Posts

Showing posts with the label event 2013

Cycling for Syria

Image
Cycling for Syria Tengah syiokk lepak minum kt TTDI, ternampak laa sorang budak (student gamaknya) tengah promote satu program berbasikal yang dianjurkan oleh Unisel Shah Alam. Huuumm tak puashati pasal punya pasal, saya pun try google... Rupe-rupenya Unisel memang menganjurkan satu proram berbasikal yang dinamakan Cycling for Syria. Program ini bertujuan untuk membuat charity hasil dari duit pembayaran/yuran penyertaan untuk didermakan kepada mangsa-mangsa seagama dengan kita di Syria. Harapnya betullah apa yang dorang buat nih dan dapat disalurkan ke organisasi yang betul. Tapi yang pastinya acara ini bukanlah jamboree mountainbike, ianya lebih kepada santai dan bersuka ria atau dengan erti kata lain ianya sekadar mencuci mata.. muhahahah Program ini akan berlangsung pada 30 November 2013 di Unisel Shah Alam dengan bayaran yuran RM40.00 sahaja. Syarat penyertaan adalah anda mesti mempunyai basikal, beca masih boleh diterima.

Linkin Park Live in Malaysia 2013, Kuala Lumpur

Image
Linkin Park Live in Malaysia 2013, Kuala Lumpur Setelah sedekad Linkin Park buat tour di KL, so mereka sekali lagi membuat show "Linkin Park Living Things World Tour" yang akan berlangsung pada 19 August 2013 di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur. Peminat LP ini pastinya menantikan lagu-lagu paling popular dari LP antaranya In The End, Numb, New Divide dan pelbagai lagi yang pastinya rockin bro! Show LP ini lebih menarik hasil kerjasama organisasi dari pihak Wonderlands+ dimana mereka akan gabungkan persembahan LP ini bersama laser light.  Seperti live show sebelum ini, LP lebih cenderung untuk membuat persembahan yang memiliki paparan visual yang sesuai dengan muzik mereka.  Anda boleh mendapatkan tiket yang bermula dari harga RM95.00, RM195.00 dan RM295.00. Selain itu pihak penganjur juga menjual tiket untuk kawasan Zon Playground RM350.00, Zon Rock RM450.00, Zon The Pit RM550.00 dan RM680.00 untuk VIP. Sebenarnya agak mahal jika dibandingkan dengan h...

Kem Santai Cuti Sekolah Ilmiah, TTDI KL

Image
Kem Santai Cuti Sekolah Ilmiah, TTDI KL Minggu nih cuti sekolah pertengahan tahun akan bermula selama 2 minggu. Ibubapa akan mula sibuk dan berebut-rebut nak apply cuti nak gi jalan2 dengan keluarga. So jika anda tidak ada plan atau tidak mendapat cuti dalam cuti sekolah nih, saya ingin share dengan para ibubapa kalau korang cari kelas/kem Ilmiah yang dianjurkan oleh Al-Baghadi Learning Center. Al-Baghadi Learning Center adalah sebuah institusi yang mengajar teknik membaca Al-Quran untuk semua lapisan masyarakat dari kanak-kanak, remaja dan dewasa. Institusi ini menjanjikan program mempelajari, membaca dan memahami Al-Quran dengan cara yang mudah,cepat dan menyeronokkan. Untuk cuti persekolah ini, mereka menganjurkan Kem Santai Cuti Sekolah Ilmiah pada 28-29 Mei 2013 (2 hari 1 malam ) dengan harga serendah RM350 sahaja. Program ini akan dikendalikan oleh Guru Tahfiz rancangan TV3 Qari Junior. Antara program yang terdapat dalam Kem Ilmiah ini adalah : Kelas Al-Quran (Tekni...

Time to Attack May 2013, Sepang

Image
Time to Attack May 2013, Sepang Sila pastikan diri anda berasa rileks-rileks weekend nih pasal Time To Attack akan berlangsung pada 19 May di Litar Sepang! Bagi korang yang pernah ke event Time To Attack nih memang anda seorang cool dan awesome dan bagi korang yang xpernah pigi, boleh laa pigi kalu nak gi tengok race kereta komersil. Time to Attack adalah sebuah event yang diorganize oleh Zerotohundred dimana jika anda mempunyai sebuah kereta berpotensi untuk race dan nak test lap di Litar Sepang, anda boleh submit form dan join race time attack untuk kereta korang. Perlumbaan sebegini pastinya ada bayarannya dan boleh layari Zerotohundred untuk keterangan lebih lanjut. Buat ketika ini rasanya pendaftaran sudah pun ditutup derrrr.. Kuang kuang kuannngg... So feel free kalu nak tengok dari kereta modifikasi N/A, turbo, turbo tebabow, V-Tec dan lebih dari itu Super Car jugak akan join race ini. Lebih dari itu mereka jugak ada event macam ConeMaster, Autoshow Stance Ca...

Putrajaya International Hot Air Balloon 2013

Image
Putrajaya International Hot Air Balloon 2013 Sebenarnya saya dah lambat untuk upload event besar ini iaitu Putrajaya Internaional Hot Air Balloon 2013 yang berlangsung di Putrajaya pada 28 Mar hingga 31 Mar 2013. Masih lagi sempat nak pergi tengok belon udara hari nih beb! Festival ini telah berlangsung sejak tahun 2009 dan sememangnya dilangsungkan di Putrajaya. Sebelum ini saya juga dah upload festival belon udara ini pada tahun lepas dan festival ini sangat Awesome okay! Tambah-tambah lagi dorang ada belon udara versi kepala Darth Vader! Dam dam dussss...! So tahun nih saya tidak berkesempatan nak pergi festival nih so xde laa gambar nak share, hanya boleh share infrmation jer. Tapi dalam web PIHAB2013 ini anda bleh tengok-tengok gambar dalam versi 360 . Pretty Awesome!

Earth Hour 2013, Shah Alam

Image
Earth Hour 2013, Shah Alam Sekali lagi Malaysia menyahut cabaran 60+ Earth Hour yang telah dilangsungkan hampir 3tahun yang lalu. Earth Hour ini akan berlangsung pada 23 March ini dilokasi utama iaitu Kuala Lumpur dan Shah Alam. Saya percaya hampir semua rakyat Malaysia dah tau apa kebenda 60+ Earth Hour nih terutama yang duduk kat rumah ada letrik. So malas ler saya nak explain... Apa yang saya highlight untuk program 60+ Earth Hour ini adalah kerana Majlis Bandaraya Shah Alam telah menganjurkan kayuhan basikal sempena Earth Hour nih di Dataran Shah Alam pada jam 8.30pm. Setakat ini seramai 1,300 orang telah berdaftar dan penyertaan telah pun ditutup. Tapi sapa-sapa yang tak sempat nak daftar tu xpe, bawak ajer basikal pastu ride sama-sama... ini bukan pertandingan lumba basikal, hanya untuk syiok-syiok malam minggu sahaja. Safe ride... Awesome!

Malaysia Formula 1

Image
Malaysia Formula 1  Pada 22 Mac - 24 Mac ini akan berlangsung Formula 1 di Sepang Cicuit. Penampilan yang penuh bergaya dari jentera Mecerdes Petronas mampu mengegarkan suasana di Sepang Cicuit. Lebih menarik lagi, perlumbaan Formula ini dituruti dengan konsert Gun n Roses di rock-stage Main Grandstand. Ini semua adalah untuk menarik minat orang ramai untuk menonton Formula 1 walaupon manusia yang datang tengok Formula 1 ini tak pernah berkurangan. Pihak pengurusan litar sepang juga menawarkan tiket RM200 untuk Main Grandstand jika anda mempunyai kad siswa, kad orang kurang upaya dan kad warga emas dari 1 Malaysia. Manakala untuk harga penonton biasa pula bermula dari RM63.00 - RM123.00 untuk atas Hillstand manakala untuk Main Grandstand pula bermula dari harga RM443.00 hingga RM2,500.00.. Fuhhhhh .... Nant saya akan upload Formula 1 event nih pada hari berkenaan, jumpa anda disana nant! Awesome dude!

Sultans of Science Exhibition, Petrosains KLCC

Image
Sultans of Science Exhibition, Petrosains KLCC Pada bulan yang lalu, Petrosains KLCC telah menganjurkan sebuah pameran mengenai teknologi orang Islam yang dinamakan Sultans of Science. Pameran ini berlangsung dari awal 2013 sehingga June 2013 bertempat di Petrosains KLCC. Objektif pameran ini adalah untuk membuka minda orang ramai mengenai penyelidikan dan teknologi orang Islam pada zaman 700AD - 1700AD sebelum bermulanya zaman empayar Eropah. Mereka akan membawa anda merentasi masa ke zaman Empayar Islamiah dimana zaman ketika itu ramai cendakiawan mengenai Astronomi, Matematik, Sains Perubatan dan pelbagai lagi muncul. Antaranya yang dipamerkan adalah hasil teknologi dari Al-Jazari, Ibn Al-Haytham, dan Abbas Ibn Firnas. Mereka ini telah menyumbangkan beberapa perkara penting dalam ilmuan dunia seperti mana pernah kita ketahui zaman ketika itu sememangnya tiada teknologi elektronik seperti hari ini. Saya rasa pameran ini bukan sahaja untuk golongan kanak-kanak malah orang de...

MATTA Fair 2013, Kuala Lumpur

Image
MATTA Fair 2013, Kuala Lumpur MATTA Fair akan kembali lagi pada 15-17 March 2013 di PWTC Kuala Lumpur dan kali ini MATTA Fair akan menjanjikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Tahun ini mereka menjangkakan seramai 90,000 pengunjung yang akan membanjiri MATTA Fair ini dan sebanyak 984 booth yang akan disediakan untuk pepamer. Dengan jumlah sebanyak 984 booth ini, pastinya anda tidak akan sempat nak tengok semua promosi yang diberikan oleh syarikat travel. Kompem! Pengunjung akan dikenakan bayaran dan anda boleh mendapatkan tiket secara online disini iaitu RM4.10 (10sen untuk cas perkhidmatan). Selain itu anda juga boleh beli tiket terus di kaunter pada hari berkenaan tapi anda kena beratur la dulu.. Tahun lepas memang banyak gile promosi yang dorang kasik sampai satu dunia rasa nak pergi, tapi wallet pulak yang kecut.. Hampeh.... So kali ini target pergi MATTA Fair tengok tempah yang boleh pergi dalam ASEAN jer.. Selain itu, mereka juga ada jual voucher untuk penginapan ho...

Aviax - Aviation Experience Flight Simulator

Image
Aviax - Aviation Experience Flight Simulator Seriously dulu-dulu saya memang nak jadi pilot, akan tetapi malangnya cita-cita tersebut tidak tercapai dan gagal sama sekali. Tadi saya mendapat info dari team yang mengatakan bahawa ada flight simulator yang superb real dan dibuka untuk orang ramai. Ahahaha saya tidak tipu anda dan anda tidak perlu melabur duit yang sangat mahal untuk belajar mengenai penerbangan. Aviax - Aviation Experience Flight Simulator menawarkan pengalaman membawa flight 737-800 dari masa take-off - free flight sehinggalah anda landing. Awesome dude! Sangat sesuai dengan citarasa kami! Aviax ini bertempat di TTDI Jaya Shah Alam, anda perlu booking dulu pasal buat masa sekarang agak ramai orang telah mencuba flight simulator dan masa simulator adalah terhad. Dah nama simulator, tentunya segala button yang terdapat dipanel cockpit akan berfungsi, dan pastinya anda akan memandu flight bersama instructor yang terlatih. Jadi pastikan anak-anak kecik anda tidak ...

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...