Destinasi 24 Jam : Pulau - Pulau Mersing Johor
Destinasi 24 Jam : Pulau - Pulau Mersing Johor Baru-baru ni abam buat trip jalan-jalan telan air masin di pulau-pulau sekitar Mersing. Ada banyak pulau kat Mersing ni dan kalau naik bot tak jauh mana pun. Tak macam Tioman sampai 2 jam lebih. Apa yang saya nak share kat sini adalah nak ronda-ronda bergolek di pulau boleh dilayan pada masa weekend saja. Tak perlu nak setup 4 ke 5 hari pun melainkan pulau pulau di Sabah nun. Setahu saya, ada 2 pakej yang ditawarkan untuk melawat pulau Mersing ni iaitu yang jenis santai atau jenis adventure. Kalau korang suka adventure, korang boleh pilih pakej yang ada hiking di Pulau Seri Buat. Pulau Seri Buat ni ada hiking untuk dapat mesmerizing view dari puncak bukit. Boleh ler nak ootd macam Bohey Dulang. Kalau nak santai, rileks-rileks boleh layan Pakej 5 Pulau yang mana pakej ini berharga RM150 dan akan melawat 5 jenis pulau iaitu : 1. Pulau Harimau - (Jump Cliff) Korang boleh layan berenang masuk gua dengan lompat dari jurang batu. Kalau berani pa