Kak Yang Gulai Ikan Termenung, Kuala Kedah
Kak Yang Gulai Ikan Termenung, Kuala Kedah 2 minggu yang lalu saya bertugas di Alor Setar lebih kurang 5 hari. Sememangnya kalau datang ke Kedah, diet list anda tu boleh hancur sehancur hancurnya. Saya pernah upload 5 tempat makan best di negeri Kedah beberapa tahun yang lalu dan pastinya ramai orang google mengenai perkara ini. Ternyata masakan di Kedah sememangnya sedap dan terbaik. Tapi, bagi anda yang jenis hidup kononnya ala hipster, saya ingin mengatakan bahawa hidup anda sangat bosan dan kesian. Ini kerana, orang-orang Kedah makan nasi pada waktu pagi, dan kalau korang jenis poyo tak makan nasik waktu pagi sila close entry ini. Makan nasi waktu pagi adalah sangat berkhasiat malah akan membawa anda lebih tenang selepas makan, cuma side effect dia tu kalau masuk office ade laa sikit. Buat pertama kali saya mengunjungi sebuah restoran yang mana, korang boleh beli lauk fresh di pasar dan terus dimasak panas untuk korang makan pagi. Tak percaya? Okay korang boleh dat