Posts

Showing posts with the label info

Tips Menyewa dan Memandu Kereta di Switzerland

Image
Tips Menyewa dan Memandu Kereta di Switzerland Bagi yang ingin melawat negara Switzerland, memandu kereta bukanlah perkara yang rumit malah ianya menjadikan sebuah pengalaman yang hebat dan awesome! Walaupun pemanduan mereka adalah pada sebelah kiri, tapi nescaya anda akan biasakan diri selepas memandu lebih kurang 30minit. Tak percaya? Sila bawa sendiri atau melainkan anda memiliki lesen terbang. Baru ni saya membuat pengembaraan di bumi Swiss dan juga 3 negara lain iaitu France - Germany - Italy. Untuk pengembaraan seperti ini, adalah lebih sesuai untuk memandu berbandng dengan menaiki public transport malah kosnya lebih murah berbanding membeli tiket train dan juga bas. Disebabkan saya juga membawa orang yang memerlukan private trasporation, maka saya telah menyewa dua jenis kenderaan iaitu multi MPV jenis Mercedes Vito 9 seater dan juga sebuah SUV Renault. Kali ini saya nak share bersama korang tips untuk menyewa kereta dan tatacara pemanduan ketika di Swiss atau di Eropa...

Flight Review : Economy Class Saudi Airline

Image
Flight Review : Economy Class Saudi Airline December tahun lalu saya travel ke Manchester menggunakan Saudi Airline. Disebabkan pencarian tiket murah dapat ke Saudi Airline pada waktu itu, maka kita beli dan naik sahaja dengan duration penerbangan 14jam. Waktu itu saya berjaya beli tiket ini dnegan harga RM2500 retrun KL - Manchester - KL, dan transit di Jeddah selama 9jam.  Yaaa kalau korang naik Saudi, transit dia samada Riyadh, Madinah ataupun Jeddah. Kalau nak tunaikan umrah pun boleh, kita akan dapat free visa on arrival. Cuma minimum time untuk transit keluar adalah 6jam.  Jika korang nak transit keluar buat umrah, korang boleh pilih transit lama iaitu 24jam, 48jam, ataupun 72jam. Maybe kena topup sikit untuk transit yang lama tapi masih berbaloi lagi. Mari saya kongsi pengalaman terbang bersama Saudi Airline (SA) versi economy class ni. Masa travel December haritu, saya ambil transit paling cepat dan paling murah. Masa flight KL - Jeddah transit dia 8.5jam, bengkok juga...

Flight Review : Economy Class Singapore Airline

Image
Flight Review : Economy Class Singapore Airline Beberapa bulan lalu penerbangan Singapore Airline dari London ke Singapore telah membuat emergency landing di Bangkok disebabkan kapal terbang SQ321 dilanda air turbulence yang teruk menyebabkan 1 kematian dan 30 cedera termasuk anak kapal. Air turbulence diudara memang bukan perkara biasa. Walau saya selalu terbang, bila announcement dari captain yang menyuruh anak kapal duduk disebabkan air turbulence saya sendiri akan mula cuak. Ini bermaksud kapal terbang akan mengalamai turbulence yang agak kuat dan pada waktu tersebut tak sesuai sangat nak makan atau minum. Walaubagaimanapun itu adalah kehendak Tuhan yang menentukan perjalanan kita baik atau buruk. Kita hanya perlu berdoa sahaja. Mari saya kongsikan pengalaman terbang Bersama Singapore Airline semasa trip February yang lalu. Tak dinafikan walau terbang economy class, saya sangat berpuas hati dan dapat layanan terbaik daripada cabin crew. 2 minggu sebelum terbang, saya telah memesan ...

Membeli Insuran Kereta Untuk Pandu Masuk ke Thailand

Image
 Membeli Insuran Kereta Untuk Pandu Masuk ke Thailand Entry ni patutnya dah lama saya up tapi tidak berkesempatan kerana kekangan kerja. Disebabkan ramai yang bertanya jadi saya share pada korang sapa-sapa yang nak drive kereta ke Thai dengan tenang dan senang. Tahun lepas saya jalan-jalan cari makan di Hatyai, pasal malas nak join rombongan kak kiah, makan kami plan drive masuk kereta aje untuk lebih flexi time. Perkara pertama yang korang kena ada tu pastinya passport. Kedua adalah insuran kereta. Untuk insuran ni, saya pilih dan mengsyorkan GoThai.my pasal service dia mudah, senang tenang dan terbaik.  Saya hanya berurusan melalui whatsapp saja dan korang tak perlu pening-pening insuran jenis apa yang korang patut beli.  Hanya text kepada GoThai.my - agent dorang akan bagi satu template waktu bila korang nak masuk, bila nak balik, berapa orang dalam kereta dan kereta jenis apa.  Korang fill-up saja template tu dan nanti agent akan syorkan Pakej Insuran yang korang...

Central Park Manhattan NYC

Image
Central Park Manhattan NYC Kalau sebut pasal Central Park ni, mesti ramai yang tak tahu dan dan nak tahu apa benda ada kat Central Park NYC. Central Park Manhattan ni tidak asing kalau korang selalu tengok filem terutama masa kecik-kecik iaitu Home Alone, Spiderman lakokan Toby Maguire, John Wick pastu Madagascar 1. Kebanyakkan filem dari US ni banyak dilakonkan disini kerana Central Park Manhattan adalah salah satu iconic NYC selain dari Times Square. Dari filem pergi ke series dan juga Macy's Parade pada Black Fridays. Kalau korang nak tahu, Central Park NY ni sangat besar. Dari atas bangunan nampak aje macam petak segi empat sama, tapi kalau ikutkan jarak dari point hujung ke hujung adalah bersamaan 4km!!! Iya tuan-taun dari point A ke point B adalah 4km. Jika rajin dan nak diet, korang boleh jalan kaki buat 1 pusingan taman berpetak ni dapat laa 10km. Lepas jogging terus makan nasi 2 pinggan.Kalau pusing ikut laluan dalam taman pun cecah 6miles (9.6km). Walau saiznya besar, Cen...

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...