Kembara ke Europe : Frankfurt City Tour (Day 4)

Kembara ke Europe : Frankfurt City Tour (Day 4) Dah masuk hari ke-empat ini, itinerary perjalanan untuk hari ini tidak terlalu padat. Kami hanya bersia-siar di sekitar bandar Frankfurt dan tidak menggunakan kereta. Kita kasi can untuk kereta rehat sepenuh hari setelah berjalan lebih daripada 1000km. Pagi ini cuaca agak gerimis dan kadang kala datang hujan renyai menyumbang cuaca yang semakin sejuk. Perancangan hari ini adalah menggunakan public transport bas dan juga train. Setelah solat subuh, kami breakfast roti dengan jem untuk tampung perut sebelum makan tengahhari nanti. Moga-moga cuaca sejuk ini perut abang yang six pack tidak lagi meronta-ronta. Jam 8:00pagi kami berjalan menuju ke station trem terdekat iautu Flaschenburgstraße yang terletak lebih kurang 3minit berjalan kaki saja. Dari booth station itu, kami membeli tiket Group Ticket Day Pass yang berharga 11.30 Euro untuk 5 orang. Kami terpaksa menaiki bas kerana tram tidak berhenti di Station ...