Perjalanan Menuju ke Pendalaman Sarawak - Part 2

Perjalanan Menuju ke Pendalaman Sarawak - Part 2 Sungguh Awesome untuk travel dari satu tempat ke satu tempat di Sarawak. Setelah mengujungi di Song, saya kembali ke Sibu dan menuju ke Bintulu melalui jalan darat. Destinasi seterusnya adalah Belaga. Belaga adala hsalah satu pekan pendalaman di Sarawak. Dahulunya akses ke Belaga adalah sungai yang perlu melalui dari Sibu - Song- Kapit dan Nanga Merit yang mengambil masa lebih kurang 7jam lebih. Kini telah dibuka jalanraya yang seakan rally dakar untuk lalui kenderaan 4x4. Perjalanan dari bandar Bintulu ke Belaga adalah lebih kurang 220km sahaja akan tetapi akses jalanraya mahupun infrastruktur yang sangat dahsyat memnyebabkan perjalanan mengambil masa 5 jam. Akses jalanraya ke Belaga memang dimonopoli oleh lori balak.. kereta 4x4 ni dah macam kereta kancil je.. kecik ajer jadi nya... So kalau korang berhajat nak ke sini memang kena sewa 4x4, minyak asi full pasal on the way memang xde station minyak mahupun RnR yawww... ...