. Disebabkan kami layan late dinner kat sini, so quality gambar agak corot dan suasana pulak hujan renyai.. sorry beb pasal xsempat nak amik gambar sangat. Disini taukey kedai menyediakan sajian Nasi Lemak bungkuih (bungkus) yang siap pack terus. Anda boleh pilih dengan pelbagai lauk, ayam, bilis telor, udang, sotong, daging... aaaa macam-macam laa ader.  Paling best harga untuk satu bungkus masih lagi berha...

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...