Destinasi 24 jam : Pulau Tioman Pahang
Destinasi 24 jam : Pulau Tioman Pahang Baru ni abam bertugas di Pulau Tioman. Bukan pergi pancing undi kat sana yer! Ini kali pertama saya ke Tioman dan apa yang menarik kat pulau ini adalah satu bernda yang sangat unik selain daripada tempat tempat menarik untuk diving, snorkeling dengan hiking. Kalau nak datang ke Tioman, korang perlu datang pada bulan April hingga Oktober. Selain daripada itu tidak digalakkan kerana pada hujung tahun dan awal tahun adalah monsun Timur Laut. Lagipun pada waktu monsun aktiviti laut pun tutup. Hanya boleh lepak kat resort layan angin ribut saja. Huhuhuhu.. Kalau drive dari Kuala Lumpur, korang boleh drive melalui Segamat- Rompin, Kluang-Mersing ataupun nak santai Kuantan-Rompin. Pemanduan mengambil masa lebih kurang 5jam. Korang juga boleh beli tiket feri online atau walkin di kaunter, tapi lagi bagus kalau korang beli online. Nanti tak ada laa isu tiket habis. Ferry ke Tioman pun waktu dia terhad jugak, tak silap saya hanya ada 2-3 feri sahaja sehari,