Straits Collection Boutique Hotel, Penang

Straits Collection Boutique Hotel, Penang Sekarang hotel boutique memang banyak terutama di Penang dan Melaka. Mungkin pasal negeri ini mempunyai tarikan pelancong dari luar negara yang agak ramai. Tak dinafikan jugak Penang dan Melaka ini adala hsebuah bandar yang sangat best untuk jalan-jalan. Sebelum ini dah banyak entry yang saya upload mengenai kedai makan dan hotel-hotel awesome di Penang nih. So kali nih sekali lagi saya upload boutique hotel yang terletak di Armenian Street Georgetown iaitu Straits Collection. Hotel ini menggunakan bangunan asal dan telah diubahsuai sepenuhnya untuk menjadikan lebih menarik dan tertarik dari segi dekorasi moden. Untuk pengetahuan anda, Straits Collection ini bukanlah sebuah hotel semata-mata, ianya merangkumi beberapa buah apartment, bilik tidur, kedai-kedai, restoran & cafe, galeri seni dan juga perpustakaan mini. Bagi saya ini adalah sangat lengkap dengan idea yang sangat unik kerana pemilik Straits Collection ini berani ...