Luckin Kopi, Kuala Lumpur
Luckin Kopi, Kuala Lumpur Baru ni saja ronda-ronda KL bawa family kecil abam nak minum petang. Tengok dalam KL Foodie FB dah banyak cafe mengupi yang best dengan harga murah. Apa lagi, abam bukak IG, search review dalam google maps, Sebenarnya kami tersalah kedai. Gentle abam cakap, nak parking area sini agak struggle pasal walau ada parking yang berharga RM10 per entry. Ianya tetap penuh, Tak payah sembang laa parking DBKL. Memang tak akan dapat kalau hujung minggu ni. Jadi nak tak nak kena parking mahal sikit.... itu pun penuh jugak. Hampa betul. Cukup pusing dua kali, menunggu depan parking park dapat laa satu parking ngam-ngam. Ini semua untuk kopi. Berbalik cerita tadi, asalnya nak bawak dorang ni minum cafe coklat, iaitu Beryl's Cafe. Ternyata kami tersalah masuk kedai, dah pintu kedai macam sama aje, signboard pun tak tengok. Terus kami masuk. Bila dah duduk tu, abam tertanya, tang mana jual coklat... pastu bila tengok menu, tak ada pulak minuman coklat Beryl's tu. Bel