Kedai Kopi Abi Baba, Kuantan Pahang
Kedai Kopi Abi Baba, Kuantan Pahang Tak silap saya, saya singgah kedai ni awal tahun baru ni kot. Baru perasan duk lama dalam draft tak upload. Sorry ya geng. Hanya nak introduce, sekarang ni banyak kedai-kedai kopi menarik sekitar Pahang. Nak cari pun tak de la susah sangat, boleh search saja dalam facebook - type je kopi di kuantan. Makan bersusun susun lah kedai dan review orang pasal kopi di Kuantan. Senang bukan. Cuma kali ini saya nak share bersama korang salah satu kedai kopi menarik di Kuantan iaitu Kedai Kopi Abi & Baba yang terletak di Jalan Sungai Lembing Kuantan, atau korang boleh google maps saja dengan carian Kedai Kopi Abi Baba disini . Kat sini, korang boleh layan light snack macam roti bun bakar, lontong nasi impit, makan berat asian pun ada dan paling tiptop adalah Kopi Ais Abi Baba. Bagi saya kopi dia ni memang mantap padu - bold and creamy ditambahkan pulak masa saya pergi tu cuaca memang panas. Memang syok dan kena lah dengan rasa kopinya. Dalam masa yang sama