Posts

Showing posts with the label germany

Restoran Halal di Germany

Image
Restoran Halal di Germany Apabila anda mengunjungi ke sesebuah negara bukan Islam pastinya akan menghadapi kesukaran untuk makan dan minum. Kadang-kala status halal mereka juga diragui kerana dalam satu kedai mereka menjual daging yang tidak dibenarkan didalam agama Islam. Germany adalah salah satu negara yang agak mudah untuk mendapatkan restoran-restoran Halal. Anda boleh membuat carian atau research pada blog dan website Zahibah.com ataupun HaveHalalWillTravel . Bagi saya, mencari restoran halal dan menu halal di Germany tidak susah pun. Purata restoran muslim di Germany lebih kurang 2:10. Ini kerana ramai warga-warga Turkey dan juga pelajar-pelajar muslim yang menceburi bidang masakan dan tidak langsung membuka kedai makan hala.  Jangan terkejut, restoran-restoran ini juga dibanjiri oleh warga-warga bukan muslim. Berikut adalah beberapa restoran yang saya kunjungi di bandar bandar Germany. Mungkin boleh menjadi rujukan pada anda nanti. 1. Central Grill, Frankfurt. Keda...

Munich, Germany

Image
Munich, Germany Semasa di Bandar Munich, tidak banyak kawasan yang saya jelajah kerana ini adalah bandar persinggahan kami untuk bermalam sebelum menuju ke Kota Prague. Perjalanan yang jauh daripada Switzerland perlu diambil kira kerana badan mesti mempunyai rehat yang mencukupi. Salah satu destinasi kenapa memilih bandar Munich adalah kerana bandar ini menpunyai Hard Rock. Ya jadi para pengumpul shirt Hard Rock akan wajib datang kesini dan ianya salah satu koleksi rare untuk negara Germany. Selain daripada itu kepada peminat Bayern Munich pasti tergila-gilakan untuk datang ke Allianz Arena Stadium - Home for Bayern Munich. Saya tak minat bola jadi saya follow saja. Persinggahan pertama di bandar munich adalah Home of Bayern Munich. Kami tak masuk tour stadium dia pasal harganya agak mahal dan tidak ada peminat fanatik diantara kami melainkan MU. Cukup sekadar untuk bergambar di sekitar stadium dan masuk ke Mega Store Bayern.  Ini adalah pertama kali saya memasu...

Neuschwanstein Castle, Fussen Germany

Image
Neuschwanstein Castle, Fussen Germany Hari terakhir kami berada di bumi Siwtzerland, perjalan diteruskan lagi dnegan memasuki balik negara Germany dari laluan selatan dan melalui tepi Tasik Constance. Perjalanan agak jauh melalui tepi tasik Lake Constance tapi sememang mengagumkan, lebih kurang  300km dari Wolhusen ke  Neuschwanstein.  Sebenarnya ada juga jalan lain yang melalui Austria tapi saya memilih jalan kampung untuk menikmati permandangan tasik ini. Laluan ke Austria ni mempunyai toll yang perlu dibayar dan kami tidak memilih Austria untuk persinggahan ini. Walaupun tak masuk Austria, perjalanan ini pastinya tidak menyesal dan sepanjang jalan juga melalui beberapa buah kampung Germany yang bersih dan tenang seakan masih berada di Switzerland.  Dalam perjalanan ini, kami melintasi Tasik  Constance yang sangat besar dan indah. Oleh kerana kami tidak mempunyai masa yang banyak, maka hanya gambar saja yang sempat saya rakamkan.  ...

Wuppertal dan Cologne, Germany

Image
Wuppertal dan Cologne, Germany Perjalanan dari Amsterdam membawa kami memasuki Negara Germany buat pertama kali. Seawal subuh bertolak, suasana jalan-raya sangat sunyi sepi dan hampir tiada kenderaan. Cuaca tidak hujan tapi agak berkabus tebal dengan suhu mencah bawah 10 Celsius. Menyusuri sempadan dan mula membuat pecutan pada Auto-Bahn setelah signage No Speed Limit kelihatan. Signage sebegini sememangnya banyak sekitar autobahn (highway), kalau jumpa meter kasi rapat bro tapi kalau ada speedlimit, sila patuhi kerana bila kena speedtrap maka sengsaralah korang nak return kereta tu nanti. Tujuan utama saya untuk ke Wuppertal adalah untuk melihat sendiri teknologi keretapi bandar mereka kerana saya pasti saya tidak akan tengok train bandar ini selepas Jepun. Train di Wuppertal adalah unik dan hebat kerana ianya adalah Suspension Railway. Tak banyak dalam dunia ni ada suspension railway, maka ianya dimasukkan didalam itinerary kami sebelum ke Bandar Cologne. Kami menyusuri...

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...