Posts

Showing posts with the label penang

Shangri-La Golden Sands Batu Ferringi Penang

Image
Shangri-La Golden Sands Batu Ferringi Penang Minggu ni dah masuk cuti sekolah, sebenarnya agak terlewat untuk saya upload posting kali ini. Tapi saya share jugak kalau parents tak tau nak bawa anak pergi mana, ada modal lebih sikit boleh lajak pergi ke Pulau Pinang atau senang dipanggil Penang. Saja nak habaq mai, birthday anak saya yang lalu saya suka buat short vacay biasanya sabtu ataupun ahad. Setakat gi Penang, lepas subuh terus gerak, 4jam dah sampai dari KL. Terus boleh layan nasi kandar dengan majunya! Jadi pilihan kali ni kami menginap di Shangri-La Golden Sands Batu Feringgi, memandangkan dapat voucher discount Platinum dari Agoda, so kita redeem dapat 50% lepas checkout. Ngam kan. Harga bilik bermula RM380-RM700 bergantung pada cuti weekend ataupun public holiday. Jadi kalau booking in short date, memang mahal. Kena rancangan cuti dan jadual anda. Nak murah sikit boleh try hari Jumaat ke. Apa yang saya nak review hotel ni agak best sama seperti Hard Rock Penang. HR Penang ma...

5 Nasi Kandar Terbaik di Penang

Image
5 Nasi Kandar Terbaik di Penang Sebagai bekas pelajar yang pernah belajar di Penang satu ketika dahulu, maka dalam darah ini telah mengalir darah kari mamak yang pastinya sukar untuk saya tolak jika diajak untuk makan nasi kandar. Setakat ini, ada banyak restoran nasi kandar yang ramai budak-budak insta dengan tiktokers serbu, dan tak pasal-pasal juga segelintir restoran ni terpaksa ditutup dek kerana laporan yang dibuat oleh BBNU katanya kedai tak hygiene. Kedai mamak tang mana nak hygiene woii... kedai makan atas longkang, belakang rumah kedai tu baru laa ada surrrrr.... kau nak hygiene pi laa makan nasi kandar dalam mydin wey...  tak pun aeon mall. Sini abam senaraikan 5 tempat nasi kandar yang korang boleh layan. Ada port lagi rahsia, saya tak nak share dalam ni karang tak pasal korang serbu pastu claim kedai tak hygiene. Tak pasai kedai tutup orang tak leh makan. Nak harom....  Jadi abam kasi yang ni saja dulu untuk korang layan. 1. Nasi Kandar Imigersen Dia tak dak kedai...

Hutton Lane Roti Bakar, Georgetown, Pulau Pinang

Image
Hutton Lane Roti Bakar, Georgetown, Pulau Pinang Bulan lepas saya buat weekend trip bersama keluarga kecil saya semata-mata mengidam nasi kandar Penang mai. Tapi untuk entry kali ini, saya bukan nak cerita pasal nasi kandar surrr... tapi saya nak share sarapan pagi best di kawasan Georgetown. Macam saya cakap, bohong lah kita ni orang Malaysia tak makan sarapan pagi berat-berat. Apa yang korang makan nasi lemak, meehun goreng, meegoreng tu tak berat timbangan kalori kaa...? Tak ada beza pun roti canai telur dengan nasi lemak. Hewhewhew... Kali ini saya share kedai yang dah memang poular - iaitu Hutton Lane Roti Bakar yang terletak di Jalan Phee Choon, anda boleh google maps atau waze saja dengan carian Hutton Lane Roti Bakar disini . Kedai ni kena datang awal, hang mai lambat hang kena beratur 15 tiang, tunggu laa mereput 30minit berdiri nak dapat table noh! Nasib baik anak saya jenis mudah bangun pagi, jadi jam 0720 kami dah terpacak depan kedai, tak perlu beratur nak dapat table pun ...

5 Kedai Makan Best Di Penang - Part 2

Image
5 Kedai Makan Best Di Penang - Part 2 Bulan 12 baru ni saya membuat short trip 3 hari di Penang sempena birthday anak. Dah lama tak datang Penang sejak PKP. Rasa macam jauh pulak perjalanan.  Tak dinafikan bagi pengemar nasi kandar atau dipanggil Kandar Hunters - sememstinya negeri Pulau Pinang ini adalah hometown untuk segala jenis nasi kandar surrr..... Berbeza dengan nasi kandar yang ada di KL - JB mahu pun negeri lain. Tak boleh laan nasi kandar Penang mai...  Kiranya ada beberapa nasi kandar yang top dan viral di Penang, tapi sebenarnya ada beberapa lagi kedai lain jika anda tak makan nasi kandar. Boleh rajinkan diri google blog atau cari saja dalam facebook. Sekarang ni dalam facebook dan macam search engine. Nak apa cari saja dalam facebook. Siap ada review lagi best ke tak. Kali ini saya nak sharekan dengan korang 5 Kedia Makan BEst di Penang. Ini yang saya senaraikan, kalau anda rasa ada yang lebih baik boleh sharekan pada saya. Lupakan diet anda, pastikan perut beker...

Hard Rock Hotel Penang, Malaysia

Image
Hotel Review : Hard Rock Hotel Penang, Malaysia Disclaimer : This is not paid review Masa bulan 7 baru ni, saya dapat grab booking Hard Rock Hotel (HR) didalam website HR sendiri. Saya dapat bilik Deluxe Hillview dengan harga RM330 kerana tarikh pilihan jatuh pada cuti sekolah dan weekend. Kalau korang korang pilih weekday ianya berharga RM270 sahaja tanpa sarapan pagi. Pada tarikh yang sama saya saja buat carian dalam Agoda.com, ternyata tak dapat harga RM300 ni, semuanya jadi RM450+ Macam mana nak tau harga murah? Korang kena subscribe newsletter Hard Rock secara percuma dalam website dia. Nanti tiap minggu atau jika ada apa-apa promo dorang akan maklum dan masa itulah korang grab promo untuk tempahan bilik. Kalau tak ada promo, harga untuk bilik paling murah boleh mencecah RM500+ kot... mahal bro. Saya dah datang HR Penang ni banyak kali, tapi datang sekadar untuk pergi Rock Shop, Hard Rock Cafe dengan ronda-ronda kawasan pool dia. Kali ini rezeki anak dapat juga staycation di HR P...

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...