Medan Selera Ikan Bakar, Pantai Remis Selangor Baru-baru ni saya dengan family encik Syafiq pergi menggemukkan diri di Pantai Remis. Ahaaa Pantai Remis nih terletak diantara Kapar Klang dan Kuala Selangor, kalau korang cari dalam google maps pastikan ianya tertulis Pantai Remis Jeram Selangor. Pasal nant ada satu lagi Pantai Remis yang terletak di Manjung Perak. Bagi review saya, Pantai Remis nih sebenarnya bukanlah sebuah pantai pilihan untuk mandi-manda. Pantainya agak kotor dan banyak kerosakkan disekitar pantai, cuma orang masih lagi datang ke Pantai Remis ini untuk lepak tengok sunset, main layang-layang dan makan seafood. Disini terdapat sebuah kedai makan iaitu Medan Selera Ikan Bakar. Suasana kedai takdek la superb macam kedai Ikan Bakar Sekinchan tu, akan tetapi kedai kayu yang nampak old-skoll nih memang superb dan Awesome! Menu mereka sangat simple dan tak memeningkan kepala anda. Mereka menyediakan seafood seperti ikan laut, udang, sotong, lala, kerang dan kesem...