Mandurah, Western Australia

Mandurah, Western Australia Setakat ini, bumi Australia tidak mengecewakan saya sepanjang travel di bumi Kangaroo. Mandurah adalah salah satu kawasan atau daerah yang terdapat di dalam Western Australia dan terdapat banyak kawasan menarik untuk dijadikan itinerari bersama keluarga malah untuk anak-anak kecil. Disini saya bawa keluarga untuk bersiar-siar dikawasan bandar Mandurah dan melihat perumahan tepi dan muara pantai serta melihat ikan dolphin berenang dengan menaiki bot yang dipandu sendiri. Yup dipandu sendiri. Awesome bukan? Saya juga mendapat maklumat ini daripada blogger Aussie. Tepat jam 8:00pagi kami keluar menuju ke Mandurah. Persiapan sarapan pagi dan sedikit bekalan lebih sarapan tadi dibungkus untuk menampung kelaparan kelak. Bila lagi nak merasa nasi lemak ikan salmon di tempat orang idak gitu? Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1jam agak tenang dengan menggunakan Freeway (Highway Perth) tidak membosankan dengan permandangan hebat. Sepanj...