Posts

Showing posts with the label incheon

Pulau Nami, Gapyeong South Korea

Image
Pulau Nami, Gapyeong South Korea Gapyeong adalah salah satu daerah yang berada tidak jauh dari kota Seoul, yang terletak pada arah Timur Laut South Korea. Perjalanan dengan menggunakan keretapi metro mengambil masa lebih kurang 1jam lebih dengan jarak 70km dari bandar Seoul. Kawasan ini mempunyai permandangan serta kehebatan alam semula jadi yang terpelihara dan ianya menjadi popular disebabkan cerita Winter Sonata. Ironi Gapyeong adalah kerana terletaknya Pulau Nami (Naminara Republic) dan menjadi destinasi wajib dikalangan pengunjung dari Malaysia. Seolah satu kenyataan yang mengatakan, "Jika anda tidak pergi ke Nami maksudnya anda belum pernah tiba di Korea". Hebat bukan? Saya ke Pulau Nami pada Mac tahun lalu ketika penghujung musim sejuk. Tiba saja di luar station Gapyeong membuatkan anak saya mengigil kesejukkan kerana angin yang bertiup. Walaupon saya sendiri dah berjaket tebal, angin sejuk tidak mempu membuatkan badan anda kebal cuaca. Percayalah... ...

Bercuti ke Seoul, Korea - Day 7

Image
Bercuti ke Seoul, Korea - Day 7 Hari ke-tujuh adalah hari balik ke Malaysia, kami buat tapau mihun goreng dan sandwich untuk bekalan di Airport.  Flight ICN ke KUL adalaah jam 1625. So kami check-out dari rumah pada jam 10:00pagi pasal nak naik limousin bus ke airport. Jadual limousin bus boleh google sendiri dan dekat bus station yang berhampiran dengan subway Itaewon pon ada. Kami amik bas jam 10:28am, harga tiket adalah KRW15,000 perhead, Nazril under 3yrs foc. Naik bas memang selesa pasal anda boleh sumbat luggage anda yang extra large tu sebanyak mana, naik teksi luggage terhad dan naik subway susah nak carry bag. Cuma naik bus ni banyak berenti dan ambil masa hampir 2jam untuk ke Airport. Tiba di Airport terus drop bag, di Airport juga ada kemudahan timbang bagasi, so korang boleh bagi-bagi mana yang terlebih berat. Harus diingatkan bahawa Incheon Airport memang busy dan ramai orang, lebih baik anda datang awal dan melepasi Imigration Gate terlebih dahulu. Ini ...

Bercuti ke Seoul, Korea - Day 6

Image
Bercuti ke Seoul,Korea - Day 6 Masuk hari ke-enam, nasi masih menjadi pilihan kami waktu breakfast. Kerana nasi adalah penyumbang karbohidrat untuk anda ketika shopping. muahahaha...  Planning pagi nih adalah penutup untuk shopping dengan kata lain menipiskan wallet. Tempat pilihan adalah di Gangnam Underground Shopping Center. Sementara tu kami bersiar-siar di kawasan Itaewon pasal ternampak beberapa pokok mula berbunga. Apa lagi bergambar la, bukan hari-hari datang beb. Kami bermula dari station Itaewon dan menuju ke Yaksu, dari station Yaksu kena buat interchange line 3 menuju ke station Express Bus Terminal. Kat sini ada sejarah pasal saya tertinggal beg susu Nazril di Station Yaksu. Mungkin disiplin orang Korea macam ala-ala Jepun, nasib baik beg ade bila patah balik... fuhhhh Alhamdulillah... Apa ada di Gangnam Underground Shopping Center? Errrr... maca mlebih kurang Sungei Wang ajer... tempat dia memang besar, tapi rata-rata kedai jual barang yang sama. Macam ...

Bercuti ke Seoul, Korea - Day 4

Image
Bercuti ke Seoul, Korea - Day 4 Seperti waktu pagi yang sebelum ini, kami layan nasi lemak homemade dari mak saya dan membuat sedikit bekalan kerana pada hari ini kami ke Pulau Nami (Naminara Republic). Pulau Nami ini agak jauh dari Itaewon dan terletak di daerah Gapyeong. Kami memilih untuk menaiki Subway untuk ke Naminara untuk menjimatkan masa dan wang. Jika naik teksi harga boleh cecah KRW80,000 - KRW100,000 per trip bergantung pada traffic dan jika naik bas pula makan masa 2-3jam... Subway adalah yang paling dinamik dan efisyen. Kami bermula di Subway Itaewon, menuju ke station Dongmyo. Interchange disini dengan subway line 1 dan menuju ke station Cheongnyangni. Bila tiba di station Cheongyangni, anda perlu bile tiket train ITX menuju ke station Gapyeong (Line G) di kaunter atau di kiosk. Harganya adalah KRW4,000 one way. Train ITX ini adalah train separa laju dan ianya mempunyai numbering seat. Anda perlu pilih jam berapa anda nak naik train dan pilih seat. Jika anda...

Bercuti ke Seoul, Korea - Day 5

Image
Bercuti ke Seoul,Korea - Day 5 Seperti biasa, bikin breakfast di guesthouse dan tapau untuk bekalan makan tengahhari. Pagi ni planning nak pergi ke Gyeongbokbung Palace dan Bukchon Hanok Village. Apa ada di Gyeongbokbung dengan Hanok Village? Ianya adalah satu tempat tradisional dan kawasan heritage Seoul dimana anda akan menemui persembahan tradisional mereka dan suasana kampung di bandar. Kami bermula dari station Itaewon menuju ke station Yaksu. Anda perlu membuat interchange di station Yaksu dan ambil line 3 menuju ke station Gyengbokbung (Goverment Complex Seoul).  Tiba di station Gyeongbokbung ni rasa macam unik sikit pasal kat station ni dan macam muzium dah. Kami lepak kejap pekena kopi Manoffin (Ikuti entry Halal saya di Seoul) dalam station ni, sangat murah harganya KRW900. Lepas lepak minum kopi kami terus ke Gyeongbokbung Palace, ngam ngam kami sampai ada persembahan ala-ala kawad di-raja mereka... Ramai jugak orang walaupon time keje... Sempat ler ber...

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...