Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)
Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022) Oleh kerana selalu ke negeri Kedah, saya telah mengenalpasti beberapa restoran yang menjadi pilihan saya dan boleh dikategorikan Awesome untuk dicuba. Pastinya di Kedah tidak ketinggalan dengan sajian tempatan mereka yang wajib anda cuba... Terdapat banyak pilihan makanan yang anda boleh dapati cuba ianya bergantung pada meter tekak anda ajer. Dari Kuala Kedah, Alor Setar, Sungai Petani sampai la Kulim dan Baling. Pastinya tidak kechewa... Disini saya list-kan beberapa restoran yang menjadi pilihan Blog Awesome saya yang saya telah kunjungi sebelum ini. Jika anda merasakan ianya adalah restoran biasa, sila abaikan. 1. Kak Yang Gulai Termenung, Kuala Kedah. Selepas saya diperkenalkan gulai ikan oleh kawan saya, jadi, title nasi royal kedah telah turun pada satu anak tangga dimana gulai ikan termenung ini mampu membuatkan saya tak pernah miss untuk singgah jika datang ke Kedah. Serius dan saya tak tipu, gulai ikan termenung keda