Tempat Menarik di Perth, Australia

Tempat Menarik di Perth, Australia Seawal bulan September, musim bunga bermula di negara Australia kerana kedudukan paras bumi berlainan maka ianya terbalik dengan musim sejuk di negara Eropah, US dan Japan. Sila belajar geografi untuk mengetahui kenapa negara 4 musim berbeza dari utara ke selatan. Hebatnya ciptaan Illahi. Melancong ke Australia pada musim bunga mencabar juga jika anda pergi region yang lebih bawah seperti Sydney, Melbourne mahupun Perth. Suhu musim bunga mereka boleh mencecah 5-15c waktu siang dan 0-5c waktu malam. Pemakaian yang sesuai adalah digalakkan walapun orang cakap musim bunga dah mula panas. Tapi sebenarnya ianya tidak panas, lebih sejuk dingin daripada Cameron pada waktu pagi. Perancangan rapi perlu ada untuk melawat ke sesebuah negara dan pastinya Australia bukan sebuah negara yang rumit untuk anda kunjungi. Ada juga yang mengatakan bila plan pasti tak jadi, tapi bila tak plan selalunya menjadi. Bagi saya itu adalah komited anda. Silalah...