Jalan - Jalan ke Paris Disneyland

Jalan - Jalan ke Paris Disneyland Februari tahun lalu saya melawat kota Paris. Kiranya agak lambat nak upload entry visiting Disneyland pasal saya duk ingat dah upload, rupanya belum lagi. Maaf laa yer. Jadi entry kali saya nak share jalan-jalan kami ke Paris Disneyland tahun lalu masa waktu winter iaitu pada bulan 2-2024. Tak kisah korang pergi waktu bila asalkan booking tiket lebih awal sahaja untuk penjimatan tiket yang banyak. Tapi pada pengalamam saya, lebih baik datang theme park sebegini pada waktu sejuk pasal nanti korang tak berpeluh lencun kerana bahang matahari. Walau waktu siang singkat, tapi paling tidak suhu yang sejuk mampu buat badan tidak berasa kepenantan sangat dan baju pun selesa tidak berpeluh. Benda pertama sekali sebelum masuk Disneyland mestilah kena ada tiket. Tiket Disneyland ni hanya dijual secara online, samada direct website dia disini , Klook.com ataupun Traveloka. Saya booking direct pada website Paris Disneyland untuk memudahkan process dan manage ticket...